Kalau suruh Naim kira 1 sampai 23, agak2 budak 4 tahun tu dah boleh kira ke tak eh?
Alahaiii rindunya budak2 3 orang tu....
Nah!Ambik fyling kiss dari Su Nana seorang satu..mmuahh mmuahh mmuahh!
thanks topies & geng CPG! |
Alhamdulillah. Dah 23 tahun rupanya...
Orang kata nombor hanyalah sekadar nombor
Boleh jadi sekarang 23..tahun depan jadi 24..seterusnya 25..bla bla blaa
And the list goes on sehinggalah Allah SWT perintahkan malaikat-Nya untuk datang mencabut nyawa kita
Tapi saya fikir, nombor itu sebenarnya ada membawa satu makna lain
Harus jadi lebih matang! Ya! Lebih matang..
Arghhh macam mana mahu jadi matang kalau tiap2 hujung minggu saya mesti balik sebab nak basuh baju kat rumah guna mesin basuh????
Bukan itu laaa
Dapat peluang balik hujung minggu tu adalah satu bonus sebab rumah dekat :p
Tapi matang yang ini merujuk kepada kedewasaan
Fikiran itu harus lebih dewasa
Harus pandai membuat keputusan sendiri
Harus bijak membezakan baik dan buruk sesuatu perkara
Tahun depan insyaAllah habis belajar (ameen)
Kemudian, kerja dan boleh pegang duit sendiri
Banyak perkara yang harus difikirkan apabila dah ada income sendiri ni
Duit bulanan Miss DeBoT, insurans Takaful, bil telefon, broadband
Kalau duduk rumah sewa, kena fikir pasal sewa bulanan, bil air, bil elektrik
Dan buat masa ni, semua yang tersebut di atas dibiayai sepenuhnya oleh bondaaaakuuuuu yang dikasihi
Kadang-kadang kesian tengok mama kena drive Trooper yang besar gedabak tu
Pergi tapak projek dalam keadaan cahaya matahari yang panas terik
Kena berurusan dengan pembekal simen, cat dan sebagainya
Yang saya fikir kerja itu adalah kerja orang lelaki
Tapi saya tahu mama seorang yang sangat kuat
Beliau seorang yang sangat komited
Dan orang tak percaya bila saya kata mama akan menginjak ke usia 60 tahun depan
Buktinya Alhamdullilah mama bebas dari sebarang penyakit
Saya doakan mama dan opah akan sentiasa sihat sejahtera dan ceria bahagia selalu ameennn
Dan Alhamdulillah hari ni saya dah pun selesai end of medical posting exam dengan Prof Ma setelah 2 minggu tertangguh
Dapat kes Acute Coronary Syndrome (ACS)
Ya Allah why is he so nice ah???
Kalau moment yang tak dapat jawab soalan Prof tu, rasa nak hentak je kepala ni dang dang dang atas meja
Anyway, thank you Prof sebab sudi luangkan sedikit masa Prof yang sangat sibuk itu demi untuk mengajar saya, pelajar yang tak seberapa ni
I really appreciate that!
After half an hour discussion, I know I can do better than this!
See?Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada!
And it's typical me
Few hours before long case exam..Bersepah gila atas meja..Buku O&G pon nak jugak menyibuk kat situ |
footnote : i didnt receive any on my birthday last week. so i think it's time for me to throw away all those monkey puppy-high school memories.should burn that misterious box also huh??well we'll see
2 comments:
Ada orang kata,
"kadang - kadang...
bila dia menolak,
bila dia menjauh,
bila dia mengelak,
bukan kerana dia membenci kamu.
bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan.
bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu...
tetapi kerana dia tahu,
dan kerana dia sedar,
ini bukan caranya,
ini bukan masanya, walaupun dia punya rasa yang sama..."
emmm..emmm..
take ur time...:)
Post a Comment