CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.
February 23, 2013
Hati mesti mau kuat beb!
Hari tak selalunya cerah
Cuba kau tengok, kalau pagi panas elok
Tak semestinya petang tu tak hujan
Kalau hari ni kau ada kat atas
Tak menjamin esok hari kau tak akan ada kat bawah
Sebab tu lah
Hati mesti mau kuat beb!
Hari ni kau jatuh
Cuba kau bangun balik
Luka sikit tak apa
Biar berdarah sekalipun
Yang penting, kau gagah dan bangkit semula
Jadi, untuk bangkit
Hati mesti mau kuat beb!
Kau nangis bila kau jatuh
Kau mengadu dekat Tuhan
Kau kata ini semua tak adil
Apa laaaa kau ni...tak baik tau
Tapi Tuhan tak marah pun bila kau cakap kat DIA macam tu
Sebaliknya DIA bisik kat corong telinga kau
"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman" - Al_Imran : 139
Dan dan je air mata kau meleleh kan
Sebab tu, apa pun yang jadi
Hati mesti mau kuat beb!
Kalau hari ni kau ada kat atas
Jangan sekali-kali kau sombong
Allah SWT tak suka tau
"......Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" -Al_Hadid : 23
Fitrah manusia, mesti ada je hal yang nak dibanggakan
Jadi, nak elakkan penyakit riak, bongkak, sombong bagai tu
Hari mesti mau kuat beb!
Setiap kali kau rasa susah hati
Kau pergi dekat DIA kan
Saat orang tak nak dengar apa kau cakap
DIA tetap setia dengan kau
Sebab DIA dah pesan,
"Wahai orang-orang beriman. Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar" -Al_Baqarah : 153
Pendek kata, apa-apa hal pun
HATI MESTI MAU KUAT BEB!
nota 1 : maaf atas gaya bahasa yang terlalu mengikut arus kemodenan semasa
nota 2 : tukarkan 'kau' kepada 'aku'
Ya, ini kisah 'aku'!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment