CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



October 14, 2012

District Posting

DISTRICT
Medical
O&G
Paediatric
Surgery
Orthopaedic
Psychiatric
Resuscitation
A&E
Anaesthesiology

Senarai posting saya untuk Tahun 5.5 minggu DISTRICT posting dah pun berakhir Khamis lepas Alhamdulillah. Ramai yang ingat posting ni adalah posting main2 sebab posting minor. Seniors siap pesan lagi boleh jalan2 pergi rantau Panjang sebab masa free banyak. Kami pon apa lagi memang set mind laa nak main2 je. Sekali bila dah minggu nak exam, kalut semua bukak buku. Mana nak penuhkan logbook lagi. End up dengan jawab exam ntah apa2. Its me laaa. Heh!~

By the way, District Posting sebenarnya merangkumi 2 speciality; Community Medicine (2 minggu) & Family Medicine (3 minggu). Hahh ramai rupanya kawan2 yang posting lain tak tahu jadi meh nak habaq mai.

Minggu pertama posting Community Medicine memang jalan2 *thumbs up*. Dah la baru start sem. Habis cuti, dapat 'cuti' lagi. Hek3. Group saya join PKD Tanah Merah. Yaay its my hometown! Join pegawai kesihatan di sana buat kerja. Pergi Bukit Bunga, masuk sempadan Malaysia-Thailand, jungle trekking, main air terjun bla2. Dah macam group picnic dah. Minggu kedua dah masuk wad Hospital Pasir Mas. Alaaa sunyinya hospital sana kalau nak dibandingkan dengan HUSM tapi best la sebab tenang je. Wad pon ada 4 je. Doktor2 sangat awesome!

Minggu pertama & kedua untuk posting Family Medicine, kami masuk Klinik Kesihatan Tendong. Basically, district posting is to teach us how to approach patients in primary care setting. For example, a patient come to you with joint pain. Is it serious? Or going to be serious?So you should know what to diagnose, what to give to the patients and when to refer them to secondary or tertiary centers (if need to do so). To those who are going to do District posting later or later, khatam buku John Murtagh ok! All common illnesses seen in primary setting ada dalam tu. Haahaa I nak exam baru perasan kewujudan buku tu. Ceh!~

Kat KK, kami boleh act jadi doktor betul2. Siap boleh bagi prescription lagi. Hak3. Berlagak! Boleh pergi sekolah untuk cucuk imunisasi HPV. Boleh buat2 muka garang supaya budak2 takut :p

In short, District posting memang best sebab boleh lari sekejap dari hiruk pikuk HUSM. Muahaahaa. Sekurang2 nya apa yang kami belajar masa posting ni sangat2 lah berguna untuk kami masuk Medical posting miggu depan. Ubat apa nak bagi, dose ubat, counsel patient, acute management bla2. Dan dapat duduk serumah dengan kawan2 satu kumpulan. Tidur setilam, makan sama2, isi logbook sama2, tengok drama Adam & Hawa sama2 (erkk?) :p

Tapi ada 2 perkara yang tak best. Investigate Presentation & EBM. Kena main dengan SPSS! Benda yang paling tak seronok dalam dunia :(( Tapi kan EBM jadi best sebab group kecil kami jadi best group!Muahaaahaa. Tak sia2 tukar case last minute dari Hypertension ke Anaemia in Pregnancy. Ok saya
tukang taip je!:p



 Sawadikap kap pun kapppp
See?See?Welcome to Malaysia!

 In front of friendship bridge Malaysia-Thailand


 Outpatient + HPV immunization
Hari lain2 tapi tudung 'ter'sama laaa hampeh!~



Minggu depan dah masuk Medical posting!Ok bai

*End this entry with a HOOREYYY sebab Kelantan goalllll!!!!!!!!

September 6, 2012

Oh It's Final Year!



It is FINAL YEAR dear!
Final year!Oh my God

Saya ingat lagi
Dalam 7-8 tahun lepas macam tu la
Arwah baba ambil saya dari sekolah asrama di Pengkalan Chepa
On the way balik rumah, pasti lalu depan HUSM
Tempat saya belajar sekarang

Cadang arwah,
"Nanti nana boleh sambung belajar kat sini..."
Saya hanya mencebik
Sebab dalam fikiran saya, saya nak belajar jauh-jauh
Kakak & abang2 saya semuanya sambung belajar kat KL
Masuk sekolah menengah, mereka terus blah keluar Kelantan
Kuat keinginan saya nak ikut mereka

Kemudian, saya ikut mama & opah pergi HUSM
Dah lupa pula atas alasan apa
Masuk sahaja pagar hospital
Saya nampak seorang lelaki India sedang berjalan
Pakai white coat menuju ke laluan asrama barangkali
"Jelesnyaaaaaaaaaa....." Tanpa sedar ia keluar daripada mulut saya
Dan opah masih ingat rupa2nya kata2 saya tu sampai ke hari ni

And now here I am!
Masin betul kata2 arwah baba
Dah 4 tahun rupanya di sini
Masam manis tawar pahit masin semua ada!
Tinggal setahun sahaja lagi insyaAllah
Sebelum tamat pengajian insyaAllah
Malangnya, arwah baba tak ada bersama saya

Arwah ialah seorang ayah yang selalu push kami adik beradik dalam study
Waktu perjumpaan ibubapa & guru di sekolah untuk bincang pasal keputusan peperiksaan penggal
Arwah pergi ke semua meja guru yang mengajar saya walaupun hari tengah panas terik
Satu-satu beliau tanya tentang saya kepada cikgu2
Saya ingat lagi peluh yang menitik dari wajah arwah
Peluh yang membasahi bahagian belakang baju kemeja biru arwah
Dan saya sebenarnya sangat lemah subjek Biologi
Balik sahaja rumah, beliau panggil saya duduk sebelah beliau
And you know what, he drew gastrointestinal tract starting from mouth downwards
I felt like, "After so many years you learned about it and you still remember it?"

Selain mama, arwah tak pernah miss untuk hadir masa hari peperiksaan besar saya
Dari UPSR, PMR
Waktu UPSR, saya tak dapat jawab kertas BM Pemahaman rasanya
Saya berlari keluar kelas dan saya nampak arwah dan saya terus peluk arwah
Waktu PMR, subjek Sains suuuuusah sangat
Keluar dewan, saya nampak arwah, saya pergi dekat arwah
"Nana tak dapat jawab" bersama linangan air mata
Waktu SPM, arwah tak sempat tunggu saya di luar dewan macam selalu
Sebab arwah pergi lebih kurang 4 bulan sebelum saya masuk dewan peperiksaan
Beberapa bulan sebelum tu, arwah ada beritahu tentang nak pergi tengok saya exam nanti
Saya jawab tak perlulah
Dalam hati saya tak nak menyusahkan arwah dan mama sebab nanti penat kena ulang-alik kb-tm hari2
"Nana malu ye baba dengan mama ada kat sana selalu nanti?"
Ya Allah, rindunyaaaaaaaaa dengan arwah

It's final year
Hope I can make it towards the end
Although it's going to be the toughest and stressed year oh my!
People, do pray for me and my friends
So that we can go through it well
And passing our Professional III Exam on June next year with flying colours
Ameen Ya Rabbal Alamin.....


Have a great weekend peeps! :)))))



August 7, 2012

Hikmah Tuhan, tak ramai yang percaya


Jangan ditenung ke kiri dan kanan. Jangan dipandang atas dan bawah. Lihat sahaja pada diri sendiri. Tepuk dada tanya hati.

"Selalu aku aje yang kena!"

Setiap kali dapat apa yang kita tak suka, kita pasti mengeluh.Yang paling teruk,menyumpah!Nauuzubillah

Tapi kita tak tahu bahawa sesuatu yang kita tak suka itu la sebenarnya adalah yang terbaik buat kita.Siapa tahu?Kita tak tahu tapi......DIA tahu. Allah SWT sudah sedia maklum pasti ada yang kita tak suka dengan apa yang DIA bagi pada kita. Sebab tu DIA turunkan ayat ni ;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah : 216]


"Jangan risau. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni."

Saya percaya semua orang pasti pernah mendengar ayat ini. Mungkin banyak kali dan mungkin dah selalu sangat dengar. Tapi berapa kerat sangat yang betul2 ambil ayat ni dan pateri di hati dia? Kadang-kadang ada juga yang hanya pandai cakap tapi apabila kena batang hidung sendiri, dia pula yang lebih2 terpekik terlolong sumpah seranah sana sini.

Dan saya percaya setiap yang bernyawa atas muka bumi ini memang akan sentiasa diuji. Dengan sesuatu yang kita suka mahupun yang kita tak suka. Tak kira siapa pun dia, pangkat apa sekalipun, kaya atau miskin.

Satu perkongsian ikhlas dari pengalaman saya sendiri. Terus terang saya katakan setiap kali saya rasa sedih atau marah atas sebab sesuatu yang saya tak suka, saya akan cakap pada diri saya, "Tak apa. Allah Maha Mengetahui." Dalam pada saya pujuk hati saya macam tu pun, dalam hati saya tetap rasa ini tak adil. 'Kenapa saya yang kena? Kenapa tak orang lain?' Jelas kat sini, ayat tu tak berapa nak lekat elok di hati saya.

Sehinggalah apabila saya masuk ke satu posting klinikal yang sangat menggerunkan. Sebab? Cukuplah saya katakan posting ini adalah killer posting, baik dari segi pembelajarannya, klinikal mahupun examiners.

2 minggu di posting tersebut, saya sentiasa berdoa, "Ya Allah, Kau kurniakanlah apa yang terbaik buat aku." Maksud saya, Allah SWT akan bagi saya seorang examiner yang tak killer. Erkk boleh je kan minta dengan Allah SWT macam tu?

2 minggu sebelum exam, my colleague datang dekat dengan saya.
"I got him." Dia separuh berbisik. Pucat lesi wajah dia masa tu.
"You also got him." Tanpa sempat saya bertanya, dia memberitahu. Astaghfirullahalazim. Itu sahaja yang saya mampu lafazkan waktu tu. Perkara yang paling saya cuba elakkan sejak dari awal masuk posting tu. 'Him' is the most killer examiner. Pergilah mana2 pun pelusuk di universiti saya tu, anda pasti dapat dengar nama beliau disebut dalam kalangan doktor pakar yang lain sebagai examiner yang paling digeruni oleh para pelajar perubatan, tahun klinikal terutamanya.

Sejak saat tu, saya tak boleh nak fikir apa2 dah. Dalam kelas lepas tu pun, saya menangis. (Seorang diri. Tak ada seorang pun yang nak pinjamkan bahu dia masa tu pada saya. Agak terkilan sebenarnya tapi hmmmm). Jalan balik bilik, saya nangis. Telefon mama, saya nangis. Bila saya nak start study, saya nangis. Because no matter how good you perform in exam, still, he will easily capture where is you weakest point. Until you cry in front of him, then u will finish!

Sampai suatu saat, saya dah penat menangis. Saya beritahu diri saya, 'Aku berdoa pada Allah SWT mohon yang terbaik dan ini yang aku dapat. Mungkin memang ini yang terbaik untuk aku tak kira aku suka ataupun tak. Aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semua ni dan pasti ada sesuatu yang Allah SWT nak tunjuk pada aku. Dia bagi aku semua ni sebab Dia tahu aku kuat. Sebab Dia tahu aku mampu hadapi. Jika ditakdirkan aku gagal sekalipun dalam peperiksaan ni, biarlah gagal dengan bermaruah dan aku redha.'

Mulai hari tu, saya tak fikir yang buruk2 dah. Saya cuba sedaya upaya yang saya mampu. Saya berdoa moga Allah lembutkan hati examiner saya, permudahkan segala urusan beliau pada hari tersebut dan lembutkan lidah saya untuk present dan jawab soalan2 examiner. 2 minggu saya siapkan minda dan fizikal saya. Alhamdulillah perancangan Allah itu dah cantik. Saya tak nafikan di hari peperiksaan tu, ada ketikanya saya dimarahi sampai nak berdarah dah rasanya telinga ni. Betapa tinggi dan kerasnya suara beliau ketika itu, hanya Allah SWT yang tahu. Satu wad boleh dengar. Di hadapan semua pesakit, jururawat dan doktor. Ya Allah, malu memang la malu masa tu tapi  saya macam dah tak ada perasaan dah. Saya cuba berlagak setenang yang mungkin. Tadah sahaja la telinga tu zuliyana.

Sebelum keputusan peperiksaan untuk setiap posting di tampal sebulan yang lepas, Ya Allah hanya DIA yang tahu betapa dup dap dup dap nya  jantung saya hanya untuk mengetahui keputusan posting tersebut. Disebabkan terlalu takut, saya tak pergi pun tengok keputusan peperiksaan. Saya abaikan panggilan telefon kawan-kawan saya.

Sehinggalah saya dapat satu BBM dari sahabat saya, "Nana, nama kita tak ada dalam list remedial ***."
Allahuakhbar. Allah Maha Besar. Air mata saya terus mengalir. Saya terus sujud syukur. Betapa besarnya kuasa Tuhan. Alhamdulillah saya lulus. Namun, rasa tak percaya tu tetap ada. Saya terus memandu dari rumah ke USM semata-mata untuk melihat senarai nama pelajar yang remedial. Betul, nama saya tak ada. Terus-terang saya masih tak percaya sehinggalah hari pertama elektif klinikal di Hospital Kota Bharu. Saya lihat nama saya ada dalam senarai pelajar untuk elektif. Alhamdulillah.... dan saya yakin semua ni adalah dari Tuhan.

Jadi, apa yang saya nak tekankan di sini ialah kalau kita terus percaya pada janji Allah, kalau kita terus redha dengan ujian Allah di mana sebelum ni kita rasa kita tak mampu, insyaAllah Dia akan permudahkan jalan yang sukar itu. Saya anggap kejayaan ini juga satu ujian dan semua ni adalah rezeki masing-masing. Jauh sekali untuk rasa diri ini bagus sehingga boleh lulus dengan the most killer examiner sebab ramai lagi sebenarnya yang jauh lebih bagus dari saya tapi mungkin kali ni bukan rezeki mereka. Dan saya tak nafikan mungkin bukan doa saya yang Allah SWT makbulkan, mungkin sahaja doa keluarga dan rakan-rakan saya yang Allah SWT makbulkan. Terima kasih semua! Dan terima kasih Prof sebab bagi saya lulus :)

Dan saya percaya, walaupun sekarang ni saya rasa keadaan saya agak teruk sebab hari2 kena ulang-alik 100km dari rumah ke Hospital Kota Bharu untuk elektif klinikal, tapi saya percaya pasti ada hikmah di sebalik keletihan saya ini. Mungkin saya tak tahu atau tak perasan tapi saya percaya!

"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi hikmah,sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat."
[Al-Baqarah : 269]

Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang diberi kebaikan yang banyak oleh Allah SWT. Ameen.

Sebelum terlupa, untuk sahabat Medic 4 yang tersayang,
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan gagal satu posting, ingatlah pada mereka yang gagal dua posting dan bersyukurlah.
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan gagal dua posting, ingatlah pada mereka yang gagal untuk naik tahun dan bersyukurlah.
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan tak boleh naik tahun, ingatlah pada mereka yang terpaksa lupakan terus kursus perubatan ini dan bersyukurlah.
Jika kalian fikir betapa teruknya perasaan terpaksa tukar kursus lain, ingatlah pada mereka yang langsung tak boleh nak sambung belajar dah dan bersyukurlah.

Salam Ramadhan Kareem 1433H (^______)^


July 2, 2012

Everyone is getting married


Everyone who is dear to me is getting married
Starting from my adik buddy
Next week, she is going to be a wifey
As the name of adik implies, of course she is younger than me, 1year younger
Seriously I dont know about it initially
Because all this while, she never story to me about her crush :)
When I opened FB that day, I saw a wedding invitation from her
I felt like, 'whattt??'
Just few days before, we had our chit chat but still she wanna hide from me!Eishhh
Whatever it is, seriously I'm happy for you dik (^_____^)Y
See u next sem with the new status ya

Second goes to my kakak buddy
She's just graduated as a doctor last week
This one, I also dont have the idea
Tup tup we're being invited to her wedding ceremony this coming raya puasa!
Ooh sist, congratulation to you for both!

Then goes my best buddy!
She's getting married this merdeka day
Alhamdulillah their 8 years-relationship will finally end up with a baitul muslim insyaAllah
Actually that guy used to be our classmates and their story began at Form 4 :)
How we initially teased him during class decoration on that prep night
How that guy moved on with his first step
How hard she had to be before they became close
And how they continued their love story in Japan when they were offered to further studies there
They graduated succesfully and came back early this year with the decision to unite
May God bless both of you and ease everything
And of course I'm not going to miss your big day dear friend!

Next my two dear big brothers
I remembered my birthday present wishes last year
I requested for sister-in-law(s) from them
And their answer is 'lex dulu..x habis enjoy lagi' :P (konon,ceh!)
Very soon my mom will be granted with two daughter-in-laws
One is going to be on this end of September
Another one, April next year?insyaAllah
May He give all the strength to my mom
Because I'm sure she is going to be a very busy lady in this world physically & mentally!
Super power mama! :)

Last but not least, my dearest friend Oin
We had gone through thick and thin together
We shared same interest during secondary school - sukan olahraga supervised by Cikgu Mad!
Being engaged last May
Probably next year, she will end her 'Miss' title, isn't In? :)
I'm extremely happy for you! No word can describe it



 My best buddy
8 years ago, we have the plan to stay together as neighbour when both of us get married later
Well, we'll see :)


 My 1st and 2nd brothers
Good looking isn't?
Sorry girls out there, u missed both! Hahaaa


 Typical Oin, love to be as simple as she can
But beware, she was a debater before
And maybe she used that skill to convince her parents to get engaged! Hee~


 And this photo is specially dedicated to me, I reckon :P
Credit to my 1st brother for this beautiful photo!
Ohh other than his main job as network engineer (if I'm not mistaken hahaaa), he's also a professional photographer
Can have a look at his awesome handworks..Just click here


And my last word for this entry
Barakallah lakuma wa jamaa baina kuma bil khair