CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 2, 2011

Ramadhan 2 : Nak puasa jugak!


"Islam is founded on five principles, i.e. belief in Allah and His Messenger,the five compulsory prayers,FASTING THE MONTH OF RAMADHAN,the payment of Zakah and the Hajj"
(Narrated by Al-Bukhari and Muslim)


Hari ni saya sangat berminat nak cerita tentang satu kisah seorang budak 6 tahun yang baru nak belajar berpuasa.Pagi tu,bila keluarga dia bangun untuk sahur,dia pun sibuk la nak bangun jugak.Nak puasa,katanya!Bila nak pergi tadika,mama dia tanya nak breakfast atau tak,dia geleng kepala.Balik tadika,mama dia tanya lagi.Geleng lagi.Pukul 1 tanya lagi.Dan jawapannya tetap sama.Tak nak!Boleh dikatakan every hour la,mama dia tanya samada nak berbuka atau tak.Dan setiap kali itulah,jawapan dia tetap Nak Puasa!Maka alkisahnya pun bermulalah saat tinggal lagi 30 minit nak azan Maghrib yang menandakan masuknya waktu berbuka.Waktu tu pukul 7 malam.Dia bagitau mama dia yang dia nak berbuka.Lapar sangat2,katanya.Agak2 awak2 semua kan,mama dia bagi tak??Of course la TAK bagi!Sayang kot lagi 30 minit jer nak berbuka.Dah orang bagi buka puasa awal2 tadi tak nak.Maka meraunglah si anak menjerit2 nak berbuka.Malangnya mama dia buat tak tahu jer.Merengek si kecil tu sampai menyorok belakang almari.Menangis!Dipujuk si ayah,namun ibunya hanya membisu.Tetap tak nak bagi si anak makan sebelum waktu berbuka.

"Allahuakhbar....Allahuakhbar..."
Azan Maghrib.
Masuknya waktu berbuka.
Maka,lahaplah si anak makan ibarat seminggu tak jumpa nasi.
Malangnya,selesai sahaja berbuka,habislah keluar seisi perut si anak tadi.Muntah!Tak sempat gastric acid nak cerna semua makanan tu,dah keluar habis.Lepas tu,demam la pulak si anak tu 3 hari berturut-turut.Menyesal tak habis si ibu sebab terlalu tegas tak bagi si anak berbuka puasa sebelum tu.Nasib baik tak ada apa2 yang jadi pada anak dia.Kalaulah mati kebulur anak dia masa tu.......

Cuba teka siapa budak tu???
See u in Ramadhan 3!

No comments: