CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 7, 2012

Hikmah Tuhan, tak ramai yang percaya


Jangan ditenung ke kiri dan kanan. Jangan dipandang atas dan bawah. Lihat sahaja pada diri sendiri. Tepuk dada tanya hati.

"Selalu aku aje yang kena!"

Setiap kali dapat apa yang kita tak suka, kita pasti mengeluh.Yang paling teruk,menyumpah!Nauuzubillah

Tapi kita tak tahu bahawa sesuatu yang kita tak suka itu la sebenarnya adalah yang terbaik buat kita.Siapa tahu?Kita tak tahu tapi......DIA tahu. Allah SWT sudah sedia maklum pasti ada yang kita tak suka dengan apa yang DIA bagi pada kita. Sebab tu DIA turunkan ayat ni ;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah : 216]


"Jangan risau. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni."

Saya percaya semua orang pasti pernah mendengar ayat ini. Mungkin banyak kali dan mungkin dah selalu sangat dengar. Tapi berapa kerat sangat yang betul2 ambil ayat ni dan pateri di hati dia? Kadang-kadang ada juga yang hanya pandai cakap tapi apabila kena batang hidung sendiri, dia pula yang lebih2 terpekik terlolong sumpah seranah sana sini.

Dan saya percaya setiap yang bernyawa atas muka bumi ini memang akan sentiasa diuji. Dengan sesuatu yang kita suka mahupun yang kita tak suka. Tak kira siapa pun dia, pangkat apa sekalipun, kaya atau miskin.

Satu perkongsian ikhlas dari pengalaman saya sendiri. Terus terang saya katakan setiap kali saya rasa sedih atau marah atas sebab sesuatu yang saya tak suka, saya akan cakap pada diri saya, "Tak apa. Allah Maha Mengetahui." Dalam pada saya pujuk hati saya macam tu pun, dalam hati saya tetap rasa ini tak adil. 'Kenapa saya yang kena? Kenapa tak orang lain?' Jelas kat sini, ayat tu tak berapa nak lekat elok di hati saya.

Sehinggalah apabila saya masuk ke satu posting klinikal yang sangat menggerunkan. Sebab? Cukuplah saya katakan posting ini adalah killer posting, baik dari segi pembelajarannya, klinikal mahupun examiners.

2 minggu di posting tersebut, saya sentiasa berdoa, "Ya Allah, Kau kurniakanlah apa yang terbaik buat aku." Maksud saya, Allah SWT akan bagi saya seorang examiner yang tak killer. Erkk boleh je kan minta dengan Allah SWT macam tu?

2 minggu sebelum exam, my colleague datang dekat dengan saya.
"I got him." Dia separuh berbisik. Pucat lesi wajah dia masa tu.
"You also got him." Tanpa sempat saya bertanya, dia memberitahu. Astaghfirullahalazim. Itu sahaja yang saya mampu lafazkan waktu tu. Perkara yang paling saya cuba elakkan sejak dari awal masuk posting tu. 'Him' is the most killer examiner. Pergilah mana2 pun pelusuk di universiti saya tu, anda pasti dapat dengar nama beliau disebut dalam kalangan doktor pakar yang lain sebagai examiner yang paling digeruni oleh para pelajar perubatan, tahun klinikal terutamanya.

Sejak saat tu, saya tak boleh nak fikir apa2 dah. Dalam kelas lepas tu pun, saya menangis. (Seorang diri. Tak ada seorang pun yang nak pinjamkan bahu dia masa tu pada saya. Agak terkilan sebenarnya tapi hmmmm). Jalan balik bilik, saya nangis. Telefon mama, saya nangis. Bila saya nak start study, saya nangis. Because no matter how good you perform in exam, still, he will easily capture where is you weakest point. Until you cry in front of him, then u will finish!

Sampai suatu saat, saya dah penat menangis. Saya beritahu diri saya, 'Aku berdoa pada Allah SWT mohon yang terbaik dan ini yang aku dapat. Mungkin memang ini yang terbaik untuk aku tak kira aku suka ataupun tak. Aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semua ni dan pasti ada sesuatu yang Allah SWT nak tunjuk pada aku. Dia bagi aku semua ni sebab Dia tahu aku kuat. Sebab Dia tahu aku mampu hadapi. Jika ditakdirkan aku gagal sekalipun dalam peperiksaan ni, biarlah gagal dengan bermaruah dan aku redha.'

Mulai hari tu, saya tak fikir yang buruk2 dah. Saya cuba sedaya upaya yang saya mampu. Saya berdoa moga Allah lembutkan hati examiner saya, permudahkan segala urusan beliau pada hari tersebut dan lembutkan lidah saya untuk present dan jawab soalan2 examiner. 2 minggu saya siapkan minda dan fizikal saya. Alhamdulillah perancangan Allah itu dah cantik. Saya tak nafikan di hari peperiksaan tu, ada ketikanya saya dimarahi sampai nak berdarah dah rasanya telinga ni. Betapa tinggi dan kerasnya suara beliau ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu. Satu wad boleh dengar. Di hadapan semua pesakit, jururawat dan doktor. Ya Allah, malu memang la malu masa tu tapi  saya macam dah tak ada perasaan dah. Saya cuba berlagak setenang yang mungkin. Tadah sahaja la telinga tu zuliyana.

Sebelum keputusan peperiksaan untuk setiap posting di tampal sebulan yang lepas, Ya Allah hanya DIA yang tahu betapa dup dap dup dap nya  jantung saya hanya untuk mengetahui keputusan posting tersebut. Disebabkan terlalu takut, saya tak pergi pun tengok keputusan peperiksaan. Saya abaikan panggilan telefon kawan-kawan saya.

Sehinggalah saya dapat satu BBM dari sahabat saya, "Nana, nama kita tak ada dalam list remedial ***."
Allahuakhbar. Allah Maha Besar. Air mata saya terus mengalir. Saya terus sujud syukur. Betapa besarnya kuasa Tuhan. Alhamdulillah saya lulus. Namun, rasa tak percaya tu tetap ada. Saya terus memandu dari rumah ke USM semata-mata untuk melihat senarai nama pelajar yang remedial. Betul, nama saya tak ada. Terus-terang saya masih tak percaya sehinggalah hari pertama elektif klinikal di Hospital Kota Bharu. Saya lihat nama saya ada dalam senarai pelajar untuk elektif. Alhamdulillah.... dan saya yakin semua ni adalah dari Tuhan.

Jadi, apa yang saya nak tekankan di sini ialah kalau kita terus percaya pada janji Allah, kalau kita terus redha dengan ujian Allah di mana sebelum ni kita rasa kita tak mampu, insyaAllah Dia akan permudahkan jalan yang sukar itu. Saya anggap kejayaan ini juga satu ujian dan semua ni adalah rezeki masing-masing. Jauh sekali untuk rasa diri ini bagus sehingga boleh lulus dengan the most killer examiner sebab ramai lagi sebenarnya yang jauh lebih bagus dari saya tapi mungkin kali ni bukan rezeki mereka. Dan saya tak nafikan mungkin bukan doa saya yang Allah SWT makbulkan, mungkin sahaja doa keluarga dan rakan-rakan saya yang Allah SWT makbulkan. Terima kasih semua! Dan terima kasih Prof sebab bagi saya lulus :)

Dan saya percaya, walaupun sekarang ni saya rasa keadaan saya agak teruk sebab hari2 kena ulang-alik 100km dari rumah ke Hospital Kota Bharu untuk elektif klinikal, tapi saya percaya pasti ada hikmah di sebalik keletihan saya ini. Mungkin saya tak tahu atau tak perasan tapi saya percaya!

"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah,sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat."
[Al-Baqarah : 269]

Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang diberi kebaikan yang banyak oleh Allah SWT. Ameen.

Sebelum terlupa, untuk sahabat Medic 4 yang tersayang,
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan gagal satu posting, ingatlah pada mereka yang gagal dua posting dan bersyukurlah.
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan gagal dua posting, ingatlah pada mereka yang gagal untuk naik tahun dan bersyukurlah.
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan tak boleh naik tahun, ingatlah pada mereka yang terpaksa lupakan terus kursus perubatan ini dan bersyukurlah.
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan terpaksa tukar kursus lain, ingatlah pada mereka yang langsung tak boleh nak sambung belajar dah dan bersyukurlah.

Salam Ramadhan Kareem 1433H (^______)^


3 comments:

hakifays said...

wahh!!mencabarnya nak jd doc ni.
faiting!!hehe :D

Unknown said...

kak nana..
ore pon takut ni..nak masuk in-patient training..
takut nak naik ward..takot nak kira2 formula nak bg patient..-_-

sero nak duduk jah dale klinik diet,tok sey naik ward...ore dop yakin bulih wat..
naik ward kena pantas,cepat..x leh kiro lambat2..tp ore takot x leh wat..-_-

ishanokokoro said...

sushi : kah,tq! :)))

dat : insyaAllah dat boleh! :D