CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 17, 2011

Ramadhan 16 : Sanah Helwah!

16 0gos 2005
Hospital Pakar Ampang Puteri

Hari ini ulangtahun kelahiran budak ini yang ke-6 tahun.Weeee...sudah 6 tahun rupanya kamu bil-bil.You make me feel old la dear..opss no!Matang,is the right word maybe.

Teringat saya 6 tahun dulu,when I first got the news that I already hold a title 'aunt'!Masa tu ting.4,dalam kelas Biologi cikgu Ghazi kat makmal.Cikgu Razuki (cikgu yang paling rapat dengan mama sbb mama dulu AJK PIBG) masuk dan datang dekat meja saya."Kakak awak dah bersalin.Mak awak telefon tadi."Saya yang separa terkejut masa tu rasa macam nak lompat2 je sebab excited sgt.Ye la saya kan yang paling bongsu,jadi ini pertama kali lah saya terima orang baru dalam keluarga.Nak kata excited tak excitednya,balik sekolah tu saya tak pergi lunch pun kat dininig room,terus pergi phone booth,telefon mama.Mama kata nama baby tu Izz Nabil.Saya ni dalam hati,'apa ke pelik sgt nama tu.Nabil ok lg la,yang Izz tu'.Rupa2nya maksud Izz tu....alaaa lupa pulak :p


 When he was 1 month ++

Lepas habis pantang ,akak decide nak tinggalkan Nabil kat kampung buat sementara waktu sebab akak ada exam,ACCA.Lagipun,anak pertama kan,tak biasa lagi.Lembik lagi,katanya.Maka tinggallah Nabil di kampung selama 4 bulan.Selama itulah,ibu dia akan balik kampung every weekend,without miss!While his father balik every fortnight.Akak siap pesan lagi tak mau tengok satu pun bintik merah hasil gigitan nyamuk kat badan si Nabil ni.Amboihh demand nampak.Tapi apakan daya,kalau dah namanya kampung kan,tak boleh lari punya.Jadi,bila ada je nyamuk gigit,mulalah kami kalut sapu Vicks la,minyak merah la nak bg cepat hilang kesan nyamuk gigit tu.Dan selama itu jugalah,bil telefon akak melambung tinggi setinggi gunung everest (kot) sebab setiap masa telefon bertanyakan khabar si kecil ni.Kadang2 saya terpaksa geletek si Nabil ni atau lebih kasarnya cubit untuk bagi budak ni keluar suara supaya ibu dia dapat dengar bunyi dia mengekek dalam telefon.Ye la,masa tu kawasan rumah kami mana ada lagi 3G ni.Tak ada la lagi video call semua ni.


 
Majlis cukur jambul

Hujung tahun 2005,masa Nabil umur 4 bulan lebih,akak bawa Nabil balik KL.Dah ready nak handle baby,katanya.Maka,air matalah sebagai mengiringi pemergian Izz Nabil ke kota raya tempat lahirnya.Arwah baba siap letak gambar Nabil besar2 sebagai wallpaper lappy beliau.Mama and opah pulak setiap masa sebut nama Nabil.

Sejak itu,Nabil hanya sesekali je balik kampung (means akak tak tinggal dia kat kampung la).Kerap jugaklah kami ke KL sebab arwah baba/mama ada urusan kat sana.Sambil2 tu,dapatla ubat rindu kat budak ni.Tapi bila arwah baba meninggal,akak tak sampai hati pulak nak bawak Nabil balik KL.Maka ditinggalkanlah Nabil di kampung.Sebulan jugakla.Untuk kami buat penawar bila tengok keletah Nabil.Terubat sikit kesedihan dengan pemergian arwah.


Arwah sempat main dengan cucu dia few weeks sebelum dia pergi

 Bak kata arwah baba,Nabil ni joker.Dia pandai buat lawak.Mimik muka dia pun dah boleh buat orang ketawa.And I have to admit that this boy was soooo adorable.Dan saya pulak memang suka usik dia.Boleh dikatakan saya pembuli no 1 dia lah.


 Saya suruh dia ambik mike dalam laci dan nyanyi..terpinga2 budak ni jadinya

Saya suruh dia buat mulut muncung

~ 1 year old 
 Saya suruh dia buat2 tidur
Saya suruh dia kerutkan hidung dia
Saya sorokkan botol susu dia
Saya gentel2 pipi dia


                                                
  He was soo cute with his first baju melayu

  
3 years old

 Dari tahun pertama sampai tahun ke-4,I always available for his birthday celebrations.Banyak woo hadiah dia dapat!Ya!Su Nana jeles bil :p


 
His 3rd birthday celebration
Tepi kolam kat apartment Aju

                                           
 His 4th birthday celebration
Yang ni paling banyak hadiah dia dapat
Mostly adalah accessories Ben 10 yang dia dapat
Baju,jam,beg..kek pon Ben 10!

And now he is 6 already.Dah ada 2 orang adik dah pon.I can see their brotherhood.Nabil ni agak lembut sikit.Hati dia soft.Bila ibu dia marah dia,dia diam je.Kalau ibu mintak tolong dia jaga adik2 dia,yes dia boleh tengok2kan.There was one moment that caught my eyes.Hari tu Naim nangis kuat sangat sebab kena cekau dengan Inas.Dah la kuku Inas tu tajam.Mana tak sakit kan.Perlahan2 dia pergi kat Nabil."Nabil...Nabil.."Dia mengadu sambil nangis esak2.Kesian pulak saya tengok,Nabil masa tu tengah main game,Dia pun lepaskan game tu.Dia tepuk2 bahu Naim,gosok2 belakang adik dia."Naim...dah2.."How sweet,wasnt it?


-naim-inas-nabil-

 
Haaaa...aunt dia pon nak enterframe jugakkk...
So my wish to him
HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR NEPHEW
MAY GOD ALWAYS BE THERE FOR U
BE A GOOD BOY TO YOUR PARENTS (also your one and only cute mak sedara ni)
BE A GOOD WORSHIPPER
BE A GOOD CITIZEN (wah sudah jauh merewang ni..budak tu baru 6 tahun kot)

sayang kamoo...mmuah2
-Su Nana-





2 comments:

desir2sakura said...

sanah helwah nabilll~~~~~~~

a'in_farahin said...

hepi bday nabil kiut!! =)