CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



September 20, 2013

Pre-Graduasi


Duk godek2 henset ni sambil2 tunggu family akak and aju sampai dari KL
Terfikir nak update blog
Hmmm pagi tadi bertolak ke Penang dalam pukul 10.45 pagi
Mama yang memandu sepanjang perjalanan sebab co-pilot yang ini tiba2 diserang motion sickness
Gara2 minum soya pagi tu dan lupa nak makan antiemetic

Sempat basuh miss DeBoT kejap pagi tadi
Rasa sayu sangat nak tinggal rumah kali ni
Tinggal kampung.
Tinggal saudara-mara.
Tinggal nono.
Tinggal bilik.
Sempat lagi berbabak air mata dengan cik wan kat tangga rumah arwah tok.
Peluk nono tadi pun macam tak mahu lepas.Macam la nono tu bernyawa untuk bagi respond.

Tak tahu bila boleh balik kampung lagi.
(Ntah2 seminggu kerja nanti dah cari tiket nak balik kampung.huh!)
Teruja nak bergraduasi.
Teruja nak berinduksi.
Teruja nak berkhidmat pada masyarakat.
Tapi tetap tak boleh lawan rasa sayu hati.

Arwah baba tak ada untuk sama2 tengok si bongsu ni naik pentas ambil ijazah
Padahal itulah antara keinginan terkuat arwah untuk si bongsu ni
Untuk jadi seorang doktor, katanya
Sampaikan beliau risau sangat bila si bongsu ni tak pernah dapat A untuk subjek Biologi masa sekolah
Tapi ba, Alhamdulillah masa SPM, nana dapat A hiii
Esok nana hadiahkan dan dedikasikan segulung ijazah kedoktoran tu khusus untuk baba

Sampai Vistana Hotel ni dalam pukul 3.30 ptg, hampir 5 jam perjalanan sebab sesat
Dah nak sampai Jambatan Pulau Pinang, baru teringat 'eh2 bukan ada gps ke?' ceh!

Petang tadi pergi ambil jubah daripada Naddo kat Queensbay Mall sebab beliau tolong ambilkan di USM hari tu
Terima kasih Naddo!
Tumpang Farahin pergi sana sebab satu hotel dengan beliau
Terima kasih Farahin!
Dapat jumpa geng Topies yang lain
Ada ninon, mira dengan onie sama
Sempat la jugak pre-convo photoshoot (kononnya)



Kemudian kak wani bawa kami pergi makan seafood kat area belakang Queensbay Mall tu
Best Alhamdulillah

Dan esok adalah hari betul hari jubah saya dan kawan2.
Jemput datang hiii :D


No comments: