CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



December 29, 2010

secret recipe of motherhood

Wanna be a MOM?
Here i give u this


Ingredients needed:
1.Heart full of loves

2.Head full of understanding

3.Eyes in the back of your head

4.Heaping cups of patience
5.Gallon of generosity
6.Barrel of laughter

Steps:
1.Mix well
2.Sprinkle with kindness
3.Add plenty of faith

4.Heat with sunshine

5.Spread generously over a lifetime for a plateful of joy and a cup of warm memories

HAPPY TRYING!





*ececee...mcm expert jer bunyinya kan..untuk makluman semua,ini hanyalah sekadar suka2 memandangkan kami sekarang tgh belajar O&G (stand for OBSTETRIC & GYNAECOLOGY)
x paham?cari dalam kamus ye maksud dia nanti :)

December 27, 2010

Baby...an angel to the earth


see?how small she is and how eager she is to live her life



what a miracle smile..it gives mom a natural high




"Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia dari saripati berasal dari tanah.Kemudian Kami menjadikannya air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim).Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat,lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang,lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging.Kemudian Kami jadikannya makhluk yang berbentuk lain.Mahasuci Allah,Pencipta yang paling baik."
(
Al-Mu'minun : 12-14)

9 bulan 7 hari
bukan tem
poh yang sementara
40 minggu
bukan sekadar sekelip mata
280 hari

bukan hanya menghitung hari
namun,masih ada senyum yang terukir

dari hari ke hari
bebanan yang dibawa makin bertambah
perut yang memboyot makin terserlah
untuk bangun berdiri,bukan semudah itu
untuk berjalan maju,tidak segagah dulu
namun,masih ada senyum yang teru
kir

tiba detik dinanti

berpeluh pelai suara menjerit
berkerut dahi menahan perit
akhirnya yang ditunggu tiba jua
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada-Nya

Lalu dibisikkan ke telinga si anak
"Selamat datang anakku.Akan ibu hadiahkan kamu kasih sayang yang tak mampu diukur dengan apa-apa pun.Akan ibu lindungi kamu daripada sebarang cela.Akan ibu ajarkan kamu siapa DIA.Itu janji ibu.Terima kasih anakku kerana hadir dalam hidup ibu"

Balas si anak
"Terima kasih ibu kerana mengandung dan melahirkan saya.Terima kasih ibu kerana meng
endong saya dalam perut ibu ke mana sahaja ibu pergi walaupun ibu tahu semakin hari,saya semakin berat.Terima kasih ibu kerana bertarung nyawa melahirkan saya.Terima kasih ibu atas kehidupan yang ibu bawa untuk saya ini."

Doa si anak lagi
"Ya Allah,hanya kepada-Mu kami datang dan kepada-Mu kami kembali.Kau ampunilah segala dosa2 ibuku kerana mengandung dan melahirkan aku pada hari ini.Kau rahmatilah ibuku dan Kau berikanlah seluruh kebaikan kepada ibuku.Ameen ya R
abbal a'lamin"



- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

-Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

-Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.



miss them alott aloottsssssss ~~!!

*utk gambar paling atas & paling bawah,credit dr saya utk my bro-in low merangkap ayah kepada budak2 ini atas hasil kerja tangan beliau yang sangat superb esp gambar yang atas sekali tu :)

~TATA~



December 23, 2010

Positif stress

Kurang drpd 1 jam 1/2,kami akan mula menduduki ujian CFCS (Community & Family Case Study) atau dalam bahasa melayunya,KKKK(Kajian Komuniti dan Kes Keluarga).
Dah hampir 8 bulan tak jejak Dewan Utama dgn perasaan sebegini.Erk perasaan apa ya?
Cuak?Takut?Stress?Anxious?Excited?Elated?
Haaaa...semua dah bercampur baur dah
Boleh categorized dlm Bipolar Disorder tak?
Heee....
Anyway,ALL DE BEST to all MEDDEN 3!



counting for :
Selanjar III : 50 days
Pro II : 90 days

Are u prepared enough?????

December 12, 2010

SAHABAT




Sahabat

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah aku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR
Album : Kiasan Naluri

SAYA SAYANG RINDU KALIAN SEMUA !!
~suriaian : anish,ijah,tini,pint,bilah,aen~
~farisian : lamat,oin,dojan,lanap,nat,saiduck~
~kmppian : fieha,izz~
~usmian : semualah (+geng topi)~

December 7, 2010

A New Hijrah : Salam 1432H



Awal Muharram, the start of the Muslim year, is based on the date of the Hijrah (or Hijra) meaning "migration", of Prophet Muhammad (sallallahhu alaihi wassalam) from Makkah to Medinah, in year 622 on the command and guidance of God, through His Angel Gabriel.During the 13 years from the first revelation of Islam and its subsequent propagation, the Muslim community in Makkah had been subjected to severe tortures, enslavement, humiliations and persecution by the mostly anti-Muslims Quraish groups.The Hijrah was in fact a great strategical move to a place where the populace wholeheartedly accepted Muhammad’s (s.a.w) prophet-hood and embraced Islam, and they were bent to defend and fight for the religion.In fact, after several years, Prophet Muhammad (s.a.w) and his followers were able to return to Makkah where they forgave their enemies, and within a century of his death, Islam had spread to all parts of the world.

In Islam, a new day starts in the evening upon sunset and not after midnight.So, just before sunset on the last day of Zulhijjah, Muslims will read a special prayer (doa) after the evening Asar rites or prayers, to seek God’s forgiveness for sins committed during the year, and repentance for misdeeds.And then after sunset ( it being a new year - Awal Muharram), Muslims will say another prayer (doa) immediately after Maghrib (dusk) rites or prayers, seeking God’s guidance and help towards a better spiritual and physical life in the new year

.

Maal Hijrah is also a time to reflect and review the past year and make new resolutions for the year. It is a time to check personal progress and to find ways to make oneself a better person.This is because the concept of Maal Hijrah in Islam, besides the physical migration, also means a migration or paradigm shift of the mind and attitude.Islam had initiated a paradigm shift in the minds of the uncivilised and pagan-worshipping Arabs to the simplicity and logic of the Islamic faith. And when they understood Islam, they embraced the religion in droves.In essence, Maal Hijrah demands a migration of the mind, body, soul and attitude from bad to good and from good to excellent, always improving and bettering oneself and society.

(http://www.pahang-delights.com/maal-hijrah.html)



(sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT)

Alhamdulillah..dgn rahmat Allah Yang Maha Esa,roh & jasad ini masih bersatu.
Masih mampu menghirup udara pinjaman dariNya,berpijak pada tanah pinjaman dariNya,melihat alam pinjaman dariNya & mengecap nikmat Iman & Islam juga dariNya.
Setinggi-tinggi kesyukuran dan rasa syukran buatMu Ya Rabbi atas segala yang Kau kurniakan.
Sungguh tak terlafaz rasa yang tersesak di dada.
Hanya padaMu kami bermohon.

Semalam pergi dengar tazkirah ringkas di masjid(seperti yang tertera di atas).
Alhamdulillah masih dibukakan pintu hati ini untuk menghadiri majlis2 ilmu.
Antara isi tazkirah ustaz yang sgt terkesan di hati :

"1432 thn yang lalu,Rasulullah SAW & para sahabat serta para pengikut Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah sehelai sepinggang.Tak bawa apa2 pun.Rumah,tanah,gudang,kebun malah duit satu sen pun tak bawa.Sebab tulah orang yang berhijrah pada zaman dulu dapat pahala banyak.Tak macam kita,nak pergi KL pun,penuh kereta dengan beg bajunya,makanan lagi,etc2."

Betul la tu kan.Dan dalam konteks kehidupan kita sekarang ni,apa yang boleh kita klasifikasikan sebagai hijrah?Banyak kan?Salah satunya hijrah drpd yang buruk kepada yang baik.Bagaimana?Haruslah ditinggalkan segala yang buruk2 kat belakang dan maju ke depan dgn yang baik2.Contohnya selalu dengki dgn orang lain,suka berbelanja pd pekara yang tak perlu etc2.Betul ssh utk tinggalkan perkara yang memang sudah sebati dalam diri tapi insyaAllah kalau betul2 istiqamah,Allah pasti akan bantu.InsyaAllah semoga dgn tahun baru ini,kita akan lebih bersemangat utk menjadi yg 'baru' dgn azam & tekad yang baru.Semoga usaha kita ini mendapat redha Ilahi.Ameen~

~Selamat BerHIJRAH~
PERCAYA untuk BERJAYA!

(^_______^)


November 30, 2010

Study weyh!!

Study la!!
Bakpo malas sgt ni?
X kaba ingat ko nk pekso dh ni?
Selanjar 3 70 hr jah lg.
Pro II 110 hr jah lg.
Kalu nk maen pon,ngaji la dulu.
At least,prabes 1 topik ko dulu,br lah nk fb ko,google search ko,tgk gmbr ore kawen ko.erkk??
Deh?deh?
x maroh,cumo nk nasihat jah.
Pro II nnti bukae calang2 pekso.
Kalau fail,keno repeat smula tahun 3.
X ko nya'nyo tu?bazir jah maso sthn.
Betul dop?
So,ngaji dulu deh?
Gni la,wat reward ko diri sendiri.
Macam hok 'nucleus accumbens' wat tu.
Setiap kali habis study 1 note dgn bersungguh2,br bleh maen tenet.
Tu pun dlm maso 10-15 mnt jah.
Phtu smbg blk ngaji.
Habis jah,bg reward lagi skali.
Hehehe.
Ingat lps Pro II nnti,cuti 5 BULAN!
Maso tu,buat lah nak wat gapo pun,tak dop ore nak sekat.
Nak tido dr pg-mlm ko,maen spnjg hari ko,ngadap tenet 24 jam ko,duk melangut dpn tv ko,x kesoh pon.Buat la nak buat gak.
Tapi sblm tu,keno ngaji dulu.
Biar lulus Pro II,br sedak cuti nnti.Tak dop la nk depressed2 kan?
Hohooo~
K,selamat belajar wahai Puteri Nana! :)
(kompem grandious delution..haha)

Regards,
AKU

*nucleus accumbens is the part of our limbic system in the brain that give us reward each time we have done a good thing.eg : it give us sense of pleasure or feeling of satisfied when we finished our report that need to be sent to the lectures :)

*grandious delution is belief of exaggerated self importance.eg : I'm the King!I'm the Prime Minister of Malaysia.

November 29, 2010

malu cabang IMAN

Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya malu dan iman itu adalah soleh berhubungan,jika salah satunya tiada maka yang satu lagi akan turut lenyap.
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Malu itu bukan hanya terletak pada cara berpakaian yang menutupi tubuh badan semata2 malah malu itu sangat luas pengertiannya.
Malu tutur kata
Malu tingkah laku
Malu cara berjalan
Malu ketika makan
Malu dalam pergaulan
dan banyak lagi

Datang lewat ke kuliah & semua mata akan memandang kita melangkah naik ke tempat duduk atas,malu tak?
Makan aiskrim sampai comot baju & tudung,malu tak?
Ataupun makan sambil berjalan & tiba2 ada orang lalu kat depan dan perasan,malu tak?
Atau kasut high heels kita masuk lubang & tup2 kita pon terjelepok atas tanah mcm nangka busuk,mesti malu kan?
Banyak sebenarnya peristiwa yang boleh mengundang malu kita walaupun tanpa kita sedari.
Andaikata kita berada dalam situasi seperti di atas sekarang ni,apa kita akan buat?
Melarikan diri?mungkin.
Buat tak tahu jer.mungkin jgk.
Atau cepat2 bangun dan sorok muka dengan beg.High heel yg tersangkut dlm lubang tu?Arghh lantak dialah.Beli lain!
Ya macam2 kita boleh buat asalkan orang tak perasan kita tapi itu dengan manusia tp kalau dgn Allah?Nak main ciku cakk mcm tu jgk?

Allah itu Maha Melihat
Allah itu Maha Mengetahui
Allah itu Maha Memerhati/Mengamati


Jadi,mampukah lagi kita untuk menyorok?Untuk bersembunyi setelah melakukan kesalahan atau dlm erti kata lain,DOSA?
Sejauh mana kita lari sekalipun,Allah Maha Mengetahui
Walaupun tiada mata yang menyaksikan,Allah Maha Melihat
Tiada segenap inci ruang di muka bumi ini pun yang kita mampu terlepas drpd pandanganNya

Andaikata tiada malu yang kita peruntukkan buat sahabat2 kita mahupun diri kita sendiri,namun terapkanlah perasaan malu itu buat Pencipta kita Allah SWT.
InsyaAllah dengan perasaan malu itu,kita akan lebih berhati2 dlm setiap tingkah laku kita.

"Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan keji baik yang nampakdi antaranya mahupun yang tersembunyi."
(Al-An'am : 151)

Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya wanita adalah aurat(apa sahaja yang ditutup disebabkan malu ataupun berhati-hati)apabila sahaja dia meninggalkan rumahnya syaitan akan mengangkat matanya dan memandang ke arahnya dengan tangan terbuka di atas bulu keningnya sebagaimana seseorang melindungi matanya dari cahaya matahari,beliau akan paling rapat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam kawasan rumahnya yang paling tersorok.



November 25, 2010

feel good when good people surround u

Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.
Al-Wahhab,Yang sangat memberi
Ar-Razza',Yang sangat memberi rezeki
Syukur ke hadrat-Mu atas segala limpahan nikmat,rahmat & rezeki kepada hamba yang hina dan daif ini
Sesungguhnya hanya kepada-Mu tempat kami memohon & meminta
Kerana Kau sahaja yang mengetahui luar & dalam kami

"Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina"
(Surah Ghafir : 60)

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta kerana tanpa diberitahu pun,Allah sedia mengetahui.Doa ialah tanda pengabdian seorang hamba kepada TuhanNya.


21 tahun
sering dikaitkan dengan KUNCI KEBEBASAN
mereka yang mula mencapai usia ini dianggap sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri
sudah mampu menetukan hala tuju hidup sendiri
pendek kata,SUDAH MATANG!

dan semalam,tarikh 24 November 2010,genaplah usia ku 21 tahun
sudah 21 tahun kiranya aku meminjam nikmat Allah
nikmatNya yang tak terhitung yang kadang2 aku lupa bahawa aku hanyalah seorang 'peminjam'
sehingga Dia mengambil kembali nikmat itu,aku harus sentiasa bersedia
bersedia dgn bekalan yang sehingga hari ini hanyalah ibarat sebutir zarah yang tenggelam di dasar lautan dunia,tidak mampu dilihat dengan mata kasar hatta dengan electron microscope tercanggih di dunia sekalipun.

*******

Thank u very much to all my friends,family for the 'Happy Birthday' wishing and all the prays,warm thoughts and also presents/cards!.Really really appreciate them.May same wishes go with u all also.I tried my best to reply all the wishes in fb,hp and in person (cam artis la plak rase.teeheee~)and thanks God,I manage to do that :)

Know what,im now waiting for the real KEY from mama!Ngeh3
"Happy 21st Birthday.Gift will be given later because stock is not available!Love from Mama and Opah"
Look flat but really deep meaning inside.Ho3
Cannot wait already!Tapi pesan mama,
"Sabar2 la.Allah sayang kepada hambaNya yang sabarkan"
Owh ok!

Special thanks to my bestie,cik ~BILA~
sbb buat entri khas utk saya dlm blog dia.same mcm thn lps.sgt2 terharu ~(^___^)~
saya x tahu kenapa air mata saya akan sentiasa bergenang setiap kali saya baca apa2 drp dia,x kira kat fb mahupun blog!dan semalam mmg saya nangis lagi bila saya baca entri tu!waaa~
ni mesti aku rindu sgt ko mu lamat!

Dan pastinya buat geng MANIC!!
Cikah,Onie,Ainin,Naddo,Bebi,Farahin,Mira & Farah
How a good prank,girls!(Mira tak termasuk sbb dia pun kna tipu sama mcm saya)
Beberapa minit sblm berdetiknya jam menunjukkan angka 12tgh mlm,Ainin(rumet) tercungap2 masuk bilik sambil pgg kotak kt tgn lps main bola keranjang ngan Farah(diorg mmg suka main tgh mlm sbb x de org nk kacau)

"Jom celebrate besday Mira!"
(besday mira sehari lps saya,25 nov)

Aku on jer walaupun act segan sbb mungkin diorang just nak sambut dgn pblmates jer.lagipun mst ada makan2 which was allocated before among them.klu aku pg satgi,x cukup lak mknn.ha3
Tapi aku pergi jgk sbb kitrg pun pernah celebrate besday Ainin sama2 2 days before.Dengan mengekalkan baju tidur Pooh labuh kaler biru(Ainin kasi as birthday present.tq rumet sayang) + cardigan labuh + tudung,kami pun bersama2 lah turun menuju ke court netball.Kononnya nak suprisekan Mira la.Tapi dari jauh lagi dah nmpk lilin menyala2 liuk lentuk kt tgh2 court tu,x de dah la suprisenya kat Mira tu,aku pikir.Mst dia dah boleh agak nk celebrate birthday dia.Aku pun punyala bersungguh lari dgn Farah & Ainin sbb excited nk keliling kek Mira tu.Aku ada perasan bayang2 org kat belakang pokok sekitar tu.Kata Ainin,itu Naddo ngan pblmates dia yg lain yg join sama.Sekali bila kami dah nak sampai kat kek tu,tiba2 menjelmalah 4 lembaga yang aku cukup kenal siapa mereka.Naddo,Farahin,Cikah & Onie!

SURPRISE
nana & mira!!!!!!

Rupa2nya itu adalah kek kami berdua!!!
Diorang kata kat Mira nak celebrate birthday aku.
Diorang kata kat aku nak celebrate birthday Mira.
So for sure la tiada keraguan di situ!
Hahahahah.
Aku betul2 x expect.Naseb baik x nangis tgh2 court tu.
Kata Mira,"ingtkan nana lari td sbb excited nk tgk kek sndiri"
Aku gelak guling2!
Dan malam tu,kami makan puas2,gelak puas2,sembang kuat2,photoshoot byk2.
Hilang segala resah.Hilang segala duka.
Yang ada hanyalah kegirangan kami dgn bersaksikan bintang2 malam dan lakaran sebuah memori yg akan aku ingat sepanjang hidup aku.
Benarlah,indah sebuah PERSAHABATAN itu!

Ya Allah
Sahabat buat hati gembira
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah rasa
Rajuk kami membuah ceria

Ya Allah
Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah
Bermusuh kami Nau'zubillah
Berpisah mati InsyaAllah
Penyembuh rindu doa Rabithah

Ya Allah
Satukan hati kami di dunia
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan kami di alam syurga
Ameen


AS THE CONCLUSION,I'M NOW 21...SO BE MATURED PLEASE NANA!



November 20, 2010

25 ----> I have been tagged!

"once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 5 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."


1.saya tak suka pink!sgt girgirl,so tak mau!
.tapi kan sejak dua menjak ni ;
-botol air pink
-seluar tidur pink
-pencil case pink
-selipar bilik yg ada muka bear kt depan pun pink
-etc2
dan yg plg obvious masa nk beli winter suit sblm pg Aussie dulu,head to toe all PINK!
sampaikan org kedai tu pun perasan,'suka pink',katanya...
so,konklusinya,PINK ok what!and i LIKE pink



2.recently being a stalker!opsss...big secret already revealed!
tapi tu dulu la,skrg ni da tak da.buat sakit hati jer.rimas.and then sedih!last2 deactivate
account fb.euyyy..childish!kechiwa la katakan...


3.RM400 milik saya lesap begitu sahaja,lebih cepat drp sekelip mata!Ini gara2 ejen insurans tu la & saya sendiri pon tak tau macammane saya boleh bg kad bank saya begitu sahaja kat orang tu.BETUL saya mmg akan sgt2 berhati2 dgn org2 macam ni dah lepas ni.Moga Allah lindungi saya & juga kalian.Amin~
(akak:dont ever show that u'r in hurry while u'r in shopping complex.if so,u'r their main victim)

4.setakat di tahun 3 ni,tiap2 hari minggu saya akan balik,walaupun sekejap.

5.suka dengar lagu bila buat kerja selain baca buku.cnthnya masa kemas bilik/rumah,lipat baju,driving etc2.kdg2 tgh dgr lecture pon saya pakai headphone.tapi itu jarang sekali la,hanya on kalau lecture itu tersangat2 la boring!

6.suka jalan pegi kelas sorang2.suka hati saya jer nk jln lmbt2 atau nk jln cpt2.tak payah kejar2 atau tggu2 kawan lain jalan.

7.suka WINDOW shopping!sorang2!best!syok!tak payah pikir orang lain.dari satu kedai ke satu kedai saya singgah.semua department store saya lawati.nak berlama2 pun tak pe sbb saya
sorang jer.

8 .
agak cerewet bila nk beli my own stuff.ambik,letak!ambik,letak!ada satu kali tu akak bwk saya pergi Lot 10 together with mom & bro to buy me some dressess(sbb dulu saya hanya pandai pakai long sleeves yg bsr2 je).2 jam pusing,satu dress pun saya tak lekat.ini tak kena,itu tak kena.akak da fed up da.mama da lenguh da.last2,lps try byk kali,saya pun ambik la dua psg dress ni.tu pun sbb tak nak bagi akak continue nagging.bila blk try btl2 dpn cermin,cantik la plak.hehe.br la nmpk feminin sket.

9.keluarga adalah segalanya2 bagi saya.nyawa saya.kehidupan saya.tanpa mereka,saya tak akan mampu jalani kehidupan ini dengan baik.

Ya Allah,aku pohon kepadaMu,Kau kurniakanlah keampunan kepada kedua ibu dan bapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku masih kecil.Dan Kau satukanlah hati2 keluarga kami dan janganlah Kau pernah menimbulkan rasa tidak senang dalam hati kami terhadap satu sama lain.


glitter-graphics.com


10.saya sayang sahabat2 saya.saya tak nak kehilangan m
ereka.sebab mereka,saya mampu tersenyum.dengan mereka,sedih saya hilang.saya tak boleh tengok sahabat saya menangis.kalau tak,air mata saya akan jd tersangat la murah.saya nak jadi sahabat terbaik.saya nak berkongsi kesedihan sahabat saya.saya nak pinjamkan bahu saya tatkala mereka berduka.saya gembira andai mereka gembira.

glitter-graphics.com


11.sekarang ni tahun 3.tak lama lagi saya nak Professional 2,final exam yang akan menentukan samada kami layak atau tidak untuk naik Tahun 4 nanti.jadi saya kena kerja lebih keras.2 years' topic should be covered plus the basic ones during 1st year.mampukah saya?InsyaAllah saya ada Allah.kalau saya terus berusaha & berusaha,kenapa tidak?

Ya Allah,permudahkan lah urusan kami & jadikanlah kami kuat untuk mengharunginya.

12.saya ada satu pendrive Kingston 4G warna kuning.saya sangat sayang pendrive ni.ada keychain boy yg tgh grin + tali penguin kuning + keychain 'N' (stands for Nana).saya memang akan sentiasa bawa pendrive ni pegi kelas,senang nak ambik softcopy dlm desktop kt depan.

13.saya anak bongsu drp 5 beradik.yang sulung & bongsu adalah perempuan.3 kat tgh semua lelaki.kata mama,anak perempuan sbgi pembuka & penutup.beza umur saya & akak adalah 12 tahun.akak cerita masa mula2 mama conceive dulu,akak selalu solat hajat & doa biar kali ni dapat adik perempuan pulak.tup tup,dapatla saya.hehe.Love u sist!

glitter-graphics.com


14.dulu masa kecik2 saya agak boyish.mana taknya,atas2 tu semuanya abang.abg main car control,saya nak main jgk.abg main bola kaki tiga,saya nak ikut jugak.tapi saya still suka pki skirt!dan saya mmg byk koleksi gaun masa saya kecik2 dulu.teeheee~

15.orang kata muka saya ikut muka arwah baba.dan saya pernah dengar anak yang mirip muka ayah,itu adalah sesuatu yang baik.tapi saya lupa apa perkara yang baik itu.

16.saat ini saya teringatkan anak2 buah saya,Nabil,Naim & Inas.Su Nana rindu kalian!!



17.saya ada 'smiley' yang saya gantung kat cermin bilik.supaya setiap kali saya pandang ke arah cermin,saya akan SENYUM.dan saya suka senyum.senyum itu kan penawar.dan penawar kepada kedukaan adalah senyum.bukan sahaja kedukaan kita malah mungkin kedukaan insan di seliling kita juga.jadi senyumlah sentiasa.

18.kat atas katil saya sekarang ada bantal 4 segi kecil kaler pink & bear doll kaler putih + pink,nama kuma.maksud kuma dalam jepun adalah 'bear',pemberian seorang sahabat baik saya sebelum dia berangkat ke jepun awal tahun dulu.bantal tu pulak junior saya yang bagi sempena hari lahir saya yg ke-17.tiap2 mlm saya akan peluk dua2 ni sbb saya sayang pemberi2nya.



19.saya mula tulis diari masa darjah enam.semuanya bermula drpd seorang guru bahasa Inggeris kami masa 6 Arif dulu yang menasihatkan kami agar tulis diari.so that in the future,we have something that we can recall back,regardless of their importance.jadi,sekarang,saya ada byk koleksi diari saya sendiri.bila baca2 balik,saya akan gelak sorang2.tapi takut jgk kalau2 ada org baca nnti.malu!!

20.saya juga suka kumpul whatever notes,cards,dedication cards and even surat blk rumah yang pihak sekolah bagi setiap bulan yang sepatutnya utk ditunjukkan kpd parents.dlm surat
tu,kawan2 saya akan wish 'Happy Holiday','balik mmoleks','jaga diri' etc2 dgn sgt kreatifnya.hehe.ada sekali tu,ada seorang kawan baik saya ni,dia bg surat 2 helai yang dilipat kecil memanjang.saya bukak surat yang tertulis '1st' dulu.lps baca surat tu,saya menangis.menangis yang betul2 punya la.kata kawan saya,dia nk tukar sekolah.sbb dia sakit.sakit yang tak boleh bertahan lama.lps cuti nnti,saya tak akan jumpa dia lagi sbb dia dah tukar sekolah masa tu.macam2 lagi dia tulis dalam tu.dia kata dia syg sgt saya.dia tak mampu
nak tgk saya sedih,jadi sbb tu dia terpaksa tulis surat.bila saya bukak surat yg tertulis '2nd',saya menjerit "BILAAAAAAAAAAAAAA jahat!"(masa tu saya msh pggl dia Bila instead of Lamat[Nabila Mohamed]).rupa2nya dia saja nk kenakan saya.dia tipu saya.lps tu dia dtg pujuk saya balik.adoiii...jahat kan mu lamat.penat aku nangis.huhuuu~

21.saya suka baca novel Hlovate.bahasa sempoi,mudah & ringkas!tapi mesejnya padat.

22.td saya baru beli termos kecil yang cute.tp murah jer la.tak tahu mampu bertahan lama mana.untuk saya bawak nescafe panas pegi lecture pagi2.supaya saya tak ngantuk dalam kelas nnti.sbb kalau beli nescafe hari2 kat kafe,sengkek la nnti kan.

23.saya ada seekor kancil putih.maksud saya kereta kancil.kancil tu ada la kot usia 10++ thn.mana taknya,sejak abg saya yang sulung kat universiti lg,mama dah belikan dia kancil tu.sekarang ni saya la pulak yg guna since dia dah ada kereta lain.walaupun dah lama,kancil tu masih lagi mampu berkhidmat utk tuannya walaupun byk jgk berhabis duit utk maintain kereta tu.nak jual,abang kata sayang sbb enjin turbo.jadi,pergi-balik saya usm-rumah guna kancil tu la.terima ksih ye mr kancil.saya sayang kamu!



24.saya nak beli cadar yg best utk katil bersaiz queen saya kat rumah supaya saya boleh tidur dengan seenak2nya (walaupun tanpa cadar itu sekalipun,saya mampu utk tidur lena.hehe).tapi sampai sekarang saya masih belum berkesempatan utk benar2 pergi membeli.kata cerewet
kan....

25.and last but not least,i really want to change myself.saya seronok bila tgk kawan2 saya yang dulunya tudung mereka dililit habis-habisan,tapi sekarang tudung bidang besar yang menutupi separuh daripada tubuh mereka.saya gembira melihat kawan2 yang sentiasa melapangkan masa mereka utk berjemaah di masjid & menghadiri usrah+tazkirah di masjid.saya akan terpaku melihat kawan2 yang sentiasa mggunakan nada yang rendah & lembut setiap kali berbicara dgn kaum sejenis.saya suka melihat mereka yang sgt menjaga pandangan mereka drpd perkara2 yg dirasakn tidak perlu.saya suka melihat mereka yang masih mampu tersenyum walaupun saya yakin ada perkara yang membebani mereka saat itu.dan saya pula?

The hardest battle is when you are against yourself
-Hlovate-


sekian.

tag : saiduck

(just this person at this moment)



Lepas satu,satu...

::mood makan daging::

baru jer blk 'ala-ala bbq' kt umah tok td
ada dgg,ayam,sosej,bihun,nasi goreng,cocktail
dan burppp...sgt kenyang!
Alhamdulillah...


::mood sunyi::

sebab?
baby dah balik :((
hari2 mendatangkanku tanpa si cilik bertiga itu
Nabil,Naim & baby Inas
sob3...
ada diorang kt kg 2 bln 1/2 mmg best!
Su Nana!!
rindu panggilan itu


::mood syok sbb ada kawan2 yg happening::

thanx anish,pinn,tini & aen!
they all make my day
ptg td keluar jln2 + mkn2 + gosip2
syok,u know!
ada kawan2 dari sek rendah yg still keep in touch
and kami sbnrnya baaanyak sgt plan utk cuti sem ni (even aku x de cuti act)
Ya Allah,moga Kau berkati persahabatan kami ini :)
Hugs for them!mmuaxx2


::mood semangat nak balik sekolah::

o yeah!!
ahad ni da start sekolah
masuk blok baru
psikaitrik!!
deal with people with mental problem?
Oh My God!CNS notes x abeh lagi
exam da dekat
2 ++ months to go
dan aku??
masih belum bersedia!!



p/s : dat,tag tu x sempat nk pikir lagi la..nnti blk usm,br k nana re,k?heee~

November 12, 2010

Love U Mom!




12/11/2010
Today is my Mom's birthday
And I make this specially for her
Thank you for everything Mom!
Your encouragement,support & love
Has helped me grow to what I am now

The heart of a mother is a deep abyss at the bottom
of which you will always find forgiveness


Sorry Mom for being a stubborn daughter
Promise!I won't anymore
I just want to make u smile
Your tears are really meant for my success

Not my failure!





November 10, 2010

Datul!It's for u!!

To my dear 'little' sist
Saiyidatul Shufwah Jabilin






remember this!





And has a strong faith in GOD.
He knows everything what is the best for us!






My note for you ~(^___^)~







November 7, 2010

Appreciate life more than what u have done



Di luar,hujan renyai2
Ntah kenapa aku tiba2 terfikir
Tentang sebuah kehidupan
Sekadar hela & hembus nafas?
Alhamdulillah di saat ini aku masih dipanjangkan usia
Masih mampu mengecap 2 nikmat terbesar
NIKMAT ISLAM & NIKMAT IMAN
Meniti waktu demi waktu
Dikelilingi keluarga yang menjadi peniup semangatku saban waktu
Bersama teman2 yang setia menjadi pendamping tak kira masa
Dan Kau Ya Rabb yang pastinya di sisi
Mengetahui setiap inci gerak geriku
Mengkabulkan setiap permohonan hamba-Mu
Kalaupun ada yang tidak Kau penuhi
Aku yakin Kau ada janji yang lebih baik buatku

Ya Allah,
jangan sekali2 Kau tinggalkan aku kealpaan
jangan sekali2 Kau biarkan aku hanyut
Cepat sedarkan aku sekiranya aku menyimpang jauh
Terima kasih Ya Allah
Atas segala nikmat-Mu
Atas segala kebahagian ini
Ata segala ujian ini
Sungguh!
Perjalanan hidup ini menjadikan aku lebih matang!
Menjadikan aku lebih menghargai sebuah kehidupan!

November 1, 2010

Not G00D!!




Sho0t!!
Beng!Beng!Beng!
Arghhh...mati.

Tak pe
Take it as positive one
To learn
To practise

Tapi........................
Tak boleh
Sedihhh!
....Nangis....
Down!Down!Down!

MySpace



Ya Allah!
Kau tahu aku kuat kan?
____________




October 25, 2010

Bila tiba giliranku clerking case

Hahaha
It's my turn!
Turn clerking patient for clinical teaching this week

Tau apa perkara yang paling digeruni bila giliran itu sampai???

Moh nak cite...


First sekali of course la bila nak approach patient tu
"Assalamualaikum mak cik.Saya pelajar perubatan tahun 3.Boleh ke kalau saya ambik masa mak cik sikit nak tanya pasal sakit mak cik ni?Lepas tu,kalau boleh saya nak buat pemeriksaan sikit kat mak cik.Boleh ke mak cik?"

Then,senyum la sikit...biar nampak keramahan tu :)
Tapi kalau kena REJECT,nasib la....


Second,masa nak contact Dr yang incharge utk confirmkan masa clinical teaching & tanya Dr available ke tak

Nak msg ke nak call?Msg atau call?
Aiyakk..tu pun satu masalah jgk
Ada Dr yang lebih suka kalau pelajar call
Tapi ada jugak Dr yang lebih senang kalau pelajar msg je

Kalau call,punya la bersungguh practice ayat tu dulu sblm nk dial no Dr tu
Kalau msg tu,punyala proper ayat yg digunakan...siap full spelling lg tu

Third,of course la saat dan ketikanya nak present case tu

Sblm msk ward,mcm2 doa baca..
Doa penenang jiwa lah,doa supaya Allah permudahkan urusan lah,doa bagi Dr lembut hati lah....
Macam2 ragam Dr yg ada

Ada yang jenis cakap tak berhenti

Ada yang jenis mintak setiap seorang comment presentation si kawan ni

Ada yang jenis bertanya je kerjanya

"What other questions you need to ask this patient?"
"What is the significance you ask that?"

"How this and this relate to this?"

"Did you ask about this and this?"


Differential diagnosis?Investigation?Treatment available?Prognosis?
Yang pasti,semua 5W & 1H tu mmg bakal ditanya
Itu baru bab history taking,belum masuk physical examination (PE) lagi

Fourth,PE....
"Why you do this?"
"Is it the corrrect way?"
"Give me the pathophysiology for this finding"

Bla...bla...bla....
Time nak perform PE tu pun,tgn boleh terketar2 lagi ..uisyyy

Dan,yang pasti,sesiapa yang present case minggu tu memang akan tak senang duduk
Ada jer yang tak lengkap kat kertas presentation tu
Menyebabkan pelajar berkenaan akan terus berulang alik ke hospital semata2 utk melengkapkan case report nanti
Dan juga kena study lebih la pasal case tu
Masa presentation lagi la,BERPELUH!
Kalau tak ada white coat tu,obvious la belakang baju tu basah
Belum campur yang kena shoot dgn Dr lagi!
Hohooooh0

Oopsss..belum habis lagi ceritanya
Tiba pulak masa untuk siapkan case report
Mana yang tak lengkap,lengkapkan
Mana yang rompong,isikan
Mana points yang kena shoot dgn Dr,betul2kan
Mana yang kena tgk folder patient,rajin2lah ke hospital
Yang penting,case report LENGKAP! dan hantar ON TIME!

Last sekali,adalah waktu untuk mengambil kembali case report yang sudah siap diperiksa
Markah?????
Fail ---> clerk case balik...hahaa~
Pass ---> Alhamdulillah...boleh hantar kat pejabat akademik untuk masukkan markah dalam rekod akademik untuk sem tersebut
Sebab kalau tak submit marks,nanti tak boleh ambik exam...
Tak ke kes naya tu????!!!

So,conclusionnya...
Rajin2 la menjenguk case kat hospital tu
Jangan bila sampai turn utk clerk,barulah terhegeh2 nak pergi
Mana tak gerunnya kalau diri sendiri pun tak terbiasa dgn semua tu
(teguran pedas utk diriku sendiri...wawaaaa)

Teringat kata2 seorang Dr pakar kanak2 ni masa sesi motivasi dgn dia dulu kat surau
"Tempat seorang medical student bukanlah di bilik mahupun library tapi di HOSPITAL..Your patient is your TEXT BOOK"




...kata nak jadi A Good Doctor...
~(^________^)~

October 21, 2010

Saya untuk Awak & Awak untuk Saya


Ketika Allah Memilihmu Untukku..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta pada
ku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,

Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmu
Nya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..


Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..



Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..

Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,

Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuan
mu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..

Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…

Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati m
ereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..

Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )

.....................................................................................................................................................



Kehadapan my future wife(s)


I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)


I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh
kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu kan tak ada pun laki2 yang nak kahwin dgn perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, de
ngan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau s kali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan m
asakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

(http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-untuk-my-future-wifes.html)


...........................................................................................................................................


Dua warkah yang isinya berbeza..
Segala2nya berbeza..
Gaya penulisannya berbeza..
Bahasanya juga berbeza..
Kata ganti nama diri turut berbeza..
Pasti juga dari dua orang yang berbeza..

Warkah pertama dari si gadis yang jiwanya lembut tapi optimis
Dan warkah yang kemudian itu datangnya dari si jejaka yang kelihatannya agak nakal namun saya pasti ada sebab kenapa dia tulis artikel sebegini.

Tapi ada satu perkara yang sama
MAKSUD yang sama!
Mengenai warkah buat 'si dia' yang tercipta untuknya
Tapi tidak diketahui keberadaan 'si dia'
Jauh?Dekat?

Kenal atau tidak?
Itu semua bukan prioritinya
Yang penting isi yang mahu disampaikan...
Pastinya yang terbit jauh nun di dasar hati
Agar 'si dia' mengerti apa yang tersimpan di lubuk itu

Sama2 lah kita hayati maksudnya

Buat si uda mahupun dara
Kaum adam mahupun hawa
Tinggi benar harapan bakal 'si dia'
Agar diri dijaga sebelum dipertemukan
Supaya jiwa bersih sebelum dijodohkan

Sabda Rasulullah SAW :-
Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nika
hilah dia.Jika tidak dilakukan,akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.
(Riwayat al-Baihaqi)



gambar kredit kepada http://rafi.fotopages.com/
sgt cantik semua gambar2 tu..rasa cam nak kahwin pon ada..heee~

October 19, 2010

Prof,I'll remember it for the rest of my life

So now,let's talk about management of this patient.What do you think?
Reduce the symptoms.Pain,frequent urination....etc..etc...
Ya.By this and this...using catheter..bla2..prevent infection.....bla2
Then,what else?Mobility?Ask him to go for physiotherapy....etc..etc...

But there's one thing that need to be considered.What is it?The last and very important one.Think...
Prof smiled,looking at us one by one.
Itchyness?
Itchy,no...
Put his palmar together,wrinkled his forehead,he turned to me and asking for my opinion and of course with a smile that never fade from his face.
Slowly I said,"psycho......"
Ya.Good!You'll pass the exam and become a good medical doctor!
.....psychological aspect is very important.His daily routine is impaired.He might be so down..bla2...
Spontaneously he said.
And I'm speechless.

Kata2 dari seorang Professor yang pastinya bukan saya seorang saja yang respect tapi saya pasti semua pelajar perubatan Usm kenal dan kagumi.
Kata2nya cukup berdiplomasi.Tengok saja cara dia bercakap dengan pesakit tadi.
Yang memang tak pernah senyum pun jadi senyum.
I love that smile. - Him
Only to doctors he would smile - Patient's wife

Terlalu banyak kata2 & perlakuan dia yang menambat hati kecil kami tapi cukuplah kalau saya katakan kata2nya sahaja sudah mampu membangkitkan semangat kami yang makin luntur lebih2 lagi kalau baru lepas exam.Tengok muka dia pun,yang muram jadi senyum.Terserlah wajah kebapaan pada raut mukanya yg aku kira mungkin umur dlm akhir 40-an.

-Ya.Good!You'll pass the exam and be a good medical doctor!-
Tentu pada orang lain,biasa2 jer kot kalau ad Dr cakap macam tu kat student.
But,for me,I took that as a pray,for sure.
Doa cikgu berkat tau.
Thank you so much Prof.
.Of course I'll remember your words for the rest of my life even after I graduated,become a specialist one day and old enough in this field.

Really,it matters a great deal to me.

May you also be in the bless of Allah forever.


"As a medical student 2nd & 3rd year,you may be able to be in the healing team.As in this patient,just a talk with him may also reduce his emotional burden that he had"


"Don't treat them according to your neurological block only,just tick at the template here and there but treat their whole body including the psychological part"



-want to be a GOOD doctor-

baru habis clinical teaching dgn Prof kat wad 1S
patient tu ada cervical spine injury which had beed diagnosed 7 yrs ago due to fall from the fence
weakness and numbness all over the body
claw hand,hyperreflex,urinary incontinence
kesian uncle tu..
semoga cepat sembuh ye uncle :)


Deactivated!

SORRY!!

This is the best choice,i think

Being far away from it
Being far away from them
Also from .............. [hmm...]
Maybe it's better for me for the time being
Because i need time and space
To restore all my pyramidal,extrapyramidal,limbic and whatsoever systems to the normal functions!


So,now fully focus on CNS block!
Banyak kot nak cover..Ist year punyer notes pun dah hampir karat dah dlm brain ni
Nak perform PE pon tersangkut2 lagi
Belum campur nak cover buku Ilustrated Neurology tu lagi...Kumar & Clark??
Novel Rahsia Perindu??Heee~

Hope to see you again to all my facebook's friends MySpace
Sorry for the inconvenience


The biggest room in the world is the
ROOM FOR
IMPROVEMENT !!
[so,improve yourself please]



:: mood : hati yang rajuk :( ::



October 17, 2010

It's better be alone!



Terima kasih untuk setiap rasa itu.
Untuk setiap harapan itu.
Aku faham pernyataan kamu.
Itu pasti bukan untukku.

So.please leave me alone!
Because I want to be alone!



again,it deals with tears :(
..sabar jer la..

Saat Lafaz Sakinah

*Lagu : Hafiz Hamidun
Artis : Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa

Diterjemah hanya

Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu

Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku

Fitrahnya perlukanmu


Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti
benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya



Ku akur

Akan pesanmu

Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu

Bahagia kami dari redhamu




::nak baba yang walikan aku kelak tapi ............aku tahu..........tak mungkin::



:

October 16, 2010

Bidan terjun kot??

Guess what??
Menambahkan koleksi pengalaman
Buat benda yang tak pernah lg buat dalam hidup
SPEAKER DEWAN!!!
Untuk pertandingan debat antara IPT di Kelantan peringkat separuh akhir
Tiba2 kena jadi Yang Dipertua
Padahal sebelum ni tak pernah2 pun terlibat dalam debat even peringkat kelas pun
Kuang3x...Sabar jer la
By the way,it was a veeeeryyyy fun experience...
At least ada la something new yang berlaku dlm hidup aku hari ni
Although it was just a small thing!
Lalalaaaaala ~~



LIFE IS NOT A MATTER OF MILESTONES


BUT OF MOMENTS