Assalamualaikum
Salam 14 Syawal 1434H
Masa saya tengah kemas2 tempat tidur tadi, tiba2 saya teringat perihal seorang pesakit di wad ICU sewaktu posting anaesthesia kira2 3 bulan yang lalu. Anaesthesia adalah posting yang terakhir sebelum saya menghadapi peperiksaan akhir. Pesakit itu masuk pada hari ketiga (kalau tak silap saya) saya attach di ICU. Beliau seorang doktor di sebuah klinik kesihatan. Kata kawan saya, beliau dahulu adalah seorang HO (houseman officer) di HUSM dan kami sempat bersama beliau sewaktu posting O&G. Tapi saya betul2 tak dapat cam beliau. Mungkin sebab kami berlainan team dan juga wad.
Beliau dimasukkan ke ICU setelah koma akibat komplikasi bersalin. Ya Allah, betapa besarnya pengorbanan ibu muda ini. Demi melahirkan bakal seorang khalifah, nyawa sendiri menjadi taruhan. Jangan risau, pasti Allah SWT menjanjikan pahala sebesar2nya buat mu.
Sejak dari hari pertama lagi, ramai yang berkunjung untuk melawat beliau. Staff HUSM sendiri, rakan2 doktor yang mengenali beliau termasuk orang2 besar dan pihak atasan hospital. Ada yang datang mendekati saya yang waktu itu berada di katil pesakit lain semata-mata untuk berkongsi cerita. Betapa mereka tidak percaya dengan kejadian ini. Apa lagi yang saya boleh katakan, hanya doa yang mampu kami titipkan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dalam mempercepatkan penyembuhan beliau. Keep strong!
Dan hari ini, saya tergerak hati nak buka Facebook beliau, nak tahu apa perkembangan terkini beliau. Sudah sedarkah atau belum? Bila baca status2 yang kawan2 beliau post, saya teringin nak selami perasaan ahli keluarga terdekat beliau yang tak putus2 bagi sokongan pada beliau untuk cepat sedar. Ohh ya, beliau mempunyai 2 orang anak lelaki yang masih kecil. Yang bongsu pastinya tidak pernah merasa setitik pun susu ibu mahupun dibelai manja oleh si ibu. Masakan tidak, ibunya terlantar sebaik sahaja melahirkannya. Sabarlah si anak. Doakan ibumu cepat bangun ya!
Alhamdulillah Allah SWT temukan saya dengan satu blog milik ibu kepada doktor ini. Walaupun jam sudah menginjak ke tengah malam, saya gagahkan mata untuk membaca setiap entri yang ditulis oleh pemiliknya. Pastinya semua entri berkisar tentang puterinya yang masih tidak mahu menyahut panggilannya walau sudah 3 bulan berlalu. Ya Allah berderai air mata saya macam tak nak berhenti setiap kali mata saya menangkap bait2 tulisannya yang hanya hati buta sahaja yang tak boleh merasai keperitannya. Tabahnya insan2 ini. Moga Allah SWT makbulkan doa kita semua agar Doktor Pija bangun ye insyaAllah. Kuasa Allah tak siapa boleh galant.
No comments:
Post a Comment