CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 29, 2013

Mama dan Angiogram


Setiap kali nak tulis apa2 entri, pasti saya akan mengambil masa yang agak lama di bahagian 'post title'. *sigh*

Kembali kepada tujuan asal entri kali ini.
Alhamdulillah mama dah pun selesai menjalani angiogram di Hospital Perdana.
Alhamdulillah salur darah jantung mama sihat. Tak ada yang tersumbat.
Alhamdulillah tak ada rawatan selanjutnya yang diperlukan.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

3 bulan yang lepas, saya teman mama buat medical check up di KPJ Perdana. Kebetulan masa tu saya baru habis exam theory part dan tengah tunggu untuk clinical part pada minggu seterusnya. Tak ada masalah kesihatan pun. Saja2 nak buat memandangkan mama ada beli medical insurance yang membolehkan mama buat yearly medical check up di private hospital. Kalau tak guna, rugilah kan bayar beribu ringgit setahun.

Masa buat stress test, Dr Suhairi (a consultant cardiologist) kata ECG mama tak cantik. Ada ECG changes kemungkinan mama ada masalah jantung. Untuk tahu lebih lanjut, kena proceed dengan angiogram. Memandangkan saya adalah seorang pelajar perubatan waktu tu, maka Dr Suhairi used few medical jargons while explaining to me regarding mama's condition. Ooh Dr Suhairi sebenarnya adalah lecturer saya masa di HUSM sebelum beliau bertukar ke KPJ Perdana.

Masalah jantung memang tak boleh dibuat main2. Jadi, untuk check up seterusnya, kami proceed di Hospital Tanah Merah. Temujanji mama untuk echocardiogram, jumpa specialist dan sebagainya ambil masa yang lama. Itu belum set appointment untuk buat angiogram lagi atau any other cardiac plan. Jadi cuti hari raya hari tu, kami duduk berbincang adik beradik ipar duai untuk 'what to do now'. Banyak yang kami kena consider; hari konvokesyen saya, cuti saya yang bila2 masa sahaja boleh tamat dan dipanggil untuk masuk bekerja,. Hasilnya kami ada dua pilihan.
     1)Tunggu temujanji dengan cardiologist hujung bulan 9 then baru decide untuk next cardiac plan (sebenarnya kami nak tunggu referral letter dari hospital kerajaan untuk buat any cardiac procedure di IJN sbb IJN tak terima surat dari private hospital)
     2)Proceed angiogram di KPJ Perdana.

2 weeks after raya, we decide to seek advice from Dr Suhairi again. And the result is, we proceed with angiogram in KPJ Perdana. Sebab cepat!Tak payah tunggu turn. Macam yang saya cakap tadi, masalah jantung bukan boleh dibuat main2. If it turns out to be good, ok then Alhamdulillah. If something bad happen in the middle while waiting for the turn?Nauzubillah. Actually I'm quite against this because for me the procedure is quite invasive!Boleh pulak saya tanya doktor, "is it necessary to do this because my mom doesnt have symptom?" Eh2 apa ni medical student tanya soalan macam ni?Yang hang jumpa pesakit kat wad yang semata-mata nak buat angiogram tu apa hal? U see, when it comes to your own family member, u are no longer a medical person. All the procedures seem to be cruel!

Bila mama kata angiogram nak buat hari Khamis (hari ni), then I decided to shorten my vacation days. Balik je dari Langkawi, terus beli tiket untuk balik Tanah Merah. Dan Alhamdulillah hari ni dah selesai semuanya. Dalam setengah jam macam tu la prosedur angiogram tu. Selesai sahaja prosedur, doktor panggil kami 3 beradik masuk bilik. Mungkin nampak kami sangat degil sebab tak nak dengar cakap sebab kami tak nak balik bilik dan nak tunggu mama kat depan bilik angiogram. hahaha. Satu persatu doktor terangkan depan komputer. Echocardiogram give excellent results. Angiogram reveals no blockage. The ECG reading is actually due to Myocardial Bridge and Dr Suhairi said mama was born with that thing. Mama pun tengah tidur lagi sekarang ni sebab doktor bagi sedation masa angiogram tadi. Pray for mama's speedy recovery and get back to her normal routine life!Ameen :D

A million thanks to Dr Suhairi Ibrahim for his great explainations and patience while dealing with annoying us adik beradik (hehee and thanks for treating me as your very very junior colleague too..saya malu sebab saya lupa baca ECG in a proper way!), KPJ Perdana's staff for their best services dan semua yang mendoakan yang terbaik untuk mama :DDD

By the way, bila dah duk kat hospital ni, saya jumpa few doctors HUSM yang saya sangat takut masa di medical school dulu. Akak cakap, tegurlah because it shows your respect to them. I said, it's ok, never mind. I'm not that friendly :p Tapi tapi tapi mereka sentiasa ada dalam doa saya :D




No comments: