Hari ini postingku adalah berkisarkan seorang nenek tua yang baru aku temui kira2 sejam yang lalu di rumah Aaina(sahabatku) sempena majlis tahlil arwah nenek beliau.Usai shj peperiksaan bahasa Jepun tepat jam 5ptg,kami segera ke sana memandangkan perut teman2 yg lain sdh pon berirama.Ye lah,sjk pg td lg x sempat nk makan,sibuk dgn kelas revision Jepun.
( J E P U N)
Ok!Berbalik kpd kisah nenek td.Kulitnya cerah dan kulihat ada garis2 kedut di setiap inci wajahnya,hasil dimamah usia.Ku kira umurnya sekitar 70++.Namun,Alhamdulillah,pergerakannya tidaklah terlalu terbatas jika dibandingkan dgn orang lain yang seusia dgnnya.Nenek itu x memerlukan tongkat mahupun orang lain utk memimpinnya berjalan.Mulutnya muncung2 mengunyah makanan yang masih bersisa di pinggan.Tiba-tiba aku melontarkan pertanyaan kpd Onie dan Aaina yg ketika itu berada bersebelahanku,dalam loghat ibundaku.
"Bakpo ore raso nenek tu mace nenek ore eh?"
Serentak mereka berdua mendongak ke hadapan.
"Yo lah Nana.Serupo sggh."-Onie
"Nana.Betul mace Opah Nanalah"-Aaina
Mereka sememangnya kenal dgn Opah.Masakan tidak,mereka merupakan teman sebilikku sewaktu di tahun 1.Seringkali nama Opah terpacul di bibirku.Opah ini,Opah itu.Semuanya tentang Opah yg kdg2 perlakuannya sangat mencuit hati aku.Kami 5 beradik mmg rapat sgt dgn Opah memandangkan hanya kami berlima yang merupakan cucunya.Mama anak tunggal.Dan Opah memang Mama bawa tinggal bersama sjk Mama berkahwin dgn arwah Baba lagi.Apa sahaja yang kami nak,pasti Opah tunaikan.Lebih2 lagi kalau berkait dgn makanan.Aku ingat lagi peristiwa sewaktu aku di darjah 4,cikgu Pendidikan Seni(aku da lupa lah nama cikgu tu,maaf ya cikgu) mintak kami buat satu kad kreatif tentang apa2 sahaja.Dan x tahu macam mana aku boleh terfikir nak buat kad kreatif tentang satu menu istimewa.Ikan Sweet Sour Opah!Hatiku girang.Balik je rumah lps habis klas,aku terus tanya Opah macam mana nk buat Ikan Sweet Sour tu.Mungkin Opah fikir aku teringin nk makan ikan tu.Esok tengah hari,aku lihat ikan tu dah siap terhidang atas meja sewaktu aku pulang dari sekolah.Aku terharu sgt!(kecik2 pon ak da pandai feeling2 tau..tahu menghargai orang la katakan..ececee..huuu~)
Lamunanku terhenti.Lagu 'Full House' dari telefon bimbitku yg menatikan lamunan itu.Kulihat skrin.Mama.Teringat pula pada message misscall dari Mama yang masuk setelah aku menghidupkan semula telefon aku setelah selesai peperiksaan tadi.Maaf ye Mama sbb lupa nak call balik=)
Kuceritakan kpd Mama tentang 'kembar' Opah yg aku temui itu.Ketawa Mama apabila kusebut perkataan 'kembar'.Tapi itulah sememangnya perkataan yg sesuai.Benar2 seiras.Telefon beralih tangan di sebelah sana.Kali ini Opah pula yang bercakap.
"Nana tegurlah dia.Tanya duk kat mana.Sembang2 dgn dia."-Opah
"X nak lah.Nanti Nana jadi rindu kat Opah pulak"-Aku
"X nak lah.Nanti Nana jadi rindu kat Opah pulak"-Aku
Benar!Aku rindu pada Opah.Dah 2 minggu aku x balik.X pernah ak x pulang seLAMA ini.Ada sahaja kerja yang menuntut keberadaanku di sini,USM.Mama dah dtg semalam.Jadi dptlah melepaskan rindu pada Mama.Opah?Hanya jeruk kiriman Opah kepada Mama semalam yang menjadi peneman rinduku pada Opah.Huhuu~puitis lah pulak aku ni.adeyh~
Di mana kemuncak kpd kisah ini?Kemuncaknya adalah ketika aku lihat nenek tu terjatuh dari motosikal yang ditunganginya,dibawa oleh cucu perempuannya(aku kira).Masih terngiang2 lg di pendengaranku bunyi motosikal jatuh.Berdegup rasa jantung aku!Opah!Segera aku bangun.Rasanya mahu terus aku berlari untuk memapah nenek itu bangun.Tapi orang lain yang berada berdekatan ketika itu laju membantu nenek itu berdiri.Mujurlah nenek itu x ada apa2.Aku bimbang kalau2 motor itu jatuh menghempap nenek tu je.Aku jadi sebak.Walaupun nenek itu kelihatan fizikalnya tiada apa2 yang cedera,hatiku tetap dirundung sayu.Namun,x kusalahkan cucunya.Mungkin keadaan jalan yang berbatu menyukarkannya utk mengawal motor sewaktu ingin membelok keluar.Aku berdoa agar nenek tu benar2 x ada apa2.Insya-Allah....
~Sayam OPAH~
::kokoro no omoi::
No comments:
Post a Comment