CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



April 12, 2010

Siapa Sangka?

to SHASHA\(^_^)/

Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia.Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,maka tidak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.Dia Maha Pengampun ,Maha Penyayang

(Yunus:107)



Tiada siapa yang sangka.Sekelip mata.Benarlah bahawa sakit tak mengenal usia.Sedang aku tgh berdiskusi dgn rakan studyku,Opah telefon.Perkhabaran yang opah bawakan benar2 menyentap jantungku.Shasha,sepupuku masuk ICU dan bakal menjalani pembedahan pada bila2 masa.Habis diskusi,aku segera pulang.Buka lappy.Mgkn ada cerita tentang Shasha dlm blog atau facebook.Tepat sekali.Menurut Abg Shah,juga merangkap sepupuku,Shasha kritikal.Sebab musababnya,aku sendiri belum pasti!



Selepas hampir 2 jam bertarung dalam OT(operation theater),Alhamdulillah Shasha selamat.Kuasa Allah!Namun,kusangka panas hingga ke petang,namun hujan di tghhr.2 hari kemudian(Khamis),Shasha mengalami komplikasi sukar bernafas dan demam.Terus dibawa naik ke ICU tingkat atas(1 Doktor,1 Nurse).Mask dipakaikan untuk bekalan oksigen.Paling mengejutkan,jika Shasha masih tidak boleh bernafas dgn baik,Shasha terpaksa dikomakan!Masya-Allah..sampai begitu sekalikah keadaannya?Air mataku tak mampu dibendung.Macam2 terbit dalam kepala ni.



Pagi Jumaat,aku,mama,opah,ayah ngah,umie,sarah & cik lily bertolak ke KL.Dalam perjalanan,mindaku tak lepas drpd memikirkan tentang Shasha.Lebih2 lagi apabila mendapat satu lagi perkhabaran yang kurang enak drpd che nah.Blood transfusion!Darah dalam badan Shasha kurang.



Pagi Sabtu,kami menyertai Che Ngah(ibu Shasha) dan yang lain2 berkampung di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Penuh wakaf berhampiran playground dgn MCC.Itulah MCC dan aku bangga dilahirkan dalam keluarga MCC.Air mataku tumpah lagi tatkala mendengar esakan Cik Ngah saat berpelukan dgn kami yang baru tiba dr Tanah Merah.Hati seorang ibu!Aku pasti Cik Ngah bertarung dgn emosinya sendiri.Nanik,kakak kpd Shasha,kulihat ada air yang sentiasa bergenang di tubir matanya.Mungkin mengenangkan nasib yang tiba2 datang menjengah satu2 adiknya tanpa sebarang perkhabaran.Begitu juga Ayah Chik dan warga MCC yang lain.Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Shasha.



Tiba waktu melawat,kami bergilir2 masuk nak tgk Shasha dlm ICU.Walaupun sebentar cuma,aku lega kerana stlh 4 hari tak makan apa2,Shasha dah boleh makan sekarang.Makan sendiri pulak tu.Alhamdulillah!Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi.Kami yang baru sampai semalam terpaksa pulang ke Tanah Merah segera memandangkan hari Ahad merupakan hari bekerja.Dan aku pula harus kembali USM.Mahu shaja aku ponteng kelas hari Ahad,tp sayang pulak rasanya nk tinggalkan kuliah.Sekurang-kurangnya kami pulang dgn perasaan lega kerana Shasha dah ada perkembangan positif.



Dan hari ni(Isnin),Shasha dah turun ke wad biasa,bukan lagi ICU.Oxygen & fluid will be given when indicated only!What a relief!
*gambar kat atas tuh,spttnya aku ltk kt bwh tp x bley plak nk adjust dia bg duk bwh (^0^)
~kokoro no omoi~



No comments: