CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 9, 2011

Ramadhan 8 : Sentiasalah bersangka baik!


Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahan,hatinya berkata,
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"Moga2 aku terlepas daripada hukuman akhirat yang sangat dasyat"

[Sekadar Perkongsian]

Begitu sukar untuk diri sentiasa bersangka baik bukan?Dengan Allah SWT..Dengan manusia apatah lagi..
 
Kita senyum tapi dia tak balas..Kita kata dia sombong..Siapa tahu kalau2 dia luka di tepi bibir yang jika dia membalas senyuman,mungkin sakitnya makin perit

Kita tegur tapi dia tak jawab..Kita kata dia sombong..Siapa tahu mungkin dia tidak perasan dengan teguran kita itu kerana waktu itu terlalu memikirkan masalah yang dihadapi

Kita mengadu kekurangan duit untuk membeli buku rujukan tapi dia hanya menjawab,"biarla dulu..kita pinjam dengan library sahaja lah ye.."..Kita kata dia kedekut kerana tidak mahu meminjamkan kita wang..Siapa tahu kalau2 dia punya tanggungan yang lebih besar di kampung yang memerlukan dia menghulurkan sebahagian wang biasiswanya kepada keluarga..sehinggakan keperluan sekolah sendiri terpaksa diketepikan sementara

Begitu mudah kita menyalahkan orang lain sedangkan kita tidak berada di tempatnya.Kita fikir itu semua perkara remeh.Kenapa?Kerana kita tak pernah cuba untuk merasai apa yang dia rasai.Tika ini,kita dalam kalangan yang senang.Esok lusa?Manusia itu tiada yang lahirnya sentiasa di atas.Harus juga ada tikanya dia di bawah.Maka itulah sebabnya Allah ciptakan kita bersaudara agar saling membantu,saling melengkapi.

"Barang siapa yang memerhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memerhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama Muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan daripada beberapa kesulitan pada hari kiamat.Dan barangsiapa yang menutup kejelekan orang lain maka Allah akan menutup kejelekannya pada hari kiamat"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
 
 
Kalau itu kisahnya sesama manusia,ikuti pula kisah seorang hamba dengan Khaliqnya.....di Ramadhan 9 insyaAllah.Jumpa lagi!


No comments: