CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



September 30, 2013

Satu malam sebelum mula bekerja


Uishhhh krisis emosi betul!
Boleh pulak leleh malam ni.Hidung asyik duk takung hingus je.

Pagi tadi keluar pergi Ikea
Bawa satu rombongan cik kiah
Tolak baby hakim dengan ibu dia je sebab baby tak berapa sihat; batuk2
Penat tapi puas hati
Entah bila pulak boleh keluar ramai2 ada 4 generasi macam tu
Mesti akan ada tapi mungkin sukar untuk saya sertai lagi
*leleh*

Petang tadi check in rumah imi (abang no 2)
Selaku tuan rumah untuk saya berulang-alik ke hospital buat sementara waktu sementara dapat kuarters
Sebelum naik kapal minggu lepas, beliau sempat sediakan tempat peraduan saya termasuk beli tilam baru
Dan saya terharu
*leleh lagi*

Memandangkan berkemungkinan besar gaji saya nanti akan masuk lambat untuk 3 bulan
Uni (abang no 3) dah pesan siap2
"Kalau nak pakai duit, bagitau.Jangan minta dengan mama.InsyaAllah ada rezeki lebih, uni bagi."
Saya terharu
*leleh lagi*

Barang2 saya sangat banyak
Beg2 baju macam beranak pinak
Tadi akak tolong saya berulang-alik dari kereta naik ke rumah untuk angkat barang2 yang bukan sedikit; banyak dan berat
Saya tahu penat beliau tak habis lagi sebab dari pagi lagi keluar rumah sebab teman Nabil marathon
Lepas tu terus sambung masak untuk makan malam
Walaupun sekadar nasi putih, ayam goreng dan telur dadar
Dan saya terharu!
*leleh lagi*

Mama dan opah pula sanggup duduk KL selama lebih seminggu
Sampai saya selesai proses report duty
So, macam mana saya tak terharu?!
*leleh lagi*

Saya ada kawan2 yang sentiaaaaasaa ada untuk bagi kata2 semangat
Walaupun kami jauh tapi gaya whatsapp buatkan kami dekat
*leleh lagi*

Dengan mata merah
Saya tiba2 berasa sangat pelik kenapa saya pilih untuk tinggal di ibu kota sedangkan peluang pekerjaan saya memang banyak di negeri sendiri
Tapi saya yakin pasti ada hikmahnya Allah SWT tetapkan pendirian saya untuk pilih jalan ni

Dan saya nekad
Saya nak habiskan 2 tahun HO ni dengan jayanya (insyaAllah)
Dan terus balik tinggal kat kampung kerja kat Hospital TM
Tak kira apa pun
Kalau dah kahwin sekalipun, tarik suami sekali balik kampung

Cerita terakhir sebelum masuk kerja
Alhamdulillah bakal dapat anak saudara seorang lagi tahun depan insyaAllah
Tahniah Aju (abang no 1) & Kak Wani
Yeaaa yeaa
*yang ni leleh jugak sebab gembira sangat*

Entri yang panjang
Alhamdulillah untuk semua insan2 ini
Semoga Dia merahmati hidup kalian

Doakan perjalanan report duty di JKN Selangor dan Hospital Ampang esok berjalan lancar
Dan dipermudahkan
Dan tak sesat lerat cari jalan
Ameen

1 comment:

Saiyidatul Shufwah Binti Jabilin said...

entahlah kak nana
kadang2 apa yg kita buat ni tak tau pun sebabnya...pelik..tp mcm tu la
kdg2 hanya terjun dan berdoa semoga itulah perancangan yang terbaik di tetapkan ALLAH..