CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



April 25, 2011

siapa lahir 20/4?


Tak kisah la siapa pun yang lahir tarikh ni
Yang pasti kawan saya sorang ni atau nama bloggernya ialah 'heart owner' pasti tersedak saat membaca tajuk entri saya kali ni
*erkk...betol tak farahin?aku harapkan satu anggukan drpd ko :p*
Atas arahan ketua The Topies,Naddo Sarip *yang telah melantik dirinya sendiri tanpa mendapatkan persetujuan daripada ahli2 lain*,kami tidak dibenarkan utk wish si Farahin ni pada tarikh tersebut..kononnya nak buat birthday girl tertunggu2 la...
Kesian pulak kat dia...mesti dia pelik kan kenapa kami semua tak wish?
Dan sebagai tanda maaf daripada saya *personally*,saya telah berazam utk membuat satu entri khas untuk beliau apabila pulang daripada bercuti bersama geng lebah hari tu....
Dan dengan ini,secara rasminya princess Ishanokokoro mencemar duli utk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat cik Nurfarahin Alias!!!Yeaa!
Semoga ko terus sukses dan sentiasa dalam rahmatNya yep :D



Whatever you ask,may you receive
Whatever you seek,may you find
Whatever you wish,may it be fulfilled
On your BIRTHDAY and always!!~


April 15, 2011

sape cakap senang??

Pagi ni tinggal berdua je dengan Naim..dia tak pergi sekolah sebab chicken pox dia tak habis lagi..Nabil pulak macam biasa pergi sekolah..hari ni Inas pun pergi nursery sebab saya masih tak mampu nak jaga dua orang sekaligus...kalau Inas tu dah faham bahasa,tak pe la jugak...Mama & Opah pun dah on the way balik Kelantan...Saya je yang 'tertinggal' di sini...Sementara Naim masih tidur lagi pagi tadi,saya pun kemas la rumah sikit2,vacuum lantai,jemur kain bagai...Bila Naim dah bangun,dia meragam la pulak tak nak mandi...dah la pampers dia tu 'berisi'..saya pun tinggalkan dia dulu dengan cerita kartun dia,then sambung balik vacuum lantai...bila dah sudah semua,Naim masih lagi tak nak mandi..Adoii...apa ni dik?Semalam ok je..mungkin sebab dia dapat rasa rumah ni sunyi kot..Sebab biasanya bila pagi dia bangun,Inas dah melalak dah masa tu...Saya pun mula la menggunakan ayat2 psycho macam ni..hehehh...

"Naim nak keluar tak?Kalau nak keluar,kena la mandi dulu.."Dengan semanis2 mukanya,saya menuturkan ayat..cehh...Tapi dia tak nak jugak..Siap nangis lagi..Alahaii...Saya tak kira dah,terus angkat dia turun bawah...bukak baju & mandikan dia...Haaa...boleh pun diam..saje je la tu nak buat perangai...Lepas mandi,dia nangis lagi!Nak ibu,katanya.

"Ibu kerja la sayang."Ditariknya tangan saya sampai ke pintu.Saya pun apa lagi,sekali lagi menggunakan teknik ayat2 psycho..hehehh.Then,siapkan dia,buat susu,bagi makan ubat,bukak cerita kartun...Elok pulak si Naim ni lepas tu...Siap nak main gurau2 lagi...Then saya sambung la balik kerja2 yang tergendala...Pukul 11.30 baru dapat mandi...Ngeh3..

Ada sekali tu masa saya buatkan air tea O untuk Nabil sebab dia nak cicah dengan roti,si Naim pun masuk dapur jugak...bila dia nampak puting susu dia,dia nangis..tunjuk2 kat tin susu Enfagrow A+ dia...bila saya kata saya akan buatkan dia susu,dia nangis jugak...'Nak naik.Nak naik',katanya...bila saya angkat dia duk atas rak meja,terus dia ambik sudu,bukak tin susu sendiri...siap cedok susu tu sendiri nak buh dalam botol susu..adoiii...

Ada kalanya budak2 ni ok..ada kalanya mmg memeningkan...so,if u have kids around you to be take care of,just bear with it ok!It was fun actually :D

Itu baru cerita Naim..belum lagi cerita Inas...HOHOOOO~
Now I really2 realized,it's not easy to raise a kid!Their mood is very broad.Sekejap menangis dan tak sampai seminit lepas tu,boleh gelak pulak.Somehow,we really need to play with their so-called-emotion.But how our MOM manage to do that?That's the power of A MOTHER!



Administer him with Aciclovir



Administer her with 'bubur nasi kentang'



Cuddly INAS!


April 8, 2011

Terima Kasih Tuhan!

ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.


Flashback saat2 pengumuman nama pelajar2 yang LULUS PRO II

"WAN ZULIYANA IRMI BT WAN ABDUL RAHMAN"

7hb April 2011
Saya tersedar pukul 6.15 pagi..tiba2 jer rasa semangat sangat nak ambil result hari tu..lantakla apa nak jadi pun..bangun solat subuh...gedebak gedebuk..akhirnya saya terlena balik pukul 7.30pg..sengal!

Pukul 9 pagi,my BB bunyi...opah telefon..hahah!itulah cara opah mengejutkan saya kat atas pagi2 kalau pukul 8 pagi tak nampak batang hidung saya lagi kat bawah...saya turun gosok baju,sarapan & tengok tv(sempat lagi derr)...pukul 10 pagi,saya bersiap2..macam nak pergi ambik result SPM la pulak...pukul 10.45 pagi,saya mula menekan pedal miss MyVi...dengan hati yang gundah gulana..dalam kepala ni macam2 ada..kalau lulus?dan kalau gagal?waaaaaa!!tak nak fikir..pasang CD Al-Quran kuat2..tenang sih!betul saya cakap ni,tak tipu!penangan ayat2 Allah pada jiwa yang sedang resah.doa saya moga selamat sampai USM...

Sejam kemudian,sampai USM.Terus naik bilik,kemas apa yang patut sikit2.Bilik dah kosong,cuma buku2 je yang tak punggah lagi.10 minit sblm pukul 11,pergi dewan kuliah sama Onie & Cikah.DK masih lengang.Tak ramai lagi yang datang.Dalam pukul 11 pagi,Timbalan Dekan Akademik (TDA) & other doctors including Dr Kamarul Aryffin(pengerusi fasa II) masuk.

Waaa!!Dup Dap!Dup Dap!Takuttt......

Satu persatu nama disebut....
Kawan kiri kanan atas bawah semua dah 'Alhamdulillah'...
Maknanya lepas la...
Tapi saya????
Dah nama 'W' kan...dengan sabarnya saya menanti..
Mulut tak habis2 istighfar,selawat
Moga diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua kemungkinan
Setiap kali nama kawan2 yang rapat disebut,mata saya bergenang...
Terharu laa.....


"Wan Raimi Izzam....." (A)
..........................
"Wong Yit Hao" (B)

Nama saya kat tengah2 antara mereka berdua tu...Cuba bayangkan kalau TDA sebut nama si A dan terus langkah ke nama si B....apa jadi??Maknanya nama saya tak ada!Dan kalau nama tak ada,maknanya FAIL!
Nau'zubillah....
tapi Alhamdulillah....nama saya ada dan saya LULUS!!!!
Mata yang bergenang tadi terus je melimpah2 macam empangan pecah
Nasib baik dah ready tisu awal2 kan

Apapun,bersyukur sangat2...terima kasih banyak2 kepada semua yang mendoakan kejayaan kami...kepada pensyarah2 yang ajar kami...walaupun kena marah,tapi kami tahu marah itu bersebab...dan marah itulah yang buat kami sedar yang kerja kami ni kelak bukan kerja suka2 tapi kami sebenarnya bakal 'bermain' dengan NYAWA orang!

Buat teman2 yang LULUS,tahniah saya ucapkan.Perjalanan kita sangat jauh lagi sebenarnya dan dunia klinikal baru sahaja nak bermula.Kata senior,tahun 4 & 5 adalah tahun yang paling merana.Arghhh...biarkan...nak tak nak..kena tempuh jugak kan...Jumpa kalian semua bulan 9 nanti,kat wad yep insyaAllah :D

Buat teman2 yang gagal,anggaplah ini ujian dari-Nya..aku faham kalian perit utk menerima hakikat ini tapi ujian-Nya bukan untuk membebankan kita kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...yang menanggung pastinya lebih perit berbanding yang cuba memahaminya...DIA tahu kalian kuat...mungkin kami tak sekuat kalian untuk menerima dugaan sebegini..mungkin kejayaan ini sebenarnya juga dugaan untuk kami...aku harap kita sama2 dapat tempuhi ujian ini ye..selamat untuk kalian!




Alhamdulillah kami satu pbl pass...yang paling saya terharu,si ajeng tu la(atas,2 dari kiri)
u know what!seminggu sblm exam,dia accident!distal phalange ibu jari belah kanan (that's the hand he used to write!) hancur & kena operate untuk buang tulang yang hancur tu.Masa saya pegi melawat dia kat 2 zamrud,dia memang dah putus harapan.sedih memang sedih tengok keadaan dia.kami hanya mampu nasihat apa yang terdaya.Dia datang exam dengan tangan yang berbalut dan dia terpaksa belajar tulis dengan tangan kiri dalam masa seminggu tu.And bila TDA sebut nama dia sebagai pelajar yang lulus semalam,saya betul2 terharu.Kuat betul semangat dia!




And this is The Topies!Some of the topies actually.
-Hikmah,Naddo,Ainin,Cikah,Me,Onie-
Perasan tak jari jemari mulus kami tunjuk tanda apa?
No 4 la....TAHUN 4!
Bisa kangan untuk bergelak ketawa sama kalian semua :D

Untuk pengetahuan kalian yang membaca entri ini dan tidak tahu dengan sistem Pusat Pengajian Perubatan (PSP) USM,kenapa kami sangat takut untuk gagal dalam PROFESSIONAL (final exam bagi tahun 1 ,3 & 5)?Sebab kalau gagal,kami terpaksa mengulang TAHUN!bukan mengulang paper tapi tahun!1 WHOLE YEAR!Sebab itu kami akan jadi sangat stress bila menjelangnya exam2 besar macam ni.


ok lah...mahu berundur dahulu...nak packing...mahu bertolak ke KL esok..si naim kena chicken pox..sian dia....T_T
sampai ketemu lagi...daaaa~