CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 5, 2011

Ramadhan 5 : Susahnya nak bangun sahur

"Whoever observes fasts during the month of Ramadhan out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards,then all his past sins will be forgiven"
Narrated by Al-Bukhari & Muslim)


Alhamdulillah..sudah pun berlalu 5 Ramadhan buat tahun 1432H..Kalau tadarus,sepatutnya dah habis juz 5 la kan?Alhamdulillah..tahniah kepada hati2 yang sentiasa istiqamah nak merebut pahala Allah di bulan yang sangat2 mulia ni...Hari ni adalah hari pertama saya berpuasa,jadi saya agak ketinggalan lah sikit..InsyaAllah akan cuba sedaya upaya kejar juz2 yang seterusnya..

Hmm nak dengar cerita tak?Tak ada la best pun..Saje nak story mory sikit..
Masa kecil2 dulu,saya seorang yang ego,degil,susah nak dengar kata orang tua,manja 'kededek' dan sewaktu dengannya.Bila dah namanya anak bongsu,mestilah saya sangat mementingkan perhatian mereka2 yang berada di rumah.Salah satu caranya??

Bila sampai waktu nak sahur,saya lah merupakan ahli rumah yang paling liat nak bangun.MasyaAllah..Semua orang dah siap makan,saya masih lagi dalam selimut.Puas dipujuk dan ditarik2,tapi haram nak bangun.Dan mamalah yang akan angkat saya dan letak saya atas kerusi,depan meja makan.Dah namanya mengada2 kan,orang dah siap hidang nasi dalam pinggan bagai,masih nak buat perangai.Saya pergi tidur pulak atas meja tu.Mama ni kesian la kat anak dia sebab nanti takut lapar pulak siang hari.Dikejutkannya suruh bangun makan jugak.5 minit nak imsak,barulah saya slow2 nak makan.Haaa tau takut lapar nanti.Tapi jangan haraplah nak buat perangai macam ni selalu.Bila sampai mama fed up,haaaa siapla.Baba ke,Opah ke,tak ada siapa boleh tolong.Ditinggalkannya anak dia ni atas meja tu sampai la Subuh.Nak buat perangai sangat kan?Rasakan.

Tapi apa yang bestnya kalau waktu sahur,mama tak kan pernah lupa sediakan air susu segelas dan air suam segelas setiap seorang.Kalau 5 orang sahur,kira 10 gelas la akan ada atas meja tu.Dan rutin tu mama bawa sampai sekarang.Kalau puasa kat asrama,saya selalu beli susu sepeket.Konon2nya nak buat sahur la,macam yang mama selalu buat.Tapi paling lama pun,tahan sampai puasa ketiga je.Tak jadi.Rasa susu tu macam ada kurang je.Hmmm penangan tangan ibu kan...


Ok..sekian...c u in Ramadhan 6!

No comments: