CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



December 27, 2010

Baby...an angel to the earth


see?how small she is and how eager she is to live her life



what a miracle smile..it gives mom a natural high




"Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia dari saripati berasal dari tanah.Kemudian Kami menjadikannya air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim).Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat,lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang,lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging.Kemudian Kami jadikannya makhluk yang berbentuk lain.Mahasuci Allah,Pencipta yang paling baik."
(
Al-Mu'minun : 12-14)

9 bulan 7 hari
bukan tem
poh yang sementara
40 minggu
bukan sekadar sekelip mata
280 hari

bukan hanya menghitung hari
namun,masih ada senyum yang terukir

dari hari ke hari
bebanan yang dibawa makin bertambah
perut yang memboyot makin terserlah
untuk bangun berdiri,bukan semudah itu
untuk berjalan maju,tidak segagah dulu
namun,masih ada senyum yang teru
kir

tiba detik dinanti

berpeluh pelai suara menjerit
berkerut dahi menahan perit
akhirnya yang ditunggu tiba jua
Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada-Nya

Lalu dibisikkan ke telinga si anak
"Selamat datang anakku.Akan ibu hadiahkan kamu kasih sayang yang tak mampu diukur dengan apa-apa pun.Akan ibu lindungi kamu daripada sebarang cela.Akan ibu ajarkan kamu siapa DIA.Itu janji ibu.Terima kasih anakku kerana hadir dalam hidup ibu"

Balas si anak
"Terima kasih ibu kerana mengandung dan melahirkan saya.Terima kasih ibu kerana meng
endong saya dalam perut ibu ke mana sahaja ibu pergi walaupun ibu tahu semakin hari,saya semakin berat.Terima kasih ibu kerana bertarung nyawa melahirkan saya.Terima kasih ibu atas kehidupan yang ibu bawa untuk saya ini."

Doa si anak lagi
"Ya Allah,hanya kepada-Mu kami datang dan kepada-Mu kami kembali.Kau ampunilah segala dosa2 ibuku kerana mengandung dan melahirkan aku pada hari ini.Kau rahmatilah ibuku dan Kau berikanlah seluruh kebaikan kepada ibuku.Ameen ya R
abbal a'lamin"



- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

-Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

-Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.



miss them alott aloottsssssss ~~!!

*utk gambar paling atas & paling bawah,credit dr saya utk my bro-in low merangkap ayah kepada budak2 ini atas hasil kerja tangan beliau yang sangat superb esp gambar yang atas sekali tu :)

~TATA~



No comments: