CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



May 18, 2010

eXam oh eXam~~

Salam~

Kenapa perlu ada exam?
Kata mereka,exam ini utk menguji kefahaman seseorg itu tentang apa yang dia belajar.
Camne klu x ada exam?
Kata mereka,susahla sbb nanti x dpt nk ukur tahap pencapaian seseorg itu maka kita x dpt tahu klu2 org tu sebenarnya x tahu apa2 pun yg dia belajar selama ini.Hanya menelan apa yg disuap.


Btol3!(gaya upin & ipin)
Dan lagi 4 hari,saya juga akan berdepan dgn satu fasa yang mmg menggerunkan.PEPERIKSAAN!
Peperiksaan ini dipanggil peperiksaan Selanjar 2,utk pelajar medic & dental tahun 2 USM.Di kala pelajar2 & rakan2 lain sdg enak melayan cuti di rumah,kami di sini pula perlu struggle habis-habisan bagi memastikan kejayaan kali ini menjadi milik kami semua.Insya-Allah~Doakan kami ye~~~~


"Sungguh syaitan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang
bertawakal & beriman kepada Allah SWT"
(An Nahl : 99)




Asrama sunyi jer.Seram la pulak(^0^!!)

Jadual exam x check lagi.Adoyaii~




untuk semua pelajar MedDen 2,saya ucapkan


::kokoro no omoi::

May 9, 2010

::warkah cinta buat MAMA::

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!!!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

renung2kanlah~


::terima kasih MAMA::

::warkah cinta buat MAMA::


~dari anakmu yg tersayang~
Abu Hurairah radhiallahu 'anh bkata:
Seorg lelaki dtg menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dn btanya:
“Siapakah manusia yg paling berhak utk aku layan dgn sebaik-baiknya?”
Baginda mjawab: “Ibu kamu.”
Dia btanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda mjawab: “Ibu kamu.”
Dia btanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda mjwb: “Ibu kamu.”
Dia btanya lagi: “Kemudian siapa?"
Baginda mjawab: “Ayah kamu.”
ishanokokoro::