Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) |
12 Januari 2002
Pada tarikh ni lah, kami mula daftarkan diri di SMSTMFP. Pertama kali tinggal berjauhan dengan keluarga, cuak juga la. Tapi saya tak nangis. Serius! Pada mulanya saya tak rasa homesick langsung sehingga la 2-3 hari lepas tu, saya nampak teman sebilik saya, Bainun nangis lepas balik prep malam. Dalam samar2 malam tu (lepas light off), saya boleh dengar esakan Bainun. Mungkin dia homesick kot sebab dia pun anak bongsu macam saya juga. Jadi, bila saya dengar dia nangis, saya pun tiba-tiba rasa nak nangis juga. Hahaaa. Bangun pagi bengkak mata :p
Saya mula2 kenal Lamat, Suha & Pia sewaktu minggu orientasi sebab kami satu kumpulan. Dan bila saya masuk kelas 1 Alpha, saya kenal Oin, Timm, Dojan dan semua2 lah. Dalam masa 5 tahun tu, kami satu batch memang rapat. Terkenang event2 besar kat sekolah dulu eg: KOT. Sebaik sahaja tamat peperiksaan SPM, kami bawa haluan masing2. Ada yang pergi matrikulasi, asasi, persediaan untuk ke luar negara & sebagainya. Dan sekarang mereka dah besar!! Ada yang dah kerja, sambung master, kahwin, tunang. Dan ada anak! Teringat zaman2 hingusan dulu, zaman2 makan nasi dalam tray di dewan makan, main troli pak cik angkat daun2 kering di belakang bengkel, nangis ramai2 di belakang kelas sampai budak lelaki pun nampak pelik, conduct usrah kat surau, hias khemah KOT sampai pukul 4 pagi, pergi beli nasi bungkus & ABC di 'bucu' masa outing...Aaaaaa banyaknya kenangannnn. Kalau nak tulis semua, memang tak mampu la.
Dan semalam kami berkumpul lagi untuk meraikan walimatul urus 'family faris', Pia & Syakir. Seronok sangat! Pergi majlis kahwin sahabat yang sama2 berjuang di bawah bumbung faris. Dan yang paling best, both are Farisian 0206! Sama macam Lamat & Syazwan (pasangan ni kahwin Ogos lepas). Jadi siapa pula nak masuk senarai 'family faris' yang ke4? Sebab yang ke3 dah ada insyaAllah hiii.
2 days before, Timm & Suha sampai dari Terengganu & KL untuk sleepover kat rumah. Teruja tu tak payah tanya la. Exciteddddd kot bila Timm cakap nak datang. Kali terakhir jumpa Timm adalah ~3 tahun yang lepas masa kat Melbourne. And our family owed her very much. Banyak sangat Timm tolong masa kami di sana. Suha pon dah lama sangat tak jumpa. Jadi, bila diorang kata nak datang rumah ~1 bulan sebelum tu, saya dah mula menghitung hari. Terima kasih Peli (another farisian boy) sebab sudi bawa Suha all the way from KL sebelum singgah Kemaman untuk ambil Timm pulak. Alhamdulillah diorang sampai dengan selamatnya di Tanah Merah pada pukul 8 malam. Sebab tak tahu nak bawa diorang pergi jalan2 kat mana, maka Opah dengan sukacitanya mencadangkan untuk ke Rantau Panjang. Sambil menyelam minum air. Maka bonet kereta pun penuh la dengan periuk belanga Opah manakala kami hanya mampu menyambar sehelai kemeja, sepasang kasut & beg tangan :p
Pia akad nikah pada malam sebelum majlis bersanding. Memandangkan kami bertiga tinggal paling dekat dengan Pia, maka memandulah saya meredah kepekatan malam ke Batu 7 Tanah Merah. Seriously, saya tak pernah memandu jalan tu pada waktu malam. Gelap yang amat! Tak ada kereta lain!Nasib baik ada Suha & Tim hohoo. And I knew Pia was very happy bila nampak kitorang bertiga sampai. No big deal dear. It was your big moment of 'peralihan status' and of course we were were happy to be there to share the moment and also to reduce your anxious!hehee
Keesokkannya, kami berpakat untuk pergi ke majlis Pia & Syakir bersama2. I didnt know how to describe my excitement in words. It was like a reunion for us. Walaupun tak ramai yang dapat hadir kali ni, tapi yang ada ni pun macam dah mewakili satu batch. Hooho *ok ini hiperbola* Gege gegok kalu ore klate oyat!
Isnin lepas, saya, Lamat, Oin & Dilin pergi 'dating'. Makan tengah/hari di kedai Nasi Ulam Kraftangan sebelah Istana Balai Besar. Makan ikan & udang celup tepung di PCB. Main air pantai. Main make-up di Body Shop & Elianto. Seronok!
Dah 11 tahun rupanya kita semua kawan. Masing2 ada kehidupan sendiri. Tapi kawan tetap kawan. Kawan itu hubungannya sampai bila-bila. Walau jauh brbatu-batu, hati tetap dekat. Facebook ada. Whatsapp ada. Macam-macam ada. Sedih sangat masa hantar Timm & Suha naik bas semalam. And yes, I cried!Hooohooo. Nanti saya kahwin, saya nak semua kawan saya ada. Mustahil? Tak kot? :)))
Sampai ketemu lagi. Love
2 comments:
uwah!!!!nice post.terasa dekat di hati♡
harap dpt p majlis nana pulop.ehek
mohon jemput saya jugakk ! :P
Post a Comment