CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.
September 16, 2013
Pou Dan Saya
Ini pou!
Pagi tadi saya tunjuk kat mama.
"Ma, tengok ni, binatang peliharaan nana."
Saya gerakkan jari telunjuk tangan kanan saya di bahagian mulut pou.Terkekeh-kekeh dia ketawa.
Saya suakan pula buah ceri ke kemulut pou. "Hnahh!" Kononnya tak mahu la sebab dah kenyang.
"Hisyy macam budak2." Mama merengus.
Hahaaa.
Mama. Anak mama ni dah besar la. Dah nak kerja dah. Tak boleh jadi macam budak2 dah.
Cuti 3 bulan dah nak habis. Wuwuuu. Tak boleh teman mama pergi tapak projek dah. Tak boleh jadi pemandu tetap mama dah. Tak boleh keluar makan ikan bakar, kfc, kopitiam dengan mama dan opah dah. Tak boleh usik opah kat dapur masa masak dah. Tak boleh keluar shopping dengan mama dan opah dah.
Hmmmm nasib badan laaaaa
Hmmm tinggal 3 hari sebelum kami bertolak ke Penang untuk hari konvokesyen saya yang jatuh pada hari Jumaat, keesokkan harinya.
Selamat bergraduasi semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jumaat ni mu konvo?
Aha lamat.konvo jumaat.ahad aku gi kl untuk induksi seminggu
Post a Comment