CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



June 12, 2010

-Salam Cuti~

Assalamualaikum wbt..

Sejak akhir2 ini,byk benda yang berlaku..i mean events.Kenduri kahwin tu x payah cakap lah.Kad kahwin yang mama terima bertimbun2.Satu hari tu boleh sampai 5-6 rumah yg nk pergi.Pagi tadi aku pergi majlis kahwin 2 pupu aku merangkap senior aku kat faris dahulu.SELAMAT PENGANTIN BARU yer buat kak FARAH FAZARINA & SUAMI.Moga ikatan ini sentiasa dlm rahmat YANG ESA insyaAllah.

Sebaik shj habis exam Khamis hr tu,27 Jun,kami segera berangkat ke KL pg Jumaat esoknya sbb Imi konvo hr Sabtu.Dan kami stay KL smpai 11 hr sbb seminggu kemudian,ada family day yg julung2 kalinya dibuat di KL.Sempoi,lepak..& dan x penat sgt.Almaklumlah 1 mlm jer kali ni.Pada mlm ala2 Seribu Bintang tu,masing2 dpt hadiah & hadiah yg aku dpt adalah.....



hehee..belang harimau punyer...


Terima kasih to Baba Chik sbb dia cabut undi keluar nama aku.Aku mmg memerlukan sgt la kotak2 mcm ni utk ltk buku aku yg bertimbun tu.At least klu ltk dlm ni,nmpk kemas sket compared tu dlm kotak coklat tu kan.

Oleh sbb kami x ada nk buat apa2 kt rumah akak lama2,so kami plan utk balik Kelantan lah dulu walaupun perancangan awalnya nk stay sampai pergi Aussie nnti (Aussie???nnti next post citer).Dan apa yg syoknya kali ni,aku jd 2nd driver.Hehehe.Pergi hr tu pon aku da try drive dr Benta-Bentong tp kli ni lama sket la,dr Gua Musang-rumah.Mula2 tu terketar2 gak tgn aku.Ye lah,x pernah2 bwk Honda Civic mama.Dah la jalan jauh pulak tu.Tapi Alhamdulillah everything went well.

Sekarang ni kt rumah,aku duk melangut jer.Nak kemas rumah bg licin2 tp aku hairanlah,kenapa mood tu msh x dtg2 lagi.Klu sblm ni,bila mood tu datang,laju jer tgn ni hah.Study pon,baru 1 nota jer yg betul2 complete,Development of Heart.Sama lah mcm kt rumah akak.Aku jd babysitter kepada 2 org anak buahku yg sgt comel,Izz Nabil & Izz Naim.Penat aku duk layan si Naim tuh.Selawak2 Nabil,lawak lagi si kecik ni.Kalau arwah Baba ada,mesti dia gembira main dgn cucu2 dia.Arwah pergi sblm Nabil sampai umur setahun.Walaupun masa tu,dia masih tak tahu apa2,tp dia kenal Tok Wan dia melalui gambar2 & cerita2 ibu dia merangkap kakakku.Sayu sgt aku bila suatu hari tu dia kata,

"Su Nana,Nabil rindu Tok Wan."

Aku mmg terkedu.Lambat2 aku jawab,

"Nabil rindu Tok Wan,Su lagi rindu Tok Wan."
ini family day kat Bagan Lalang Sepang..syok sgt..
x kira tua muda,semua BERGABUNG!

ini masa konvo abgku yg tgh kat

Uitm Shah Alam dlm Civil Engineering..Alhamdulillah


dan inilah Izz Nabil(si abg) & Izz Naim(si adik)
pity them penat duk tggu Uncle Mike diorg konvo~

Dan sekian shj post utk kali ini
TATA~



::kokoro no omoi::

May 18, 2010

eXam oh eXam~~

Salam~

Kenapa perlu ada exam?
Kata mereka,exam ini utk menguji kefahaman seseorg itu tentang apa yang dia belajar.
Camne klu x ada exam?
Kata mereka,susahla sbb nanti x dpt nk ukur tahap pencapaian seseorg itu maka kita x dpt tahu klu2 org tu sebenarnya x tahu apa2 pun yg dia belajar selama ini.Hanya menelan apa yg disuap.


Btol3!(gaya upin & ipin)
Dan lagi 4 hari,saya juga akan berdepan dgn satu fasa yang mmg menggerunkan.PEPERIKSAAN!
Peperiksaan ini dipanggil peperiksaan Selanjar 2,utk pelajar medic & dental tahun 2 USM.Di kala pelajar2 & rakan2 lain sdg enak melayan cuti di rumah,kami di sini pula perlu struggle habis-habisan bagi memastikan kejayaan kali ini menjadi milik kami semua.Insya-Allah~Doakan kami ye~~~~


"Sungguh syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang
bertawakal & beriman kepada Allah SWT"
(An Nahl : 99)




Asrama sunyi jer.Seram la pulak(^0^!!)

Jadual exam x check lagi.Adoyaii~




untuk semua pelajar MedDen 2,saya ucapkan


::kokoro no omoi::

May 9, 2010

::warkah cinta buat MAMA::

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!!!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

renung2kanlah~


::terima kasih MAMA::

::warkah cinta buat MAMA::


~dari anakmu yg tersayang~
Abu Hurairah radhiallahu 'anh bkata:
Seorg lelaki dtg menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dn btanya:
“Siapakah manusia yg paling berhak utk aku layan dgn sebaik-baiknya?”
Baginda mjawab: “Ibu kamu.”
Dia btanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda mjawab: “Ibu kamu.”
Dia btanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda mjwb: “Ibu kamu.”
Dia btanya lagi: “Kemudian siapa?"
Baginda mjawab: “Ayah kamu.”
ishanokokoro::

April 29, 2010

::Ya Allah,permudahkan urusanku::

"NeVer regRet AnytHing BecaUse aT 0nE tiMe,iT waS eXactLy wHat y0U wAnteD"




Memang mendalam makna quote ini bagi aku.


Jgn pernah menyesal krna suatu masa nnti,itu adalah apa yang aku nak sebenarnya.Sebab kadang2 aku pernah rasa menyesal.




Menyesalkah aku sebab ambil bidang ini?

Menyesalkah aku sebab terpaksa korbankan byk masa semata2 nk habiskan pengajian 5 thn ini?


Menyesalkah aku sebab zaman universitiku x seperti orang lain?




Masya-Allah..Ya Allah,ampunkan aku!


Aku seperti menyalahkan takdir.Menolak ketentuanMu.


Aku dipilih utk menggalas tanggungjawab ini kerana Kau tahu aku mampu melakukannya.


Jadi,mengapa harus aku rasa sedih?


Aku patut gembira,bersyukur!




'Kerja doktor ni,jalan ke syurga jelas sebab banyak tolong orang'


(petikan dari buku Denyut Kasih Medik)




~Insya-Allah~


Ya Allah,permudahkanlah urusanku!


Permudahkan pengajian 5 tahun ku di sini.


~Amin~




"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu.Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya"


(Al-Baqarah : 216)




::kokoro no omoi::