Assalamualaikum
Bismillahirrohmanirahim
Ahad lepas,saya dapat panggilan daripada Cikgu Halim,pegawai di PPD.Resume saya sebulan yang lepas telah pun ditimbang tara dan saya ditawarkan menjadi guru sementara Bahasa Inggeris bagi tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah berdekatan bagi menggantikan guru sebenar yang cuti.Tugas saya sepatutnya bermula 3 Julai 2011 dan berakhir 4 September 2011,seminggu sebelum semester baru bermula.Fikir punya fikir punya fikir plus bincang dengan Mama bagai,saya ambil keputusan untuk MENOLAK tawaran tersebut.
Masa mula2 hantar resume tu,semangat saya nak jadi cikgu tu membuak2 sangat.Dan masa terima tawaran tempoh hari,saya gembira sangat.Saya mula bayangkan rutin harian saya nanti .Pagi2 dah kena siap,pakai baju kurung,pukul 7 tayar MyVi dah bergolek,sampai sekolah masuk bilik guru.Bila sampai waktu mengajar,pegang buku di tangan,bimbit handbag,masuk kelas dan budak2 akan bangun bagi salam,"Assalamualaikum Cikgu".Lepas tu,saya akan main conteng2 atas papan hijau dengan kapur (erk ke sekarang ni dah guna white board semua?) dan kalau pelajar tak faham atau ada masalah,saya akan pergi dekat dia dan ajar balik apa yang dia tak faham.Bila waktu lapang aje,saya akan stay kat bilik guru,buat rujukan atau tanda buku latihan pelajar2 ataupun borak2 dengan cikgu lain kat situ.Kalau tak habis tanda,saya akan angkut buku2 tu semua masuk dalam kereta untuk sambung kat rumah.Dan setiap hari Ahad,saya akan duduk bersama cikgu2 lain kat depan waktu perhimpunan.Hujung bulan pulak,saya dapat pegang duit hasil titik peluh saya sendiri kerja.Mak sedara saya cakap (dia pun cikgu),gaji cikgu bukan sembarangan tau.Sekurang2nya saya boleh guna duit tu untuk keperluan dan kegunaan saya untuk cuti yang masih berbaki 2 bulan lebih lagi ni.Tak perlulah saya keluarkan duit bank.Dan saya memang seboleh2nya tak nak guna duit mama.Banyak2 lagi yang saya boleh cuba perkara yang saya tak pernah buat atau terfikir pun sebelum ni.Yang penting,saya nak didik anak2 murid saya sebaik mungkin,sedaya yang saya mampu supaya bila saya tinggalkan sekolah tu nanti,ada sesuatu yang akan membuatkan mereka ingat saya (skema tak ayat?).Dan saya nak rasa balik suasana sekolah rendah yang saya dah tinggalkan 10 tahun yang lalu.
Tapi apakan daya,itu semua hanyalah angan2 saya sahaja.Saya TERPAKSA tolak tawaran tu.Sedih tu memang la sedih,terkilan pun ada tapi saya punya alasan saya tersendiri.Ada 3 sebab utama sebenarnya kenapa saya tolak.PERTAMA,tarikh 3 Julai iaitu tarikh di mana saya sepatutnya memulakan tugas saya sebagai guru ganti adalah sama dengan tarikh saya sepatutnya memulakan attachment saya di HUSM.Nama dan segala urusan penempatan telah pun diuruskan.Jadi sangat2 lah rugi kalau saya batalkan penyertaan saya di saat2 akhir ni,ye tak?Kata Mama,'Perubatan tu bidang Nana dah tapi cikgu ganti tu hanya nak isi masa cuti,tak berkait pun dengan bidang Nana nanti'.
KEDUA,terus-terang,kalau bab2 speaking atau apa2 sahaja yang berkait ngan BI ni saya kantoi sikit.Kalau Mama tanya saya apa2 dalam BI,saya akan jawab dalam Bahasa Melayu or to be spesific,bahasa Kelate.Masa hantar resume dulu,saya harap sangat dapat mengajar Matematik sebab Mama kata,selalunya PPD ambil guru ganti untuk BI & Matematik.Alih2 dapat BI pulak.Seriously,I have no idea on the syllabus for standard 4 and 5.Orang kata,'Alaa...yang basic2 je...a,an,the,past,present tense...'Tapi kalau pronunciation pun tak betul,apa ke hay nye yob?Satgi kalau budak2 tu tanya macam mana nak sebut perkataan tu,saya pulak yang terbelit lidah nanti.Kang tak pasal2 pulak budak2 tu dapat ilmu salah.Buat malu aje.Ada jugak yang kata,'Kan ambik medic..hari2 cakap BI,belajar pon dlm BI..mesti boleh punya..'Hmm saya pun harap itu dapat membantu tapi....tak boleh la.Tak kisah la,yang penting saya sedar kemampuan diri saya dan saya memang tak yakin langsung nak mengajar Bahasa Inggeris.Susah kalau diri sendiri tak yakin ni.Orang kata betul,kita kata salah.
KETIGA,tugas ni nanti melibatkan bulan puasa.Dari awal cuti lagi,saya tekad saya tak nak kacau bulan puasa.Bulan lain,buatlah apa nak buat,pergilah ke mana pun,jalan2 ke,holiday ke,nak kerja je,attachment bagai tapi say NO to bulan puasa.Saya betul2 nak reservekan bulan puasa ni.Dah lama saya tunggu.Ye lah,kalau sebelum ni,ada kelas masa bulan puasa.Pergi lecture,PBL,clinical teaching,petang balik beli lauk je.Kalu penat sangat petang tu,tidur dulu sebakul.Kalau terawikh lama sikit,mula lah nak terhuyung hayang.Jadi,saya fikir eloklah saya fokus betul2 bulan puasa kali ni sebab saya tak fikir akan dapat cuti sebulan penuh macam ni lagi untuk bulan puasa nanti2 ni.Ntah2 dah tak jumpa dah.Mana kita tahu kan.Moga2 pertemuan kita dengan Ramadhan 1432H yang tinggal lebih kurang sebulan lebih sikit je lagi ni akan jadi lebih bermakna dengan usaha kita untuk lebih dekat kepadaNya.InsyaAllah semoga DIA sempatkan kita dengan Ramadhan kali ini.
~Selamat jadi cikgu kepada kawan2 yang jadi cikgu sementara cuti ni~
(^_<)v
1 comment:
salam. nak minta tolong boleh tak? saya sebenarnya tadi tgh google resume utk guru ganti. awak simpan lagi tak resume tu? saya nak tengok boleh? saya plan nk minta jd guru ganti cuti nanti. boleh tak awak post tentang resume tu, atau email saya.
halimkasim@hotmail.com. tq
Post a Comment