CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



March 17, 2012

'Terkenang Semasa Dulu' Part I


~22 tahun yang lalu
Memang tak boleh tahan gelak betol la setiap kali tgk gambar ni  :p
Masing2 muka innocent + blur + tak tau pape
17 budak kecik ; 9 boys + 8 girls 
Ini semua adalah cucu Tok Wan Mahmood & Tok Che Halimah
(psstt : exclude Atin, Okie & Sarah sebab tak lahir lagi masa ni)
Average umur adalah 14 tahun - 1 tahun (maybe??)
And I was the youngest ok!Hahaaa
Btw, jumpa tak cik manis ishanokokoro kat mana?? (carik sendiri!) 
P/s : kalau raya tahun ni masing2 duk posisi yg sama macam ni, agak2 possible tak?? :p


Baca komen2 ni pon dah satu hal gelak tak berhenti
Sakit orbicularis oris malam tu
Jaw pun rasa ketat semacam 
Hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Tak sabarnyaaaaaaaaa nak tunggu Family Day tahun niiiiiiiiii
Abang2 & Kakak2 semua dah sibuk kumpul gambar2 lama yang mostly black & white
Sesuai dengan tema!
Bila tengok gambar2 scan yang upload kat  Membunga Interaktif  plus plan 'orang2 tua' kat  blog , ohh lagi laa excited!
Btw, masa tu saya tengah posting Oftal.
Agak2 boleh tak hilang sekejap-sekejap dari kelas? Ngeee ~




-tajuk entri tak bleh blah..part 1 konon
-tgk2 laa kalu rajin2 nanti, i uplad lah yang part II pulak eh..insyaAllah

March 10, 2012

The kids are awesome!

MEDICAL
PSYCHIATRIC
NEUROLOGY
OBSTETRIC & GYNAECOLOGY (O&G)
PAEDIATRIC
SURGERY
ORTHOPEDIC
OFTHALMOLOGY
OTORINOLARYNGOLOGY (ORL)

Just finished my paediatric posting, a 6 weeks posting with the kids who are the most awesome creatures of God in earth! Yeahh I adore kids so much :D

Someone asked me, "Nanti nak ambik pakar apa?"
"Ntah"
"Paediatrician cam sesuai"

Yes it's true that I love to play with kids but doesn't mean that I have to become a paediatric consultant right?
Sometimes kan rasa macam nak ambik part time job kat nursery so that I can cuddle all the babies there everyday, everytime I like even when they are sleeping! Haha ~

Back to my past 6 weeks in paediatric posting, I met a lot of kids. From 1 day old until 17 years old. Yes as long as you are school-aged, you will be put in paediatric ward if you are given the 'chance' to be admitted. And those kids of course were not well. And the illness that I encountered most was respiratory infection in which it could be as simple as pharyngitis, bronchiolitis, pneumonia or life threatening status asthmaticus. Not to be forgotten, febrile fit in children (second most common in the list after asthma). So watch out if your child is having fever with a spiking temperature, almost 40 C ok!

Other than those kids in which their illness can be prevented and treated well, I was able to meet more serious cases. I met a 3 months old baby with cystic hygroma with a suction tube connected to her enlarged neck, a 2 years old boy with Tetralogy of Fallot (a congenital heart disease) presented with hypercyanotic spell (bluish discolouration of hands, foot, lip), a 4 years old girl with cerebral palsy (a neurological disorder originate from the brain), hydrocephalus baby, leukemic patients and many more. 

One scenario. During my posting at HRPZII, I met this 4 months old baby girl. Presented with fast breathing, actually she has underlying Kabuki Syndrome (a genetic problem with multiple complications) and Patent Ductus Arteriosus ( a heart problem in which the blood vessel which supposed to close after birth is still there). She needed to be supplied with continuous oxygen using mask that cover all of her face & head ( I forgot the name) and being fed with the milk using tube. The lines were here & there and physically, she appeared obviously different from a normal child. Both of her parents were there by her side (everyday). On my last day there, she was severely tachypnoiec and was sent to ICU. Her parents were just cool but I could sense the worries on their face. 

Sungguh, bukan calang-calang hamba Allah yang mampu terima dugaan seperti ini. Saya selalu terfikir bagaimana seorang ibu/ayah  mampu menjadi begitu kuat tika harus menjaga seorang anak yang tidak sempurna seperti kanak-kanak yang lain? Apatah lagi saat mula2 mendapat tahu bahawa si kecil itu tidak sempurna? Saya tidak punya jawapannya namun saya yakin mereka seorang yang SANGAT SANGAT SANGAT kuat. Anak kecil itu juga kuat. Jika tidak, masakan Allah SWT menguji mereka sedemikian rupa? Senang sahaja kita untuk berkata itu & ini namun yang merasai & menanggungnya ialah mereka. Doa saya agar Allah SWT sentiasa bersama mereka. Ameen ~

Since then, I realized one thing. Be grateful! We were a baby before, a kid and a child who grew normally as the other children. Been born without serious complication that might affect our growth. We played everything we want without limit. In short, we enjoyed our childhood. But not all children of the same age as us were able to do that. They have limits. If not, it might worsen their illness. So tepuk dada, tanya iman. Sudah cukup bersyukur ke kita?




 Our last day in paediatric posting
And I'm going to miss all those kids
May He bless all of you!



February 28, 2012

Without him

It had been 6 years...how time flies...

And this is the first wedding preparation in our family...without him
Perkahwinan Akak pada tahun 2004 adalah perkahwinan yang pertama & yang terakhir kiranya yang sempat diuruskan oleh arwah

Saya masih ingat lagi waktu sehari sebelum hari bahagia akak.Malam tu, memang riuh rendah sangat rumah kami. Hampir semua sanak saudara ada, yang jauh, yang dekat.Ye la first wedding ceremony dalam MCC! Masing-masing datang membantu membuat persiapan terakhir majlis. Bunga telur, siso, hantaran, bla bla bla...Dan bila sampai part pelamin, ramai yang tak puas hati sebabnya siling rumah guna lampu kalimantang! Of course tak cantik la kalau on the light nanti kan. Kata nak buat background siling ala-ala hotel punya wedding. So kitorang pon pakat-pakat la usya arwah mintak belikan lampu chandelier pasang kat siling tengah ruang tamu.

"Ba,tak cantik la lampu tu kat tengah2 siling tu. Apa kata kita tukar lampu yang macam kat hotel tu ok tak? Barula la ada umphh" *wink wink*

Tanpa banyak soal, arwah terus setuju. Ooh how surprise! But, that was our late Baba. He always wanted the best for us. Ouchh seriously, I cannot bear the tears everytime I'm thinking of him T_T

Al-Fatihah....

Last Friday night, as usual, we had solat hajat & reciting Yaasin ceremony in Tok's house. Cik Wan buat makan2 sikit lepas tu dan masa tengah makan2 tu, ada la bincang sikit2 pasal wedding my brother nanti. Nak set meja makan beradap kat mana, meja tetamu kat mana, pelamin, hantaran & what so ever. Suddenly I saw hidung Mama merah. Mama tunduk jer. I noticed the tears rolling down Mama's cheek! I knew she was crying at that time. And I could smell the reason. Managing a wedding of her son without husband by her side is a hard task, I bet! Although she has 4 other children to help her, it is still different. Plus with the full support given by her ipar duai ( baba's siblings because mama is anak tunggal), mama mungkin rasa sangat2 terharu, maybe. And this brought tears in my eyes as well T_T

"Kak Mi jangan risau. Kita buat best2 punya majlis Imi nanti. Tak cukup tenaga, kita kerah jugak bagi cukup." Cik Wan & Cik Uly kalau tak buat lawak memang tak sah. Masing2 cuba nak sedapkan hati Mama.

The next day, while watching tv at home, I asked her ...

"Ma, nanti Imi kahwin, dia nak buat tema kaler apa eh? Kena la bagitau awal2 kan, nanti tak sempat plak nak jahit baju."

"Mama pun tak tau la Nana. Mama tak boleh nak fikir dah. Setiap kali Mama fikir, Mama mesti teringatkan Baba. "

Ouchh stupid me!Why did I ask that question to her??
Kalau previously Mama ada arwah untuk sama2 pening fikir pasal majlis kahwin Akak, but this time, Mama as the only parent has to manage it by herself so that majlis nanti insyaAllah tak ada cacat celanya. So it will be a big task for her.
Anyway, dont worry Mom. We are all here. Let's make it simple but nice *as Imi said*
Very looking forward to that ceremony. Hoping that it's going to be smooth and everyone will be happy. Eceewaahh macam my wedding plak :p

And to the queen of my heart, pleaseeeee be happy Mama dear :))) We are going to have a new member in the family and I'm going to have a new 'kakak' after this. Oohh excited terlebih :p Tapi rasanya tak boleh lawan my 'original' Akak yang super duper best la kot!teehee


*Happy Engaged to my brother & his lovely fiancee*
 ~(^_____________^)~


January 20, 2012

Bukan sebab DIA tak sayang



“Ya Allah, ujian apakah ini?”
Humaira merintih dalam hati. Seraya itu manik-manik jernih laju menuruni pipi mulus miliknya. Sungguh, dia tidak kuat lagi. Sudah berkali-kali dia menasihati hatinya agar bersabar dan terus bersabar. Bukan dia tidak tahu, semua ini hanyalah ujian dari-Nya. Ujian untuk hamba-Nya yang terpilih.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- Al-Baqarah : 286

Humaira tidak pernah lupa ayat cinta dari Allah ini. Setiap kali diuji, ayat ini penawarnya. Setiap kali hati bersedih mengenangkan betapa hebatnya ujian Allah terhadapnya, ayat ini lah yang mampu membuatkan dia kuat kembali. Tapi kali ini entah kenapa, setiap kali ditiupkan ayat ini ke dalam hatinya, hati kecil miliknya bagaikan menolak keras dan menafikannya.

“Astahgfirullahalazim.”Humaira mengucap panjang.
“Jika benar Ya Allah, ini yang terbaik buatku, jadikan hatiku agar redha dengan ketentuan-Mu Ya Allah. “Humaira meraup wajahnya sambil mengesat air matanya di atas tikar sejadah biru itu.

                                                                     ..............................

“Eh Humaira, kenapa ni??”Tanya Sofea sebaik sahaja aku sampai di kaunter Jururawat wad 3 Mawar. Berkerut-kerut dahinya.

“Kenapa apa?”Soalku hairan.

“Mata kau bengkak.”

“Eh ye ke?Tak ada la.Ni mesti sebab aku tidur lama sangat ni semalam.Kau tahu tak, aku tidur pukul 10 lagi semalam. Penat sangat kot.Kelas kan penuh sampai petang semalam.”Panjang lebar aku menjawab dengan harapan Sofea tidak akan bertanya lebih lanjut lagi. Sedikit pun aku tidak memandang wajahnya. Aku buat-buat sibuk menyalin nama pesakit yang baru mendaftar masuk selepas waktu bekerja semalam. Pesakit-pesakit ini harus kami cover. Jika tidak, bakal kebal lagi la telinga kami mendengar bebelan Dr Anita. Taktikku berjaya apabila Sofea tidak lagi membuka mulutnya bertanyakan perihal mataku yang bengkak.

                                                                       .......................................

“Humaira, kita kenal bukan 7 hari, bukan 7 bulan tapi 7 tahun wey! 7 tahun!”Sofea mengangkat 5 jari tangan kirinya dan 2 jari tangan kanannya tepat di mukaku.

“Ye la. Aku taula. Kau ni kenapa pulak tiba-tiba keluar ayat touching-touching macam ni ni?”Selamba aku menjawab. Aku gelak atau lebih tepatnya, buat-buat gelak. Aku tahu Sofea sudah boleh menghidu masalahku.

Sofea, sahabat yang aku kenal sejak di Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah. Ketika itu, aku merupakan salah seorang pelajar baru yang mendaftar di sekolah tersebut manakala Sofea adalah seorang pemimpin pelajar di situ. Beliau banyak membantu aku sejak dari mula aku melangkah masuk ke sekolah tersebut. Aku orangnya jenis yang sedikit menyendiri. Aku akui aku tidak pandai bergaul. Aku tidak pandai untuk menghulurkan salam perkenalan walaupun keinginanku untuk memilik ramai kawan sangatlah tinggi. Oleh sebab itu, aku sangat berbesar hati jika ada yang sudi berkawan dengan aku. Dan salah seorangnya ialah Sofea. Sofea orangnya tinggi, kulitnya putih kemerahan dan mulutnya sangat becok. Ada sahaja cerita darinya yang mampu mebuatkan aku tidak kering gusi apabila bersamanya. Dan yang pasti, hatinya sangat baik. Beliau satu-satunya kawan yang sentiasa ada denganku waktu susah dan senang. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini Allah masih tautkan jiwa kami di bawah satu bumbung universiti yang sama malah kami juga ‘dicampak’ ke dalam kos yang sama. Dan kami kini bergelar Pelajar Perubatan Tahun 4.

‘Kawan sampai mati ok!’Jari kelingking kami bertaut tanda janji termeterai.

“Kau ada masalahkan?”

‘Tepat tekaan kau Sofea.’Jawabku, sekadar dalam hati.

“Humaira, kau memang tak pandai menipu. Aku dah tahu dari mula kau cakap mata kau bengkak sebab terlebih tidur.”Ayat Sofea terhenti di situ.

Mata aku mula bergenang. Wajahku menunduk. Kelam sahaja pandanganku menatap ayat-ayat di dalam buku Nelson Essentials of Paedatric. Tiba-tiba tanganku ditepuk perlahan-lahan.

“Sofea, aku tak kuat.” Lemah sahaja bicaraku. Kolam air mataku tak dapat kutahan lagi. Perlahan-lahan ia turun dan jatuh di atas buku tebal berkulit hijau itu. Dan sekejap sahaja, hampir 1/3 daripada muka surat 134 buku tebal itu basah dek air mataku.

“Kenapa Allah selalu uji aku?Kenapa aku aje?Kenapa tak orang lain?Aku dah penat Sofea. Aku dah penat sangat fikir positif. Makin aku jadi positif, makin banyak ujian yang aku terima.”Esakanku makin hebat. Nasib sahaja tiada sesiapa yang berada di pondok Zaaba itu melainkan kami berdua. Bunyi percikan air pancut dari kolam di belakang kami bagaikan memberi sound effect kepada esakanku.

“Ya Allah, kau salahkan Dia, Humaira?”

“Sofea, kau tak faham dan kau takkan faham. Sebab kau tak berada di tempat aku!”Bentakku. Geram dengan ayat yang keluar dari bibir Sofea. Kecewa dengan sikap Sofea yang lagaknya seperti menyalahkan aku.

‘Talking is easy when you are not concern’. Luahku dalam hati.

“Maafkan aku Humaira. Ya betul, aku mungkin takkan faham sebab aku bukan kau. Tapi kau kena ingat satu perkara Humaira. Aku kawan baik kau dan aku sentiasa ada untuk kau. Setiap orang takkan mampu tanggung masalahnya sorang-sorang. Sama juga macam kau sekarang ni. Aku tak kisah kalau kau tak nak berkongsi dengan aku tapi janganlah Kau salahkan Dia atas apa yang terjadi. Tak baik Humaira. Allah murka nanti.” Sofea menarik nafas perlahan sebelum menyambung lagi.

“Look Humaira. I’m not sure if I’m the best person for you to share your stories. Tapi yang aku sangat-sangat pasti, kau boleh ceritakan semuanya pada Allah and He’s the best listener. Don’t you remember?Kau jugak yang selalu bagitau aku setiap kali aku menangis bila stress. Kau cakap ‘Ceritakan semuanya pada Allah. Kau tak nampak Dia tapi kau boleh rasa  yang Dia sangat dekat dengan kau.’ Aku ingat tu Humaira. Aku selalu pegang kata-kata kau yang itu. Tapi kenapa sekarang, bila kau sendiri yang mengalaminya, kau tak mampu nak buat?”

Wajahku masih lagi menunduk. Aku malu untuk menatap wajah Sofea. Malu apabila menngenangkan aku baru sahaja meninggikan suara kepadanya 10 minit yang lalu. Gara-gara terlalu mengikutkan perasaan, buat pertama kalinya aku marahkan Sofea. Jujur aku katakan, sepanjang 7 tahun perkenalan kami, tidak pernah sekalipun  kami bertikam lidah. Tidak pernah sedikit pun rasa marah terbit dalam hatiku kepada Sofea. Aku sangat-sangat bersyukur kepada-Nya kerana menghantar  Sofea sebagai sahabatku. Sungguh dia sahabat terbaikku!Maafkan aku sahabat.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajahku. Dengan esakan yang masih bersisa, aku tatap wajah Sofea.

“Maafkan aku Sofea. Aku emo sangat tadi. Aku tak tau kenapa keadaan aku teruk sampai macam ni sekali. Padahal bukan aku seorang aje yang diuji kan. Ramai lagi kat luar sana tu tengah diuji. Entah-entah kau sekarang pun, Allah tengah uji kan.”Aku ketawa dengan tangisan yang masih bersisa. Sofea senyum.

“Bab-bab bagi nasihat kat orang, aku on jer. Tapi bila kena batang hidung sendiri, aku gelabah.  Setiap kali aku ada masalah, aku selalu fikir benda tu dari sudut yang positif. Aku terima seadanya. Sebab aku pasti apa yang Dia bagi adalah yang terbaik buat aku. Tapi tak tau la kenapa kali ni, aku gagal nak terus berfikir secara positif. Mungkin otak aku dah tak nak terima caj positif dah kot.”

“Humaira,kau kuat. Kadang-kadang, aku cemburu dengan kau tau. Bagi je la apa masalah pun kat kau, kau pasti boleh handle dengan baik. Kalau la aku yang kena, aku tak rasa aku mampu. Dah lama aku tumbang cium lantai. “Sofea buat gaya pengsan dan sembamkan mukanya pada buku di atas meja. Hisyy ada-ada sahaja lagak  Sofea yang mencuit hati.

“Mana ada kuatnya. Tengok sekarang ni, dahan aku dah rapuh. Silap-silap haribulan, aku pun cium lantai sama macam kau.Tapi aku akui selama ni aku kuat sebab Allah. Allah Maha Mengetahui. Kita tak bagitau pun, Dia dah tahu awal-awal lagi. Sebab tu Dia uji kita. Dia nak tengok sejauh mana kita ingat pada Dia. Mungkin kita kuat sangat study sampai dah tak buat solat-solat sunat yang kita pernah buat sebelum ni. Dan dengan ujian macam nilah cara Allah nak tarik kita dekat balik dengan Dia. Itu tandanya Dia sayang kat kita la. Dia tak nak kita hanyut. Lama-lama nanti kalau hanyut, terus kita lupa jalan balik. MasyaAllah, minta jauh la benda-benda macam ni kan.”

“Btol!Btol!Btol!”Sofea meniru gaya Upin & Ipin.
“Saya setuju dengan Ustazah Humaira. Dia tak bagi apa yang kita nak sebab Dia ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita. Kita aje yang cakap Allah tu tak adil sebab asyik kita aje yang kena uji sampai buat kita stress, sedangkan orang lain boleh je gelak, ketawa dan sebagainya. Tapi mana kita tahu yang orang tu tak diuji? Mungkin dia gelak sebab dia tak nak fikir pun pasal masalah dia. Mungkin jugak gelak itu adalah satu ujian buat dia. Who knows kan? Sebab banyak caranya Allah nak uji kita. Kalau tak buat kita sedih, Dia akan buat kita gembira. Kau patut rasa terharu sebab Dia pilih kau untuk rasa ujian ni. Dia tau kau kuat. So lepas ni aku tak nak tengok kau macam ni lagi ok. Tak best la kalau kau monyok. Tak ada kawan tau aku. Sebab kalau kau sedih, kau mesti tak nak cakap dengan aku. ”Leter Sofea dengan bibir muncung tanda protes.

“Ok2!Sorry tau Sofea sebab susahkan kau. And thanks sebab nasihatkan aku. InsyaAllah doakan supaya aku kuat ok.”

“Aku tau yang kau memang dah tau semua ni. Cuma dalam hidup ni, kita perlukan kawan untuk sentiasa berpesan-pesan kan. Dan inilah gunanya aku sebagai kawan kau.”

“Aku sayang kau!”

“Sayang kau jugak!”

“Kerana Allah.”Serentak kami menyambung.




Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesunggunya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Al-Ankabut : 2-3

'Jangan berputus asa apabila diuji kerana hujan yang jernih itu asalnya adalah dari awan yang gelap'




                                                        




.: original from ishanokokoro :.