CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



January 20, 2012

Bukan sebab DIA tak sayang



“Ya Allah, ujian apakah ini?”
Humaira merintih dalam hati. Seraya itu manik-manik jernih laju menuruni pipi mulus miliknya. Sungguh, dia tidak kuat lagi. Sudah berkali-kali dia menasihati hatinya agar bersabar dan terus bersabar. Bukan dia tidak tahu, semua ini hanyalah ujian dari-Nya. Ujian untuk hamba-Nya yang terpilih.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- Al-Baqarah : 286

Humaira tidak pernah lupa ayat cinta dari Allah ini. Setiap kali diuji, ayat ini penawarnya. Setiap kali hati bersedih mengenangkan betapa hebatnya ujian Allah terhadapnya, ayat ini lah yang mampu membuatkan dia kuat kembali. Tapi kali ini entah kenapa, setiap kali ditiupkan ayat ini ke dalam hatinya, hati kecil miliknya bagaikan menolak keras dan menafikannya.

“Astahgfirullahalazim.”Humaira mengucap panjang.
“Jika benar Ya Allah, ini yang terbaik buatku, jadikan hatiku agar redha dengan ketentuan-Mu Ya Allah. “Humaira meraup wajahnya sambil mengesat air matanya di atas tikar sejadah biru itu.

                                                                     ..............................

“Eh Humaira, kenapa ni??”Tanya Sofea sebaik sahaja aku sampai di kaunter Jururawat wad 3 Mawar. Berkerut-kerut dahinya.

“Kenapa apa?”Soalku hairan.

“Mata kau bengkak.”

“Eh ye ke?Tak ada la.Ni mesti sebab aku tidur lama sangat ni semalam.Kau tahu tak, aku tidur pukul 10 lagi semalam. Penat sangat kot.Kelas kan penuh sampai petang semalam.”Panjang lebar aku menjawab dengan harapan Sofea tidak akan bertanya lebih lanjut lagi. Sedikit pun aku tidak memandang wajahnya. Aku buat-buat sibuk menyalin nama pesakit yang baru mendaftar masuk selepas waktu bekerja semalam. Pesakit-pesakit ini harus kami cover. Jika tidak, bakal kebal lagi la telinga kami mendengar bebelan Dr Anita. Taktikku berjaya apabila Sofea tidak lagi membuka mulutnya bertanyakan perihal mataku yang bengkak.

                                                                       .......................................

“Humaira, kita kenal bukan 7 hari, bukan 7 bulan tapi 7 tahun wey! 7 tahun!”Sofea mengangkat 5 jari tangan kirinya dan 2 jari tangan kanannya tepat di mukaku.

“Ye la. Aku taula. Kau ni kenapa pulak tiba-tiba keluar ayat touching-touching macam ni ni?”Selamba aku menjawab. Aku gelak atau lebih tepatnya, buat-buat gelak. Aku tahu Sofea sudah boleh menghidu masalahku.

Sofea, sahabat yang aku kenal sejak di Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah. Ketika itu, aku merupakan salah seorang pelajar baru yang mendaftar di sekolah tersebut manakala Sofea adalah seorang pemimpin pelajar di situ. Beliau banyak membantu aku sejak dari mula aku melangkah masuk ke sekolah tersebut. Aku orangnya jenis yang sedikit menyendiri. Aku akui aku tidak pandai bergaul. Aku tidak pandai untuk menghulurkan salam perkenalan walaupun keinginanku untuk memilik ramai kawan sangatlah tinggi. Oleh sebab itu, aku sangat berbesar hati jika ada yang sudi berkawan dengan aku. Dan salah seorangnya ialah Sofea. Sofea orangnya tinggi, kulitnya putih kemerahan dan mulutnya sangat becok. Ada sahaja cerita darinya yang mampu mebuatkan aku tidak kering gusi apabila bersamanya. Dan yang pasti, hatinya sangat baik. Beliau satu-satunya kawan yang sentiasa ada denganku waktu susah dan senang. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini Allah masih tautkan jiwa kami di bawah satu bumbung universiti yang sama malah kami juga ‘dicampak’ ke dalam kos yang sama. Dan kami kini bergelar Pelajar Perubatan Tahun 4.

‘Kawan sampai mati ok!’Jari kelingking kami bertaut tanda janji termeterai.

“Kau ada masalahkan?”

‘Tepat tekaan kau Sofea.’Jawabku, sekadar dalam hati.

“Humaira, kau memang tak pandai menipu. Aku dah tahu dari mula kau cakap mata kau bengkak sebab terlebih tidur.”Ayat Sofea terhenti di situ.

Mata aku mula bergenang. Wajahku menunduk. Kelam sahaja pandanganku menatap ayat-ayat di dalam buku Nelson Essentials of Paedatric. Tiba-tiba tanganku ditepuk perlahan-lahan.

“Sofea, aku tak kuat.” Lemah sahaja bicaraku. Kolam air mataku tak dapat kutahan lagi. Perlahan-lahan ia turun dan jatuh di atas buku tebal berkulit hijau itu. Dan sekejap sahaja, hampir 1/3 daripada muka surat 134 buku tebal itu basah dek air mataku.

“Kenapa Allah selalu uji aku?Kenapa aku aje?Kenapa tak orang lain?Aku dah penat Sofea. Aku dah penat sangat fikir positif. Makin aku jadi positif, makin banyak ujian yang aku terima.”Esakanku makin hebat. Nasib sahaja tiada sesiapa yang berada di pondok Zaaba itu melainkan kami berdua. Bunyi percikan air pancut dari kolam di belakang kami bagaikan memberi sound effect kepada esakanku.

“Ya Allah, kau salahkan Dia, Humaira?”

“Sofea, kau tak faham dan kau takkan faham. Sebab kau tak berada di tempat aku!”Bentakku. Geram dengan ayat yang keluar dari bibir Sofea. Kecewa dengan sikap Sofea yang lagaknya seperti menyalahkan aku.

‘Talking is easy when you are not concern’. Luahku dalam hati.

“Maafkan aku Humaira. Ya betul, aku mungkin takkan faham sebab aku bukan kau. Tapi kau kena ingat satu perkara Humaira. Aku kawan baik kau dan aku sentiasa ada untuk kau. Setiap orang takkan mampu tanggung masalahnya sorang-sorang. Sama juga macam kau sekarang ni. Aku tak kisah kalau kau tak nak berkongsi dengan aku tapi janganlah Kau salahkan Dia atas apa yang terjadi. Tak baik Humaira. Allah murka nanti.” Sofea menarik nafas perlahan sebelum menyambung lagi.

“Look Humaira. I’m not sure if I’m the best person for you to share your stories. Tapi yang aku sangat-sangat pasti, kau boleh ceritakan semuanya pada Allah and He’s the best listener. Don’t you remember?Kau jugak yang selalu bagitau aku setiap kali aku menangis bila stress. Kau cakap ‘Ceritakan semuanya pada Allah. Kau tak nampak Dia tapi kau boleh rasa  yang Dia sangat dekat dengan kau.’ Aku ingat tu Humaira. Aku selalu pegang kata-kata kau yang itu. Tapi kenapa sekarang, bila kau sendiri yang mengalaminya, kau tak mampu nak buat?”

Wajahku masih lagi menunduk. Aku malu untuk menatap wajah Sofea. Malu apabila menngenangkan aku baru sahaja meninggikan suara kepadanya 10 minit yang lalu. Gara-gara terlalu mengikutkan perasaan, buat pertama kalinya aku marahkan Sofea. Jujur aku katakan, sepanjang 7 tahun perkenalan kami, tidak pernah sekalipun  kami bertikam lidah. Tidak pernah sedikit pun rasa marah terbit dalam hatiku kepada Sofea. Aku sangat-sangat bersyukur kepada-Nya kerana menghantar  Sofea sebagai sahabatku. Sungguh dia sahabat terbaikku!Maafkan aku sahabat.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajahku. Dengan esakan yang masih bersisa, aku tatap wajah Sofea.

“Maafkan aku Sofea. Aku emo sangat tadi. Aku tak tau kenapa keadaan aku teruk sampai macam ni sekali. Padahal bukan aku seorang aje yang diuji kan. Ramai lagi kat luar sana tu tengah diuji. Entah-entah kau sekarang pun, Allah tengah uji kan.”Aku ketawa dengan tangisan yang masih bersisa. Sofea senyum.

“Bab-bab bagi nasihat kat orang, aku on jer. Tapi bila kena batang hidung sendiri, aku gelabah.  Setiap kali aku ada masalah, aku selalu fikir benda tu dari sudut yang positif. Aku terima seadanya. Sebab aku pasti apa yang Dia bagi adalah yang terbaik buat aku. Tapi tak tau la kenapa kali ni, aku gagal nak terus berfikir secara positif. Mungkin otak aku dah tak nak terima caj positif dah kot.”

“Humaira,kau kuat. Kadang-kadang, aku cemburu dengan kau tau. Bagi je la apa masalah pun kat kau, kau pasti boleh handle dengan baik. Kalau la aku yang kena, aku tak rasa aku mampu. Dah lama aku tumbang cium lantai. “Sofea buat gaya pengsan dan sembamkan mukanya pada buku di atas meja. Hisyy ada-ada sahaja lagak  Sofea yang mencuit hati.

“Mana ada kuatnya. Tengok sekarang ni, dahan aku dah rapuh. Silap-silap haribulan, aku pun cium lantai sama macam kau.Tapi aku akui selama ni aku kuat sebab Allah. Allah Maha Mengetahui. Kita tak bagitau pun, Dia dah tahu awal-awal lagi. Sebab tu Dia uji kita. Dia nak tengok sejauh mana kita ingat pada Dia. Mungkin kita kuat sangat study sampai dah tak buat solat-solat sunat yang kita pernah buat sebelum ni. Dan dengan ujian macam nilah cara Allah nak tarik kita dekat balik dengan Dia. Itu tandanya Dia sayang kat kita la. Dia tak nak kita hanyut. Lama-lama nanti kalau hanyut, terus kita lupa jalan balik. MasyaAllah, minta jauh la benda-benda macam ni kan.”

“Btol!Btol!Btol!”Sofea meniru gaya Upin & Ipin.
“Saya setuju dengan Ustazah Humaira. Dia tak bagi apa yang kita nak sebab Dia ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita. Kita aje yang cakap Allah tu tak adil sebab asyik kita aje yang kena uji sampai buat kita stress, sedangkan orang lain boleh je gelak, ketawa dan sebagainya. Tapi mana kita tahu yang orang tu tak diuji? Mungkin dia gelak sebab dia tak nak fikir pun pasal masalah dia. Mungkin jugak gelak itu adalah satu ujian buat dia. Who knows kan? Sebab banyak caranya Allah nak uji kita. Kalau tak buat kita sedih, Dia akan buat kita gembira. Kau patut rasa terharu sebab Dia pilih kau untuk rasa ujian ni. Dia tau kau kuat. So lepas ni aku tak nak tengok kau macam ni lagi ok. Tak best la kalau kau monyok. Tak ada kawan tau aku. Sebab kalau kau sedih, kau mesti tak nak cakap dengan aku. ”Leter Sofea dengan bibir muncung tanda protes.

“Ok2!Sorry tau Sofea sebab susahkan kau. And thanks sebab nasihatkan aku. InsyaAllah doakan supaya aku kuat ok.”

“Aku tau yang kau memang dah tau semua ni. Cuma dalam hidup ni, kita perlukan kawan untuk sentiasa berpesan-pesan kan. Dan inilah gunanya aku sebagai kawan kau.”

“Aku sayang kau!”

“Sayang kau jugak!”

“Kerana Allah.”Serentak kami menyambung.




Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesunggunya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Al-Ankabut : 2-3

'Jangan berputus asa apabila diuji kerana hujan yang jernih itu asalnya adalah dari awan yang gelap'




                                                        




.: original from ishanokokoro :.

January 19, 2012

"Never mess with medical students....."


LIKE!LIKE!LIKE!
~(^___<)Y~

eh2...ada sambungan lagi..

"...because we are emotionless and immortal."

Ini statement FL dalam blog beliau
Yang tak tahannya tu,the word EMOTIONLESS
Kenapa sampai tak ada perasaan?

"Sebab sebagai medical student, we are treated as the lowest creature on earth. You name it la, siapa je yang tak pernah marah kitorang. Patients, midwives, staff nurses, MOs, Registrars, Specialists, Profs, and the list goes on."

So lama2 benda tu dah jadi sgt lali
Telinga ni dah jadi sangat kebal
Masuk corong telinga kanan,hit eardrum,cochlea vibrate and sent signal to brain...
Tapi malangnya,tak sempat brain nak interprate,sound tu dah keluar ikut corong telinga kiri
In short,kira macam angin lalu je la
SENGAL KAN?!
It's a fact!Tolong la percaya!

"Teribble medical student"
"Medical students pakai white coat pastu nak berlagak tapi tak tau apa"
"Poket tu memang untuk letak tangan ke?"
(seriously yang ini saya pon tau apa motifnya Dr tu boleh keluar ayat macam ni..labour room ni sejuk sgt la Dr..ohh plishh)
"Kalau macam ni je knowledge u all,I hantar 1st year balik la" 
"Is it like that u present cases?"

See?See?
Kalau tak kena marah,maknanya kami tak buat kerja.
Kami tak present case.Kami tak clerk patient.Kami tak prepare tutorial.
Bla...bla...bla...
(exception goes kalau kami mmg betul2 tak buat kerja la & itu lain cerita la pulak)

Dan satu lagi fakta yang tak boleh disangkal...
Walau dah kena bamboooo,tembak,panah dan lastik dengan dragon ball Goku yang berapi Gunung Merapi (okey ini hiperbola),kami masih lagi boleh menguntum senyuman ikhlas di hadapan lecturer dan pergi lahap Pizza Hut lepas tu
Bukan sebab kami tak hirau kata2 Dr,tapi sebab kami dah terbiasa
But still,we get their points and try to improve ourselves based on it
(tapi sometimes meleleh jugakkk...T_T)

"But exception goes to the houseman. Mereka adalah yang paling kitorang sayang sebab mereka tak pernah marah malah lemah lembut dan suka sign logbook mengikut budi bicara"
This one is true indeed!
heheeee


just finish my long case exam for O&G posting with a 'scarred' Prof!
And it was.......I dont want to comment!



*ingat lagi masa kecik2 dulu,saya memang pantang kena marah!kalau mama buat muka marah je pon,air mata dah mula meleleh.apatah lagi kalau kena tinggi suara.saya akan lari masuk bilik dan hempas pintu kuat2.pastu mula la bawak keluar semua baju2 dari dalam almari then susun kat luar.konon2nya apa tau,nak keluar rumah & tak nak balik2 dah.tapi sekarang......mental kena kuat beb!serious,kena sangat kuat!


January 5, 2012

Ayat Cinta dari Dia : Demi Masa


1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar




TQ sahabat sayang!
Jom kita pesan2 :)