CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 18, 2010

Perlu ke?


Jujur kukatakan kepadamu
Bahwa kamu yang paling mengerti
Takkan ada yang lain menggantikan dirimu lagi
Berulang kali telah ku cuba membuka hati untuk kali ni
Namun semuanya berakhir kerna cintaku hanya untukmu

(ini lirik lagu)


Lirik2 lagu,syair,puisi & ayat2 jiwang mcm ni dah biasa terpampang kat wall facebook tu.Kalau saja2 post kat status sendiri tak pe jgk.Tapi siap terang lagi bersuluh ditujukan kepada seseorang.Lelaki-perempuan.Perempuan-lelaki.Tak kisah la mana2 pun.Ini tak kira gambar2 yang diupload kat facebook lagi di mana kita semua tahu yang gambar2 tu mmg boleh dilihat oleh sesiapa sahaja,tak kira orang yang dalam friendlist kita ataupun tak.Gambar pergi dating la kononnya.Satu shj persoalan dari aku,"Perlu ke semua tu?"

Aku cemburu?Oh no!Jauh sekali.Aku sedih?Ya!Aku sedih.Sedih melihat kawan2ku yang asyik dibuai perasaan sampai tak sedar mana yang perlu & mana yang tak.Aku tak kata bercinta itu betul atau salah tapi dalam Islam,kita memang sedia maklum kan couple is not good?Benar!Cinta itu fitrah dan diidami oleh setiap makhluk Allah SWT.DIA wujudkan perasaan kasih sayang antara lelaki & perempuan sebagai penyenang hati.Tapi andai kata perasaan sayang yang Allah kurniakan itu dicemari dgn tindakan2 yang mendatangkan kemurkaan-Nya,bagaimana?Sayang manusia kita dapat tapi sayang Allah?Redha Ilahi?

"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertakwa"

(Al-Furqan : 74)

'Kalau suka jumpalah mak ayah!'

Agak kasar bunyinya tapi betul kan?Bukankan restu orang tua tu penting?Tapi aku pasti ramai yang couple kat luar sana tu tanpa pengetahuan mak ayah.Sedih kan?Mak ayah siang malam penat jaga kita dari kecil sampai la boleh berdikari sendiri tapi tup tup bila sampai bab mcm ni,mak ayah diketepikan.Alasannya tak bersedia.So what?Kalau tak bersedia,tak payahlah bercinta.Kalau ikut apa yang Ustaz Hasrizal bagitau dalam buku tulisannya,'Aku Terima Nikahnya',bercinta itu boleh kalau pasangan itu memang ada perancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat.So,cinta-kahwin.Habis cerita.Tak payah nak sakit jiwa duk rindu2.Rindu yang tak sepatutnya.Tak nak ke kita rasa rindu yang halal?Cinta yang halal?Rindu dan cinta yang Allah pun suka.


Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah

(Riwayat Suyuti)


"Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula"
(An-Nur : 26)



Sering kita jadikan antara kriteria pasangan kita nanti ialah yang beriman,patuh pada Allah SWT dan sebagainya.Pendek kata yang baik2 lah.Andai kata Allah kurniakan kita pasangan yang sebegini,Alhamdulillah tapi tanya pula diri sendiri,baikkah kita untuk si dia kalau sebelum ni kita pernah bercinta,dating sana sini,makan,tengok wayang,sms,bergayut tak ingat dunia,siap pegang2 tangan lagi and whatsoever dan tiba2 putus?Betul la jodoh itu di tangan Allah.Tapi lepas tu Allah temukan pulak kita dgn pasangan yang baik ni,tak ke rasa sedikit ketidakselesaan aka malu?Malu sbb kita dulu pernah macam ni macam ni.Kesian kat pasangan kita tu.Dia punya lah baik,tak pernah couple(klu yang dah fikir nak kahwin tapi putus tgh jalan tu lain la) tapi kita?Tepuk dada tanya iman :D

Yang kat facebook atau tak kisahla kat mana2 pun,do we really need to expose all those things to the public?Sedang bahagia la kononnya.Kasi privacy la sikit.Dah selalu sangat aku tengok kat facebook benda2 mcm ni.Even kat wall aku sendiri pun.Aku letih.Letih tengok ayat2 jiwang,kata2 maksiat.Betul la tu wall tu kalian yang punya tapi bukankah sistem facebook tu,apa2 yang kalian post akan keluar kat wall semua rakan dlm friendlist kalian termasuklah aku.Tutup akaun facebook?Takkanlah sebab kalian yang 2-3 kerat ni aku kena tutup akaun??Aku bukak akaun facebook sebab nak keep in touch dengan kawan2 lama,tahu perkembangan yang lain dan memang aku tak nafikan daripada facebook jugaklah aku dapat tahu perkembangan dunia,dakwah dan manfaat2 yang lain.That's why we need to think of something from the positive side.Kalau kita duk fikir nak boikot fb gara2 owner dia orang yahudi,memang duk situ jer lah kita.Jadikanlah fb sbgi medium dakwah.Dakwah through status,hebahkan kalau ada majlis2 ilmu,majlis dakwah sbb fb memang ramai pengikut.Kalau kalian kata delete jer kalian daripada friendlist aku,aku tak sampai hati sbb kalian kawan aku.Buat tak tahu?Kalau semua tu dah selalu sangat terpampang kat situ,aku tak boleh buat tak tahu.Nabi ajar kita supaya mengingatkan antara satu sama lain kan?Kalau boleh,aku nak jer comment kat situ tapi sekali lagi,aku memang tak sampai hati.At the end,aku hanya mampu nasihat kalian dalam hati dan memang itu adalah selemah-lemah iman!Aku akui itu.



Jadi sahabat,aku pohon pengertian kalian.Bukan untuk aku tapi untuk kalian sendiri.Tidak perlu semua itu sebenarnya.Kadang-kadang tindakan kalian itu hanyalah akan menimbulkan jelik di pandangan orang.Jangan kalian fikir aku cemburu.Tidak.Jauh sekali cemburu itu.Aku turut gembira andai kalian gembiraAku hanya sedih.Aku juga malu wahai sahabat.Jika benar kalian benar2 sayangkan pasangan kalian,jadikanlah rasa sayang,cinta & kasih itu sesuatu yang diredhai Allah.Pasti cinta itu akan menjadi lebih indah bukan.Dan sesungguhnya cinta Allah itulah yang hakiki,cinta Rasul berpanjangan.Ameen Ya Rabbal Alameen~

Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi jika kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah

Ya Allah
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu untukku
Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu
Dan campaklah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah kerana-Mu

Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian
Yang Kau berikan kepadaku.


(sajak yang diambil drpd buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul)

Entri ini bukanlah bertujuan untuk mengundang rasa kurang senang atau sakit hati sesiapa.Tapi inilah realiti dan ini hanyalah sekadar menterjemahkan apa yang saya rasa dan pendamkan lama dahulu.Harap2 dapat mengambil sesuatu yang bermanfaat.Ini juga satu peringatan buat saya.InsyaAllah sama2 kita cari keredhaan Allah dalam setiap tingkah laku kita ~(^____^)~

::kokoro no omoi::

August 17, 2010

Menjadi Satu

Tangguh!Tangguh!Tangguh!
Inilah jadinya ;(
Byk sbnrnya yg nk nulis ni tp tangguh lagi & lagi
Ni baru balik drpd group work edit slide utk presentation hari rabu ni
Dan kali ni turn SAYA yang jadi PRESENTER..aiyakk!
Moga dipermudahkan segala urusan..amin~MySpace


Daripada kisah barang2ku (pendrive,rantai tangan,kad matrik,botol air) yang lesap entah ke mana,masuk kampung,hari bowling sePBL,birthday Akak,cuti konvo seminggu,'kehilangan jam tangan',karnival Yokuk,buat kad matrik baru,birthday Nabil,puasa & macam2 lagi...akhirnya semua2 ni dipadukan MENJADI SATU dlm satu entri MySpace



******************************************
Betul!Aku tak tahu mana perginya semua benda2 Allah ni.Langsung lesap!Hilang!Tak de dah!Tapi pendrive?Naseb baik jumpa.Fuh!Alhamdulillah...Tau kenapa saya saaayang sgt pd ni?Ada 3 sebab :D




yang kartun kuning besar tu baru tambah jer
1) Pd ni saya beli ni Australia dgn harga AUD15.Disebabkan memory card si Coolpix ni dah tak de extra space,saya HARUS beli jgk satu pd supaya boleh simpan gamba2 dlm tu.Kalau tak,saya tak boleh ambik gamba tgh maen snow dah.Rugi!
2) Gambar2 masa kat Aussie semuanya ada dalam pd tu.No copy!So,tak ke sayang kalau pd tu hilang begitu sahaja??
3) Satu2nya keychain yang ada kat pd tu adalah keychain huruf 'N' kaler pink.Keychain tu saya beli kat Korea & mesti la saya sayang keychain tu.
Bersungguh saya nangis bila cari2 tak jumpa jgk pd tu.Sgt2 sedih tapi Alhamdulillah DIA temukan balik saya dgn pd tu.Saya jumpa pd tu bwh meja dlm dewan kuliah.Terima Kasih Allah :D
Yang lain2 tu saya memang tak jumpa & saya bertawakkal kpd-Nya,insyaAllah suatuhari nanti saya akan jumpa jgk.Biar lambat atau cepat sbb saya memang sayangkan barang2 kepunyaan saya!Psl kad matrik,saya dah buat yang baru sbb takut nanti susah pulak nak gerak2 dlm kampus ni.Nak masuk pintu pagar kt dpn ngan kereta,gna kad matrik.Masuk ward,guna kad matrik.Nasib baik nak cucuk duit,aku tak guna kad matrik.Kalau tak,mahunya aku meraung tgh2 org ramai kat mesin ATM Bank Islam tu nanti.



******************************************



Habis jer buat survey kat kampung & before kami analyse data2 tu dgn setekun-tekunnya,kami decide nak enjoy kejap.Tup tup finalize gi main bowling.Huh!Dah berkurun aku tak main benda tu.Selama 20thn++ hidup ni,baru sekali jer kot main,ngan akak kat KL dulu.Masa tu aku kecik kot lagi.Dan ini sebenarnya kali pertama kami satu PBL hang out mcm ni.Happening jgk korang eh!Heee~







lps main,gi makan kat Instant Noodles
*************************************************
29 Julai,bertambah la lagi satu tahun usia kakakku.Kakakku yang sulung & aku,yang bongsu.Tgh2,semua hero.Beza umur kami 12 thn.So,kira tahun akak nak ambik UPSR tu lah,mama mengandungkan aku.Cerita akak,dia sentiasa berdoa & solat hajat supaya kandungan mama tu,anak perempuan.Sebab 3-3 adik dia laki2.Tup tup lahirlah aku sebagai puteri bongsu kpd En Wan Abdul Rahman & Puan Siti Salmiah.Heheee~
So,to my beloved super dupie adorable akak,'HAPPY BIRTHDAY TO U'!!May all the happiness be with u forever & ever.Mmuaxx~



MySpace




************************************


Kisah masa cuti konvo seminggu dulu....

Petang Jumaat tu,ingatkan nak balik USM kul 6,tapi gara2 mencari jam tangan ku yang 'lesap' entah ke mana,lambat la aku start enjin balik USM.Berpeluh2 aku cari.Habis aku punggah kusyen2.Sampaikan mama pun ke hulur ke hilir turun naik bilik aku semata2 nak cari jam tu.Tapi tak jumpa pun.Aku pun kata,biarlah.Mungkin kat asrama kot.Sedapkan hati sendiri.Sampai jer bilik asrama,bukak almari,lorhh...sini rupanya kau eh!Telefon mama,bagitau dah jumpa jam tangan.Tau apa jawab mama?"Kamu ni ada boyfriend ke nana?Asyik2 lupe jer semua barang ni."Gulpp..erkk??MySpace

*********************************************



Hari Sabtu,aku & the geng terlibat sbg sukarelawan Karnival Yokuk(Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan).It taught me alot act.Praise be to Allah on what we are now!Walaupun serba kekurangan,mereka masih menghargai apa yang Allah kurniakan kepada mereka.What a spirit!


MySpace



********************************************



Birthday Nabil?Nabil merupakan anak sulung kakakku (gambar dia atas) & 16/8/10,genaplah usianya 5 thn.5 thn??Wow!Beso dah ghopanya anak buah aku sorang ni.Padanlah dgn mulutnya tu yang tak tahu bila nak berhenti bercakap.Cuba bayangkan masa kat Aussie dulu,perjalanan 8 jam dari Canberra-Melbourne,si kecik ni boleh bercakap tak berhenti.Non stop ok!Tak tidur langsung.Dari satu topik kpd topik yang lain.Siap nyanyi2 lagi.Aku yang mendengar ni pulak yang naik letih.MySpace

with one of his birthday present last year

************************************************

Dan sbgi penutup kpd entri kali ini,saya ucapkan kepada semua Muslim & Muslimat seluruh dunia,selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.InsyaAllah moga tahun ini lebih berkat dan segala ibadah & pengabdian kita di bulan mulia ini diterima oleh-Nya.Amin~








MySpace
::kokoro no omoi::



July 28, 2010

4 Years 4 Days

25 Julai 2006 - Aku kehilangan sumber kekuatanku
Hari ni genap 4 thn 4 hari arwah meninggalkan kami
Tanpa pesan,tanpa bicara,tanpa kata
Sungguh tak kusangka
Kain putih menyambut kepulanganku malam itu
Andai kutahu petang itu adalah kali terakhir aku mendengar suaramu
Pasti tak ku jauhkan walau seinci
Gagang telefon daripada pendengaranku
Inginku rakam setiap bait kata2mu
Inginku abadikan setiap pesanmu
Air mata ini tiada harganya lagi
Begitu murah setiap titisan
Mengiringi pemergianmu
Menemui Pencipta Yang Maha Esa
Masih kuingat suara kasihmu
Mengajar aku itu & ini
Masih kuingat lembut tanganmu
Mengusap kepalaku di kala aku murung
Baba
if U could hear this,I just want to let U know
I miss U,I miss U,I miss U!
I don't want anything
Just your hug & your comfort
I want U to hold my hand
I want your words to comfort me
I want U to be by my side
Like what U always do before
But I realize,I don't have the chance anymore
No more
U' re far far away from me
That I couldn't reach U
Before its time
But I promise U,Baba
I'll be a good daughter
From what U have taught me
"Antara bekal ibu ayah di akhirat kelak adalah doa anak yang soleh"
And I want to be that kind of daughter
So that my pray will reach to U
"Ya Allah,Kau ampunkanlah segala dosa2 Baba,samada dosa kecil mahupun besar
Kau rahmatilah kehidupan arwah di alam sana
Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah
Sesungguhnya arwahlah ayah yang terbaik buatku
Mengajarku mengenali-Mu,pencipta kami
Mengajarku bersyukur atas segala rahmat kurniaan-Mu
Aku menadah tangan memohon keampunan daripada-Mu Ya Allah
Semoga kami sentiasa redha dengan pemergiannya
Engkau pasti lebih menyayanginya daripada kami...Amin"
-Al Fatihah-
~kokoro no omoi~

July 27, 2010

untuk fieha ~(^___^)~





Hari ini ulang tahun kelahiran seorang sahabat saya yang bernama Fieha Bt Sabtu
(pendek kan nama dia...ringkas & padat..hee)
27 Julai 2010 bersamaan 15 syaaban 1431 Hijrah
(nisfu syaaban..semoga barakah hari ini tempias pada fieha)
Fieha merupakan sahabat saya semasa di KMPP merangkap roomate saya yang paling comel
(pipi dia chubby sgt kan ..hee)
Kami memang selalu bersama..tambah seorang lagi roomate --->Izzaidah Bt Idrus
(ni sorang lagi yg namanya sgt ringkas..nama saya jer yg panjang berjela2..tapi saya bersyukur & gembira sbb tu nama yg mama & arwah baba kasi)
Makan sama2(kita slalu pau air free fieha..hee)
Gi Kedak sama2 (Kedai Kodak=Kedak)
Jogging sama2 (sekali jer pon pernah jogging masa kt KMPP dulu)
Gi pasar malam sama2
Gi check meja exam sama2
Gi exam sama2 ( sbb tempat exam kami dkt2)
Ambik slip result exam sama2 (ingt lg kita nangis & peluk fieha lps dpt result sem 1 dlu)
Gi solat sama2
Study Math sama2
(selalu rujuk fieha klu x dpt jwb soalan tutorial)
Posing sama2(ingt x yg kita ber3 ambik gamba byk2 dgn rambut ikat tocang tu..huu)




Konklusinya byk sgt memori yang menggamit rasa masa kt KMPP dulu
A2.3.9---->rindu nk duduk 4 org balik dlm bilik ni

Eng Yu Lin.Izz.Fieha.Saya
Kami memang duduk berempat dlm bilik ni.Bilik ni saaangt luas.Siap boleh berlari,main tali skipping,guling2 lg dlm bilik ni.Rindu sangat2 kat Yu lin.Dah lama lost contact dgn dia.Last skali,masa 1 yr kt USM dulu,dia ada antar msg.Terharu sgt baca msg tu.Dia kata dia rindu sgt masa ktrg sebilik dlu & dia anggap ktrg semua best friend dia.Dia berdoa supaya hbgn kita semua tak akan putus sampai bila2.See?Tak kira bangsa kan?
To Fieha,
Wishing u a great great BIRTHDAY
May the lady luck around u today & always
And
Thanks for all the sunny times,rainbow days & starry nights
Sayang kamu
p/s : tringt admire masing2...kita,fieha,izz..hahaha~
~kokoro no omoi~