“Ya Allah, ujian apakah ini?”
Humaira merintih dalam hati. Seraya itu manik-manik jernih laju menuruni pipi mulus miliknya. Sungguh, dia tidak kuat lagi. Sudah berkali-kali dia menasihati hatinya agar bersabar dan terus bersabar. Bukan dia tidak tahu, semua ini hanyalah ujian dari-Nya. Ujian untuk hamba-Nya yang terpilih.
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- Al-Baqarah : 286
Humaira tidak pernah lupa ayat cinta dari Allah ini. Setiap kali diuji, ayat ini penawarnya. Setiap kali hati bersedih mengenangkan betapa hebatnya ujian Allah terhadapnya, ayat ini lah yang mampu membuatkan dia kuat kembali. Tapi kali ini entah kenapa, setiap kali ditiupkan ayat ini ke dalam hatinya, hati kecil miliknya bagaikan menolak keras dan menafikannya.
“Astahgfirullahalazim.”Humaira mengucap panjang.
“Jika benar Ya Allah, ini yang terbaik buatku, jadikan hatiku agar redha dengan ketentuan-Mu Ya Allah. “Humaira meraup wajahnya sambil mengesat air matanya di atas tikar sejadah biru itu.
“Eh Humaira, kenapa ni??”Tanya Sofea sebaik sahaja aku sampai di kaunter Jururawat wad 3 Mawar. Berkerut-kerut dahinya.
“Kenapa apa?”Soalku hairan.
“Mata kau bengkak.”
“Eh ye ke?Tak ada la.Ni mesti sebab aku tidur lama sangat ni semalam.Kau tahu tak, aku tidur pukul 10 lagi semalam. Penat sangat kot.Kelas kan penuh sampai petang semalam.”Panjang lebar aku menjawab dengan harapan Sofea tidak akan bertanya lebih lanjut lagi. Sedikit pun aku tidak memandang wajahnya. Aku buat-buat sibuk menyalin nama pesakit yang baru mendaftar masuk selepas waktu bekerja semalam. Pesakit-pesakit ini harus kami cover. Jika tidak, bakal kebal lagi la telinga kami mendengar bebelan Dr Anita. Taktikku berjaya apabila Sofea tidak lagi membuka mulutnya bertanyakan perihal mataku yang bengkak.
“Humaira, kita kenal bukan 7 hari, bukan 7 bulan tapi 7 tahun wey! 7 tahun!”Sofea mengangkat 5 jari tangan kirinya dan 2 jari tangan kanannya tepat di mukaku.
“Ye la. Aku taula. Kau ni kenapa pulak tiba-tiba keluar ayat touching-touching macam ni ni?”Selamba aku menjawab. Aku gelak atau lebih tepatnya, buat-buat gelak. Aku tahu Sofea sudah boleh menghidu masalahku.
Sofea, sahabat yang aku kenal sejak di Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah. Ketika itu, aku merupakan salah seorang pelajar baru yang mendaftar di sekolah tersebut manakala Sofea adalah seorang pemimpin pelajar di situ. Beliau banyak membantu aku sejak dari mula aku melangkah masuk ke sekolah tersebut. Aku orangnya jenis yang sedikit menyendiri. Aku akui aku tidak pandai bergaul. Aku tidak pandai untuk menghulurkan salam perkenalan walaupun keinginanku untuk memilik ramai kawan sangatlah tinggi. Oleh sebab itu, aku sangat berbesar hati jika ada yang sudi berkawan dengan aku. Dan salah seorangnya ialah Sofea. Sofea orangnya tinggi, kulitnya putih kemerahan dan mulutnya sangat becok. Ada sahaja cerita darinya yang mampu mebuatkan aku tidak kering gusi apabila bersamanya. Dan yang pasti, hatinya sangat baik. Beliau satu-satunya kawan yang sentiasa ada denganku waktu susah dan senang. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini Allah masih tautkan jiwa kami di bawah satu bumbung universiti yang sama malah kami juga ‘dicampak’ ke dalam kos yang sama. Dan kami kini bergelar Pelajar Perubatan Tahun 4.
‘Kawan sampai mati ok!’Jari kelingking kami bertaut tanda janji termeterai.
“Kau ada masalahkan?”
‘Tepat tekaan kau Sofea.’Jawabku, sekadar dalam hati.
“Humaira, kau memang tak pandai menipu. Aku dah tahu dari mula kau cakap mata kau bengkak sebab terlebih tidur.”Ayat Sofea terhenti di situ.
Mata aku mula bergenang. Wajahku menunduk. Kelam sahaja pandanganku menatap ayat-ayat di dalam buku Nelson Essentials of Paedatric. Tiba-tiba tanganku ditepuk perlahan-lahan.
“Sofea, aku tak kuat.” Lemah sahaja bicaraku. Kolam air mataku tak dapat kutahan lagi. Perlahan-lahan ia turun dan jatuh di atas buku tebal berkulit hijau itu. Dan sekejap sahaja, hampir 1/3 daripada muka surat 134 buku tebal itu basah dek air mataku.
“Kenapa Allah selalu uji aku?Kenapa aku aje?Kenapa tak orang lain?Aku dah penat Sofea. Aku dah penat sangat fikir positif. Makin aku jadi positif, makin banyak ujian yang aku terima.”Esakanku makin hebat. Nasib sahaja tiada sesiapa yang berada di pondok Zaaba itu melainkan kami berdua. Bunyi percikan air pancut dari kolam di belakang kami bagaikan memberi sound effect kepada esakanku.
“Ya Allah, kau salahkan Dia, Humaira?”
“Sofea, kau tak faham dan kau takkan faham. Sebab kau tak berada di tempat aku!”Bentakku. Geram dengan ayat yang keluar dari bibir Sofea. Kecewa dengan sikap Sofea yang lagaknya seperti menyalahkan aku.
‘Talking is easy when you are not concern’. Luahku dalam hati.
“Maafkan aku Humaira. Ya betul, aku mungkin takkan faham sebab aku bukan kau. Tapi kau kena ingat satu perkara Humaira. Aku kawan baik kau dan aku sentiasa ada untuk kau. Setiap orang takkan mampu tanggung masalahnya sorang-sorang. Sama juga macam kau sekarang ni. Aku tak kisah kalau kau tak nak berkongsi dengan aku tapi janganlah Kau salahkan Dia atas apa yang terjadi. Tak baik Humaira. Allah murka nanti.” Sofea menarik nafas perlahan sebelum menyambung lagi.
“Look Humaira. I’m not sure if I’m the best person for you to share your stories. Tapi yang aku sangat-sangat pasti, kau boleh ceritakan semuanya pada Allah and He’s the best listener. Don’t you remember?Kau jugak yang selalu bagitau aku setiap kali aku menangis bila stress. Kau cakap ‘Ceritakan semuanya pada Allah. Kau tak nampak Dia tapi kau boleh rasa yang Dia sangat dekat dengan kau.’ Aku ingat tu Humaira. Aku selalu pegang kata-kata kau yang itu. Tapi kenapa sekarang, bila kau sendiri yang mengalaminya, kau tak mampu nak buat?”
Wajahku masih lagi menunduk. Aku malu untuk menatap wajah Sofea. Malu apabila menngenangkan aku baru sahaja meninggikan suara kepadanya 10 minit yang lalu. Gara-gara terlalu mengikutkan perasaan, buat pertama kalinya aku marahkan Sofea. Jujur aku katakan, sepanjang 7 tahun perkenalan kami, tidak pernah sekalipun kami bertikam lidah. Tidak pernah sedikit pun rasa marah terbit dalam hatiku kepada Sofea. Aku sangat-sangat bersyukur kepada-Nya kerana menghantar Sofea sebagai sahabatku. Sungguh dia sahabat terbaikku!Maafkan aku sahabat.
Perlahan-lahan aku mengangkat wajahku. Dengan esakan yang masih bersisa, aku tatap wajah Sofea.
“Maafkan aku Sofea. Aku emo sangat tadi. Aku tak tau kenapa keadaan aku teruk sampai macam ni sekali. Padahal bukan aku seorang aje yang diuji kan. Ramai lagi kat luar sana tu tengah diuji. Entah-entah kau sekarang pun, Allah tengah uji kan.”Aku ketawa dengan tangisan yang masih bersisa. Sofea senyum.
“Bab-bab bagi nasihat kat orang, aku on jer. Tapi bila kena batang hidung sendiri, aku gelabah. Setiap kali aku ada masalah, aku selalu fikir benda tu dari sudut yang positif. Aku terima seadanya. Sebab aku pasti apa yang Dia bagi adalah yang terbaik buat aku. Tapi tak tau la kenapa kali ni, aku gagal nak terus berfikir secara positif. Mungkin otak aku dah tak nak terima caj positif dah kot.”
“Humaira,kau kuat. Kadang-kadang, aku cemburu dengan kau tau. Bagi je la apa masalah pun kat kau, kau pasti boleh handle dengan baik. Kalau la aku yang kena, aku tak rasa aku mampu. Dah lama aku tumbang cium lantai. “Sofea buat gaya pengsan dan sembamkan mukanya pada buku di atas meja. Hisyy ada-ada sahaja lagak Sofea yang mencuit hati.
“Mana ada kuatnya. Tengok sekarang ni, dahan aku dah rapuh. Silap-silap haribulan, aku pun cium lantai sama macam kau.Tapi aku akui selama ni aku kuat sebab Allah. Allah Maha Mengetahui. Kita tak bagitau pun, Dia dah tahu awal-awal lagi. Sebab tu Dia uji kita. Dia nak tengok sejauh mana kita ingat pada Dia. Mungkin kita kuat sangat study sampai dah tak buat solat-solat sunat yang kita pernah buat sebelum ni. Dan dengan ujian macam nilah cara Allah nak tarik kita dekat balik dengan Dia. Itu tandanya Dia sayang kat kita la. Dia tak nak kita hanyut. Lama-lama nanti kalau hanyut, terus kita lupa jalan balik. MasyaAllah, minta jauh la benda-benda macam ni kan.”
“Btol!Btol!Btol!”Sofea meniru gaya Upin & Ipin.
“Saya setuju dengan Ustazah Humaira. Dia tak bagi apa yang kita nak sebab Dia ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita. Kita aje yang cakap Allah tu tak adil sebab asyik kita aje yang kena uji sampai buat kita stress, sedangkan orang lain boleh je gelak, ketawa dan sebagainya. Tapi mana kita tahu yang orang tu tak diuji? Mungkin dia gelak sebab dia tak nak fikir pun pasal masalah dia. Mungkin jugak gelak itu adalah satu ujian buat dia. Who knows kan? Sebab banyak caranya Allah nak uji kita. Kalau tak buat kita sedih, Dia akan buat kita gembira. Kau patut rasa terharu sebab Dia pilih kau untuk rasa ujian ni. Dia tau kau kuat. So lepas ni aku tak nak tengok kau macam ni lagi ok. Tak best la kalau kau monyok. Tak ada kawan tau aku. Sebab kalau kau sedih, kau mesti tak nak cakap dengan aku. ”Leter Sofea dengan bibir muncung tanda protes.
“Ok2!Sorry tau Sofea sebab susahkan kau. And thanks sebab nasihatkan aku. InsyaAllah doakan supaya aku kuat ok.”
“Aku tau yang kau memang dah tau semua ni. Cuma dalam hidup ni, kita perlukan kawan untuk sentiasa berpesan-pesan kan. Dan inilah gunanya aku sebagai kawan kau.”
“Aku sayang kau!”
“Sayang kau jugak!”
“Kerana Allah.”Serentak kami menyambung.
Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesunggunya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Al-Ankabut : 2-3
'Jangan berputus asa apabila diuji kerana hujan yang jernih itu asalnya adalah dari awan yang gelap'
No comments:
Post a Comment