October 27, 2013

Sebulan makan gaji


Alhamdulillah
Lagi 3 hari maka genap lah sebulan saya bekerja
Alahai sekejap saja masa berlalu
Banyak benda yang berubah
Kehidupan harian terutamanya

Keluar rumah pukul 6 pagi tu perkara biasa
Balik rumah pukul 8 malam juga perkara biasa
Kalau extended shift, pukul 1 pagi baru tayar myvi bergolek untuk bawa tuan dia balik

Off day adalah hari untuk buka buku
Sebab tak sempat nak buka kalau waktu kerja
Kalau ada soalan specialist yang tak dapat jawab masa ward round, of course la sampai rumah tu terus kena buka buku

Alhamdulillah sekarang dah makin dapat sesuaikan diri dengan kehidupan medical ward
Dah pandai cari waktu untuk solat dan makan
Walaupun kadang2 sampai kena bawa bht patient untuk baca masa tgh makan
Dah boleh usahakan sendiri cari venous assess untuk blood taking atau branula untuk patient yang deadly-serious-susah punya line
Dah boleh buat kerja dengan sedikit pantas berbanding 3 minggu yang lalu
Dah boleh present cases dengan sedikit yakin pada specialist untuk satu cubicle on my own walaupun kadang2 kena tegur
Lega bila specialist yang selalu 'marah' saya cakap "U are better than anyone else but of course u have to learn more and be fast. And u should know what your superior is thinking"

Semoga Allah SWT sentiasa jadikan saya kuat untuk hari2 yang mendatang
InsyaAllah ameen

2 comments:

  1. kak nana! usaha sungguh2! yosshh!! tgh godek blog akk.. hee cari inspirasi nak exm dah!

    ReplyDelete