CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



October 29, 2012

Bas Oh Bas



Cakap pasal bas, teringat kat my ex-roomate sebab dia pernah letak nama facebook dia 'Bas Sekolah'..sengal ke tak sengal tu??aishhh ninon ninon!

Talking about bus, actually I just arrived from KL this morning after total 12 hours of tiring yet peaceful journey by bus! Naik beku lutut cheq tau dak?Pasai pa?Pasai sejuk laaaa! Melilau mata ni duk cari mana laa pergi nya butang aircond  kat atas kepala ni. Kerusi yang depan ni ada pulak. Langsung x jumpa, jadi tahan je la. Merengkok macam beruang kutub yang tengah berhibernasi dah rupanya.

12 jam!3 jam tunggu bas + 9 jam atas bas.
Bas sepatutnya sampai pukul 10pm. Tapi gara2 kesesakan lalu lintas yang maha dasyat pada musim perayaan aidiladha kali ni, bas sampai 3 jam kemudiannya. Manusia punya la ramai kat Hentian Putra tu. Agak2nya kalau pakcik makcik yang ada COPD, mampukah mereka bertahan dalam suasana stesen bas yang limited of oxygen tu? So a very sincere question to whom it may concern, 'Bila nak naik taraf Hentian Putra pulak?' :p

 Oh by the way, tahun ni kami sambut Hari Raya Aidiladha di KL. Rumah akak di Cheras. Perancangan di saat-saat akhir. Habis je kelas Radiologi petang Khamis, terus zassssss. Alhamdulillah pagi raya memang cukup kami 5 beradik, mama, opah, menantu  mama 2 orang dan cucu mama 3 orang. Sempat ambil gambar keluarga sebab sebelum ni tak pernah cukup gara2 Uni yang selalu 'hilang dalam misi ketenteraan; even masa wedding Imi bulan lepas tu pun, dia tak dapat hadir sebab ada kat pulau nun jauh di sempadan Sabah :p Nak dijadikan cerita yang agak tragis, gambar tu lesap sebaik sahaja kami pulang beraya dari rumah Che Nah di Seri Kembangan. Hipotesis kami kuat mengatakan bahawa Inas Sofea yang secara tidak sengaja telah men'delete' gambar tersebut dari  DSLR Aju. Apo nak dikatoo? Sob3...Nak tanya pun bukannya si kecik tu faham :p

A big applause and thank you to my big brother sebab sanggup tunggu 3 jam sampai bas datang. Risau jugak la kot2 nanti adik bongsu ni kena culik ke apa ke kan *nauzubillahiminzalik*. Tak pon takut nanti kena marah dengan mama :p

Sampai USM pukul 9.45 pagi. Sah2 la ward round dah on masa tu. So my intention was to skip ward round. Sampai bilik, terus gosok baju untuk pergi kelas yang seterusnya dengan Prof Wan. Tup tup Cikah bbm kelas tak ada. HAHAHAAAA *evil laugh* Memandangkan kelas petang ada 4 jam lagi, jadi saya sambung gosok baju untuk esok, lusa dan tulat, pergi Che Din untuk print dan fotostat koleksi soalan2 tahun lepas, beli makanan, makan, mandi, usha Beautiful Nara dan tidur! *wink wink*

Oh case untuk write up tak ada lagi! Logbook kosong lagi! Saya tak nak kena marah dengan Pengarah Kampus :(

Berfikir, di manakah harus saya sambung housemanship course saya? Dekat dengan kampung atau jauh dari kampung?

No comments: