CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



June 16, 2011

Berubah?Haisyy...Hati

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum


Hati itu bersih lagi suci.Kata orang,seputih salju.Dari hati,segala-galanya bermula dan kepada hati,semuanya bernoktah.Dunia yang sering diagung-agungkan ini begitu banyak ranjau dan durinya sehingga kadang2 membuatkan hati kita sering sahaja berbolak-balik.Adakalanya sehingga tercarik dan berdarah.Dan hati itu jugalah tempat titik permulaan kepada suatu perubahan.Perubahan ke arah positif (Alhamdulillah) mahupun ke arah negatif (Nauzubillah).Dan perubahan yang pertama itu pastinya lebih sukar.Tatkala hati mula berbunga saat mentelaah betapa hebat dan agungnya DIA Yang Maha Esa,tatkala bibir mula basah dengan alunan zikir memuji kebesaran-Nya,tatkala tubuh yang mula ringan untuk bangkit solat akhir sepertiga malam,namun saat itu jugalah syaitan laknatullah seakan-akan cemburu dan berapi-api menahan kemarahan.Lalu ketika itu jugalah ditiupkan ke dalam hati kita dengan kata-kata nista tentang Sang Pencipta.MasyaAllah.Andai rapuhnya hati tika itu,maka bersorak gembiralah para syaitan kerana telah berjaya menghalang niat seorang anak Adam untuk berubah kembali ke jalan Allah.

"Dan sesungguhnya syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk"
(Az-Zukhruf 43 : 47)

Berubah itu bukan senang.Apatah lagi jika perubahan itu ke arah yang lebih baik.Pasti mengundang pandangan yang berbeza dari masyarakat sekeliling.Yang menyokong,Alhamdulillah.Yang memandang serong,pedulikan.If we live based on what people say,then we are nothing.

Anda kenal Catriona Ross?Sham Kamikaze?Bob Lokman?Irma Hasmie?Farah Anuar?Yat?Asyraf Muslim?(Mesti kenal punya AF tu kan..ye la,mana taknya..dapat tahu je AF nak bertunang,ramai akhwat yang frust..hehheh)....Anda perasan tak apa2 perubahan pada mereka?

Catriona Ross
Saya menemani rakan2 saya yang ingin membeli tudung di sebuah butik.Akibat terlalu bosan kerana menunggu lama,saya mencuba sehelai tudung.Sekadar suka2.Saat tudung itu terletak elok di atas kepala saya,saya dapat rasakan ada sesuatu yang mengusik jiwa saya.Saya menangis kerana saya tahu Allah sudah memanggil saya.Bermula saat itu,saya sudah mula memakai jilbab sehingga kini.Alhamdulillah.
*saya sangat suka dengar bila beliau bercakap,sangat lembut dan sopan.*

Sham Kamikaze
Alhamdulillah..DIA buka pintu hati saya setelah saya bertemu dengan Imam Besar Masjidil Haram.Kalau dulu,hidup saya tak tentu arah,pakai subang dan sebagainya tapi Alhamdulillah,saya sangat bersyukur atas hidayah yang dikurniakan-Nya ini untuk saya
*saya perasan,waktu beliau menjadi juri jemputan untuk konsert mingguan AF yang ke-?,beliau hanya memandang ke lantai ketika mengkritik persembahan Fina yang waktu itu memakai dress pendek paras lutut*

Bob Lokman
Sewaktu saya ditahan dalam wad akibat ulcer dalam perut,pesakit di sebelah katil saya dijemput Ilahi padahal waktu siang sebelum itu,kami masih rancak berbual.Saat itu,saya sedar saya juga akan dijemput jua tapi adakah amalan saya sudah cukup untuk dijadikan bekalan di padang Mahsyar kelak?Dari situ,saya bertekad saya perlu melakukan sesuatu.Dan Alhamdulillah DIA mempermudahkan jalan saya.

SEE??Saya bagi contoh dalam kalangan artis kerana saya tahu mereka dikenali ramai dan kita sendiri melihat bagaimana diri mereka sebelum ini.Begitulah,kalau Allah SWT dah ketuk pintu hati,bermakna DIA sedang memancarkan cahaya ke satu jalan untuk kita lalui agar mudah pengembaraan kita untuk mengecap redha-Nya.Subhanallah.Andai dibiarkan sahaja seruan itu,bimbang kelak ia takkan datang lagi buat selama-lamanya.Mohonlah agar dikurniakan hati yang kuat dan istiqamah.Semoga setiap yang berlaku di sekeliling kita bakal menjadi ibrah(pengajaran) untuk kita lebih dekat kepadanya.Ameen.

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima Islam lalu ia mendapat cahaya dari TuhanNya (sama dengan orang yang membatu hatinya)?Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata."
(Az-Zumar 39 : 22)

Perubahan bukan hanya melibatkan perkara-perkara yang besar seperti solat,puasa tetapi pada perkara2 yang kecil seperti pada awal pagi,baca doa bangun tidur,bersugi,solat Subuh,amalkan makan pagi dan sebagainya juga dianggap satu perubahan positif.Ataupun,memanjangkan dan mengeratkan silaturrahim dengan kawan2.Ye lah,musim2 cuti ni,ramai yang buat hal masing2 kan sampai tak sempat nak tanya khabar kawan2.Hmmm hari ni dah telefon mak ayah tanya khabar?Kalau belum,cepat2 telefon ye.Baru-baru ni saya ada dengar tentang satu dosa yang melibatkan ibu dalam 'Tanyalah Ustaz' iaitu kalau kita tak jawab panggilan ibu(tanpa sebarang keuzuran),maka jatuh satu dosa ke atas kita.Kalau 8 panggilan daripada ibu yang kita tak jawab,maka percuma sahaja,8 dosa yang kita tanggung pada hari tersebut.

Life is 10% what happens to us and 90% how we react to it.It's all the decision that we make today that determine who we are tomorrow.
SO,LETS MAKE ONE CHANGE FOR TODAY!


2 comments:

Nur Nabila said...

niasu artikel :'))))

ishanokokoro said...

niasu tu gapo lamat?:D