CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



September 20, 2011

Hari yang teruk!

Ya!Hari ini sangat teruk.Sangat.
Semua benda tak jadi.
Semua benda tak kena.
Dari awal bangun pagi tadi,saya macam 'Ohh damn!'
Hari ini saya hilang fokus.
Saya tak ada mood.
Nak clerk patient pun,saya rasa hambar.
Alih2 satu sahaja mangsa saya hari ini.
Lepas jumpa Dr petang tadi,saya terus balik bilik.
Dengan kaki yang terhincut-hincut.
Perut yang meragam.
Terus jalan tak pandang kiri kanan.
Mask like face.
Tanpa senyuman.
Fikiran hanya nak cepat sampai bilik.
Dan sekarang saya nak tidur.
Dengan harapan,insyaAllah kalau umur panjang lagi.
Bila saya bangun,semua benda yang tak jadi ni dah tak wujud depan saya.
Lantaklah dengan case write up.
Lantaklah dengan masalah supervisor.
Saya tak nak fikir dah.
ZZZZZZ....









T_________________________________________T
Hujan.Bagai mengiringi luruhnya air jernih dari tubir mata ini.
Ya Allah,Kau tahu aku kuat kan?

August 17, 2011

Ramadhan 16 : Sanah Helwah!

16 0gos 2005
Hospital Pakar Ampang Puteri

Hari ini ulangtahun kelahiran budak ini yang ke-6 tahun.Weeee...sudah 6 tahun rupanya kamu bil-bil.You make me feel old la dear..opss no!Matang,is the right word maybe.

Teringat saya 6 tahun dulu,when I first got the news that I already hold a title 'aunt'!Masa tu ting.4,dalam kelas Biologi cikgu Ghazi kat makmal.Cikgu Razuki (cikgu yang paling rapat dengan mama sbb mama dulu AJK PIBG) masuk dan datang dekat meja saya."Kakak awak dah bersalin.Mak awak telefon tadi."Saya yang separa terkejut masa tu rasa macam nak lompat2 je sebab excited sgt.Ye la saya kan yang paling bongsu,jadi ini pertama kali lah saya terima orang baru dalam keluarga.Nak kata excited tak excitednya,balik sekolah tu saya tak pergi lunch pun kat dininig room,terus pergi phone booth,telefon mama.Mama kata nama baby tu Izz Nabil.Saya ni dalam hati,'apa ke pelik sgt nama tu.Nabil ok lg la,yang Izz tu'.Rupa2nya maksud Izz tu....alaaa lupa pulak :p


 When he was 1 month ++

Lepas habis pantang ,akak decide nak tinggalkan Nabil kat kampung buat sementara waktu sebab akak ada exam,ACCA.Lagipun,anak pertama kan,tak biasa lagi.Lembik lagi,katanya.Maka tinggallah Nabil di kampung selama 4 bulan.Selama itulah,ibu dia akan balik kampung every weekend,without miss!While his father balik every fortnight.Akak siap pesan lagi tak mau tengok satu pun bintik merah hasil gigitan nyamuk kat badan si Nabil ni.Amboihh demand nampak.Tapi apakan daya,kalau dah namanya kampung kan,tak boleh lari punya.Jadi,bila ada je nyamuk gigit,mulalah kami kalut sapu Vicks la,minyak merah la nak bg cepat hilang kesan nyamuk gigit tu.Dan selama itu jugalah,bil telefon akak melambung tinggi setinggi gunung everest (kot) sebab setiap masa telefon bertanyakan khabar si kecil ni.Kadang2 saya terpaksa geletek si Nabil ni atau lebih kasarnya cubit untuk bagi budak ni keluar suara supaya ibu dia dapat dengar bunyi dia mengekek dalam telefon.Ye la,masa tu kawasan rumah kami mana ada lagi 3G ni.Tak ada la lagi video call semua ni.


 
Majlis cukur jambul

Hujung tahun 2005,masa Nabil umur 4 bulan lebih,akak bawa Nabil balik KL.Dah ready nak handle baby,katanya.Maka,air matalah sebagai mengiringi pemergian Izz Nabil ke kota raya tempat lahirnya.Arwah baba siap letak gambar Nabil besar2 sebagai wallpaper lappy beliau.Mama and opah pulak setiap masa sebut nama Nabil.

Sejak itu,Nabil hanya sesekali je balik kampung (means akak tak tinggal dia kat kampung la).Kerap jugaklah kami ke KL sebab arwah baba/mama ada urusan kat sana.Sambil2 tu,dapatla ubat rindu kat budak ni.Tapi bila arwah baba meninggal,akak tak sampai hati pulak nak bawak Nabil balik KL.Maka ditinggalkanlah Nabil di kampung.Sebulan jugakla.Untuk kami buat penawar bila tengok keletah Nabil.Terubat sikit kesedihan dengan pemergian arwah.


Arwah sempat main dengan cucu dia few weeks sebelum dia pergi

 Bak kata arwah baba,Nabil ni joker.Dia pandai buat lawak.Mimik muka dia pun dah boleh buat orang ketawa.And I have to admit that this boy was soooo adorable.Dan saya pulak memang suka usik dia.Boleh dikatakan saya pembuli no 1 dia lah.


 Saya suruh dia ambik mike dalam laci dan nyanyi..terpinga2 budak ni jadinya

Saya suruh dia buat mulut muncung

~ 1 year old 
 Saya suruh dia buat2 tidur
Saya suruh dia kerutkan hidung dia
Saya sorokkan botol susu dia
Saya gentel2 pipi dia


                                                
  He was soo cute with his first baju melayu

  
3 years old

 Dari tahun pertama sampai tahun ke-4,I always available for his birthday celebrations.Banyak woo hadiah dia dapat!Ya!Su Nana jeles bil :p


 
His 3rd birthday celebration
Tepi kolam kat apartment Aju

                                           
 His 4th birthday celebration
Yang ni paling banyak hadiah dia dapat
Mostly adalah accessories Ben 10 yang dia dapat
Baju,jam,beg..kek pon Ben 10!

And now he is 6 already.Dah ada 2 orang adik dah pon.I can see their brotherhood.Nabil ni agak lembut sikit.Hati dia soft.Bila ibu dia marah dia,dia diam je.Kalau ibu mintak tolong dia jaga adik2 dia,yes dia boleh tengok2kan.There was one moment that caught my eyes.Hari tu Naim nangis kuat sangat sebab kena cekau dengan Inas.Dah la kuku Inas tu tajam.Mana tak sakit kan.Perlahan2 dia pergi kat Nabil."Nabil...Nabil.."Dia mengadu sambil nangis esak2.Kesian pulak saya tengok,Nabil masa tu tengah main game,Dia pun lepaskan game tu.Dia tepuk2 bahu Naim,gosok2 belakang adik dia."Naim...dah2.."How sweet,wasnt it?


-naim-inas-nabil-

 
Haaaa...aunt dia pon nak enterframe jugakkk...
So my wish to him
HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR NEPHEW
MAY GOD ALWAYS BE THERE FOR U
BE A GOOD BOY TO YOUR PARENTS (also your one and only cute mak sedara ni)
BE A GOOD WORSHIPPER
BE A GOOD CITIZEN (wah sudah jauh merewang ni..budak tu baru 6 tahun kot)

sayang kamoo...mmuah2
-Su Nana-





August 13, 2011

Ramadhan 13 : Sharing is Caring (^.^)Y

Few days ago,a good friend of mine did mention one thing.
"Rather than reading useless blogs/chitchatting,it's good that if we can maximally use our time in this Holy month of Ramadhan by doing something beneficial."
No offense okey?It's true indeed!
(risau jugak kalau2 that 'useless blog' was referred to mine..hiii)

I love diary and I love to write in it.I express my emotions,my bad feelings,my flower thoughts,my love thingy in it and I'm sure by now,it knows me very well.All this started few years back,when I was in standard 6.See?How young I was at that time but already knew how to play with the emotion stuff.Matang sudeyy :)And now it has been almost 11 years!That's mean I got 11 books as diaries in my wardrobe.Alamakkkk malunya saya kalau ada orang jumpa and baca all my wordings tuuu...Rasa macam nak buang tapi sayang kottt...Harta karun tuuu!

Segala benda mak nenek saya coretkan kat dalam tu.Terbeli nasi goreng masin kat kedai pun saya tulis.Kena usik dengan seniors kat tangga pun saya bagitau incik diari.Gaduh dengn si A,cikgu silap eja nama saya,kena marah dengan mak cik cleaner,dapat love letters ehem ehem lagi la saya eager nak cerita kat incik diari.

Because of my obsession towards diaries thingy,some of my friends did  give me diaries as birthday presents.Lamat,Oin...they are very good friends of mine and they know my silly part!Ahhh...tiba2 rindu kalian :)

Kalau zaman2 sekolah dulu,I tried my best untuk tulis diari hari2 but by now..with all the medical books in my desk plus yang tersusun canntikkk je tanpa diusik atas rak ditambah lagi dengan patients' clerking,I have to accept that I have very limited time to continue my obsession towards diaries.Tapi kalau dah namanya obsession,supposed that it will not fade by hard times,right?Yess!And that is the reason why When It Talks being born!

With this blog,I change my way of writing towards something beneficial,to me and the readers.Bukan diari tetapi lebih kepada perkongsian.I love to read (buku medik jauh sekali ;p).Buku motivasi,ilmiah,novels,newspapers,articles,blogs etc2.And I love to share.Share what I have read,my thoughts,my perceptions.Tapi saya tak pandai nak bercakap,tak pandai nak beritahu orang lain pandangan saya,apa yang saya rasa (that's my bad).And here comes the role of my blog.Walaupun tulisan saya tak bagus pun tapi sekurang2nya saya puas.And I would be very2 appreciated as u like and get something from my writing."People might forget what u say to them but people wont forget how u make them feel".

I write what I think at that moment.If something popped up in my mind and I have the access to internet,surely I will directly post it.Till now,there is no-draft-thingy.Sebab nanti macam basi je kan kalau tak post terus.All posts here memang telus lahir dari hati dan perasaan saya (ceewahhh) so ampun maaf saya pohon kalau ada hati yang terguris dengan tulisan saya ni.

Ilmu yang kita ada bukanlah Allah kurniakan untuk kita seorang sahaja tapi untuk dikongsi bersama orang lain.Dan saya percaya jika kita berkongsi benda yang baik,insyaAllah perkara yang baik itu akan lebih sebati dengan jiwa kita sedikit demi sedikit.Maksudnya kalau saya berkongsi tentang indahnya SABAR,maka insyaAllah sifat sabar itu akan tertanam dalam diri saya dan saya sendiri akan dapat merasai indahnya sabar itu!And all this actually more towards self reminder.Moga2 dengan perkongsian tersebut,jiwa saya akan turut sama terdidik seperti tulisan saya itu.InsyaAllah...Sharing is caring right? <3



"Ya Allah,ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan,sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan,sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku.Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir,tiada Tuhan selain Engkau."
Ameen Ya Rabbal Alamin


Jumpa lagii....

August 11, 2011

Ramadhan 10 : Sebak dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang."
(An-Nahl : 18)


Dalam usaha untuk menghabiskan saki baki bihun sup yang ada.Dari semalam lagi,saya mengidam nak makan bihun sup dan Alhamdulillah Allah berikan kesempatan dan rezeki untuk saya merasa bihun sup tu malam ni.Lepas terawikh tadi,keluar pergi tengok2 kedai makan yang buka.Biasanya bulan2 puasa macam ni,penuh kedai2 makan tepi jalan tu.Masakan panas tak payah cakap la.Dengan colek buahnya lagi,keropok,kerang dan sebagainya,memang menjadi pilhan orang ramai lepas solat terawikh.Moreh kononnya.Dan rata2nya memang kaum Adam lah yang memonopoli semua kedai2 tu.Kita orang perempuan  yang tutup litup dengan jubah bagai ni segan pulak rasa nak pergi beli.Tapi alang2 dah keluar,saya turun jugak.Cari kedai yang tak ramai orang.Masa nak turun tu,tiba2 teringat la pulak maggi goreng.Langsung sahaja saya beli 2 bungkus,bihun sup dan maggi goreng.Nafsu tengah menggila kan masa tu,apa lagi yang nak dikata.Kat rumah kan ada opah dengan mama sama,insyaAllah boleh kot dihabiskan.

Balik2 rumah,opah dah tidur rupa-rupanya.Mama pulak memang jenis yang tak makan banyak.Alih2 by hook or by crook,saya kena habiskan seorang semua makanan tu.Mula2 makan maggi goreng.Alhamdulillah masih berselera.Kenyang.Berehat kejap.Harap2 ada ruang lagi untuk bihun sup masuk perut.Sejam lepas tu,nak tak nak,kena habiskan bihun sup tu sebab kalau simpan dalam peti ais pun,nanti nak makan dah tak sedap rasanya dan pasti akan buang jugak.Tak ke membazir macam tu.Jadi,daripada buang,baik saya makan kan.

Makan punya makan sampailah separuh.Dah tak larat tapi usahakan jugak untuk habiskan.Dalam usaha nak habiskan bihun sup tu,tiba2 saya rasa sebak.Sebak sebab saya mampu untuk beli dan miliki apa yang saya nak.Baru semalam saya mengidam,hari ni terus dapat.Tapi kalau orang lain?Maksud saya,mereka yang tak punya wang untuk makan apa yang mereka idamkan.Untuk berbuka puasa pun,ada yang hanya minum air kosong.Kalau nak berbuka sedap sikit macam ayam goreng,harus bekerja membanting tulang dahulu di bawah hujan panas,barulah dibayar upah lebih sikit dan boleh beli lauk yang sedap untuk orang2 di rumah makan.Tapi saya?Siang hari duduk rumah je.Bawah bumbung.Ada kipas,ada air cond.Kalau hujan,tak basah.Kalau panas,tak berpeluh.Nak makan apa?Bawak jer beg duit tu,insyaAllah akan dapat apa yang nak.Astaghfirullahalazim.Bukan tak bersyukur tapi lebih kepada memuhasabah diri.Agar tak terus hanyut dan lalai dengan rezeki yang Allah kurniakan.Kerana dalam setiap rezeki itu,ada juga hak milik orang lain.


"Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami..."
(Al-Imran : 147)


Semoga Allah ampuni saya atas sikap yang berlebihan ini.Moga ini satu peringatan buat saya agar tidak terlalu mengikut nafsu.Buat kalian juga insyaAllah.

p/s:kisah seorang hamba dengan Khaliqnya yang saya janjikan sebelum ini harus saya tangguhkan dahulu nampaknya.InsyaAllah,andai diizinkan,saya sambung ye.Sampai ketemu lagi!
~(>_____________________^)v~