CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



July 28, 2010

4 Years 4 Days

25 Julai 2006 - Aku kehilangan sumber kekuatanku
Hari ni genap 4 thn 4 hari arwah meninggalkan kami
Tanpa pesan,tanpa bicara,tanpa kata
Sungguh tak kusangka
Kain putih menyambut kepulanganku malam itu
Andai kutahu petang itu adalah kali terakhir aku mendengar suaramu
Pasti tak ku jauhkan walau seinci
Gagang telefon daripada pendengaranku
Inginku rakam setiap bait kata2mu
Inginku abadikan setiap pesanmu
Air mata ini tiada harganya lagi
Begitu murah setiap titisan
Mengiringi pemergianmu
Menemui Pencipta Yang Maha Esa
Masih kuingat suara kasihmu
Mengajar aku itu & ini
Masih kuingat lembut tanganmu
Mengusap kepalaku di kala aku murung
Baba
if U could hear this,I just want to let U know
I miss U,I miss U,I miss U!
I don't want anything
Just your hug & your comfort
I want U to hold my hand
I want your words to comfort me
I want U to be by my side
Like what U always do before
But I realize,I don't have the chance anymore
No more
U' re far far away from me
That I couldn't reach U
Before its time
But I promise U,Baba
I'll be a good daughter
From what U have taught me
"Antara bekal ibu ayah di akhirat kelak adalah doa anak yang soleh"
And I want to be that kind of daughter
So that my pray will reach to U
"Ya Allah,Kau ampunkanlah segala dosa2 Baba,samada dosa kecil mahupun besar
Kau rahmatilah kehidupan arwah di alam sana
Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah
Sesungguhnya arwahlah ayah yang terbaik buatku
Mengajarku mengenali-Mu,pencipta kami
Mengajarku bersyukur atas segala rahmat kurniaan-Mu
Aku menadah tangan memohon keampunan daripada-Mu Ya Allah
Semoga kami sentiasa redha dengan pemergiannya
Engkau pasti lebih menyayanginya daripada kami...Amin"
-Al Fatihah-
~kokoro no omoi~

July 27, 2010

untuk fieha ~(^___^)~





Hari ini ulang tahun kelahiran seorang sahabat saya yang bernama Fieha Bt Sabtu
(pendek kan nama dia...ringkas & padat..hee)
27 Julai 2010 bersamaan 15 syaaban 1431 Hijrah
(nisfu syaaban..semoga barakah hari ini tempias pada fieha)
Fieha merupakan sahabat saya semasa di KMPP merangkap roomate saya yang paling comel
(pipi dia chubby sgt kan ..hee)
Kami memang selalu bersama..tambah seorang lagi roomate --->Izzaidah Bt Idrus
(ni sorang lagi yg namanya sgt ringkas..nama saya jer yg panjang berjela2..tapi saya bersyukur & gembira sbb tu nama yg mama & arwah baba kasi)
Makan sama2(kita slalu pau air free fieha..hee)
Gi Kedak sama2 (Kedai Kodak=Kedak)
Jogging sama2 (sekali jer pon pernah jogging masa kt KMPP dulu)
Gi pasar malam sama2
Gi check meja exam sama2
Gi exam sama2 ( sbb tempat exam kami dkt2)
Ambik slip result exam sama2 (ingt lg kita nangis & peluk fieha lps dpt result sem 1 dlu)
Gi solat sama2
Study Math sama2
(selalu rujuk fieha klu x dpt jwb soalan tutorial)
Posing sama2(ingt x yg kita ber3 ambik gamba byk2 dgn rambut ikat tocang tu..huu)




Konklusinya byk sgt memori yang menggamit rasa masa kt KMPP dulu
A2.3.9---->rindu nk duduk 4 org balik dlm bilik ni

Eng Yu Lin.Izz.Fieha.Saya
Kami memang duduk berempat dlm bilik ni.Bilik ni saaangt luas.Siap boleh berlari,main tali skipping,guling2 lg dlm bilik ni.Rindu sangat2 kat Yu lin.Dah lama lost contact dgn dia.Last skali,masa 1 yr kt USM dulu,dia ada antar msg.Terharu sgt baca msg tu.Dia kata dia rindu sgt masa ktrg sebilik dlu & dia anggap ktrg semua best friend dia.Dia berdoa supaya hbgn kita semua tak akan putus sampai bila2.See?Tak kira bangsa kan?
To Fieha,
Wishing u a great great BIRTHDAY
May the lady luck around u today & always
And
Thanks for all the sunny times,rainbow days & starry nights
Sayang kamu
p/s : tringt admire masing2...kita,fieha,izz..hahaha~
~kokoro no omoi~

July 22, 2010

Bara Cinta Canberra

Ini bukan kisah cintaku di Canberra tapi ini adalah kisah dalam novel!!!



A million thanks to FATEEN sbb kasi saya baca novel ni dulu

walaupun dia sendiri belum baca lagi..ngee~MySpace




Carilah cinta Tuhan,nescaya kamu akan bertemu dengan cinta hamba.

Kenapa saya terlalu excited dgn novel ni?

Sebab....tajuk dia 'Canberra'!!MySpace



Tahu apa itu??

Canberra ialah ibu negara Australia.Kecil sahaja,ibarat Putrajaya lah kalau kat Malaysia.Dipenuhi dengan bangunan2 diplomat dan tempat2 bersejarah.Jalan2nya jarang sekali sesak.Perjalanan dari Melbourne-Canberra yang memakan masa lebih kurang 8 jam menghidangkan pemandangan bukit,gunung dan dataran yang menghijau,tempat lembu dan kuda memagut rumput.Mungkin bagi yang pertama kali di sini,mereka pasti teruja dengan pemandangan indah yang lain benar dengan keadaan di Malaysia.Tapi bagi yang asyik berulang-alik Mebourne-Canberra,pasti ini adalah sesuatu yang membosankan!MySpace



Kata mereka,cuaca di Canberra juga sangat ekstrem.Kalau dah panas,memang melampau-lampau dan bila sejuk,memang tak terkata.Siangnya sahaja boleh mencecah 7 darjah celcius.Kalau malam,apatah lagi.-3 darjah celcius,aku kira!Kata mereka lagi,Canberra ini dulunya kawasan lembah.Sebab itulah cuacanya begini.MySpace



Tapi,apa kaitannya dengan saya??

Then,here we go!!





Melbourne-Canberra

Papan tanda Canberra pun tak jumpa lagi



Masa ni hujan.Sebab tu rumput nampak macam basah2



Yang hitam2 tu lembu lah.Meeemang banyak




Saya di Mount Ainslie!!Sejuk memang sejuk




Dengan Nabil yang memang kebal sejuk.Good boy=)





Inilah bandar Canberra dari puncak Mount Ainslie.Yang biru tu klu tak silap,itulah Tasik Burley Griffin




Lake George.Kata kak ina,dulu tempat ni tasik tapi dah kering.Kerajaan nak buat bangunan kat sini tapi bila dah letak semua jentera2,esoknya tengok dah tak ada.Katanya dah tenggelam.Mungkin sebab tanah tu lembut kot.Misteri jugak la





Ini pulak kat Australian War Memorial.Ada tertulis MALAYA di situ.Katanya tentera Australia ada bantu Tanah Melayu masa Tanah Melayu berperang dengan Indonesia dulu.Ntah betul ntah tidak





Ini kami 3 beradik dengan Nabil.Depan coin well.Kami letak syiling 20sen kat dalam tu sbgi tanda ingatan yang kami pernah berada di sini..heee~





Last sekali,kami pergi Australian Parliament House.Yang belakang saya tu New Parliament(kalau x silap).Old Parliament kat depan tu jer





Bersama potret Queen Elizabeth




Inilah pejabat HICOM,High Commisioner of Malaysia.Yang kat tengah tu Col Hassan.Kami tidur rumah dia lah sepanjang kami di Canberra.




Dalam pejabat Col Hassan.Sebelah Uncle tu ialah Aunty Rozi and then K Ina.Terima kasih byk2 ye Uncle,Aunty & K Ina atas layanan yang diberikan sepanjang kami di sana.Betul2 terharu.Mama & Aunty Rozi sempat buat babak air mata sblm kami pulang ke Melbourne





Ini hanyalah sedikit coretan dariku sepanjang kami 4 hari di Canberra kira2 sebulan yang lalu dan tempat2 yang pernah aku jejaki ini memang ada diceritakan dalam novel 'Bara Cinta Canberra' ni.Yang lain biarlah menjadi memori terindah dalam kamus hidupku.Yang aku tahu,aku betul2 gembira dan puas hati ~(^___^)~heheee~


c u in next entry,keh??tata-

p/s:carilah cinta Tuhan,nescaya kamu akan bertemu dengan cinta hamba -Ilham Hamdani



kokoro no omoi








July 19, 2010

Manusia jarang sekali bersyukur

"Pembalut meja yg sedia ada ni x cantik.Tukar yang lainlah."
(padahal elok je lg,tak de koyak mana2 pon)
"Cutenya cover box ni(^__^).Nak beli!!"
(kehendak)
"Toy smiley ni klu sangkut kat cermin bilik comel gak"
(kehendak lagi)
"Headphone tak de lg.Nanti tak best la klu nk tgk movie kat laptop"
(lagi,lagi dan lagi)
Dan setiap kali aku singgah di mana2 shopping mall,inilah yang berlaku.Tak sah klu hati ni tak gundah gelana gara2 nk pilih brg2 yg sesuai dan menepati citarasa serta KEHENDAK.Kehendak lagi??Dulu masa belajar Kemahiran Hidup kat sekolah,Cikgu Nini ada bagitau perbezaan kehendak dan keperluan.
Senang cerita,keperluan adalah sesuatu yang kita perlukan sprt tempat tinggal,makanan etc.
Dan kehendak pula adalah sesuatu yang kita mahu untuk kepuasan hati seperti nak rumah besar,kereta baru etc.
Nak dapatkan semua tu dengan apa?Tanah?Air?
Pastinya dgn duit kan?Haila...duit lagi.
Tapi ingat!Buat apa fikir penat2 nak cantikkan persekitaran klu hati tak cantik?
Sabda Rasulullah SAW :-
"Barangsiapa yang berhias untuk manusia dengan apa yang mereka sukai dan menghadap dengan Allah apa yang tidak disukai-Nya,maka dia akan bertemu dengan Alah 'Azza Wa Jalla sedangkan Dia memarahinya"
Begitu dasyat kemurkaan Allah,kan!
Pesanan Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani :-
"Engkau disibukkan menghiasi zahirmu,tetapi engkau lupa untuk menghiasi batinmu.Hiasan batin itu adalah Tauhid,ikhlas,bergantung kepada Allah dan sentiasa mengingati-Nya"
Sabda Rasulullah SAW lagi :-
"Kecintaan kamu kepada sesuatu itu akan membutakan dan memekakkan"
Dan kisah saya semalam...
Keretaku rosak di tengah jalan..Haila..for the 2nd time!betul2 dugaan..
Dari Tanah Merah lagi,lampu kecemasan kereta tu asyik duk 'lip lap lip lap' je.Aku buat dono jer.Tapi malu tu ada jgk la.Then,singgah la Petronas kat Pasir Mas nk isi angin kereta.Tutup enjin.Sekali bila nk start balik,tak hidup!Ahh sudahh..Jam dah 8.45pg.Klas pukul 9pg.Terus call kawan,tak dapat pegi kelas pagi ni sebab kereta rosak.Naseb baik la sesi briefing jer.Panggil org workshop kt kedai sebelah.Then,'ketuk ketak ketuk ketak'.Beres!Masalah alarm katanya.Free of charge.Terima kasih=))
Dan outputnya,masa kereta tgh buat hal tu,aku dlm hati dah nekad dah...
"Nak kereta baru jgk!!!!"
Mama sebenarnya selalu tanya,nk kereta baru ke?Dan jawapanku...
"Tak payahla.Kereta ni ada lagi,boleh jalan lagi."
Walaupun sebenarnya dalam hati mmg aku nk sgt2 triple quadriple lah kereta baru sbb kereta ni dah semput sgt.Setakat nk pusing2 TM tu ok lg la tapi akal ku masih waras lg.Nanti kereta kecik aku ni terperuk je bwh porch tu,buat koleksi besi buruk pulak nanti.Tak ke sayang?Turbo tuuu...And my first intention is I dont'want to burden Mama to pay it monthly.Nak harapkan biasiswa JPA aku??Tak makan la jawabnya.At least dah ada yang kecik ni pun,aku dah bersyukur sgt2.Tak payah susahkan mama nak ambik hantar aku USM ni walaupun dekat.Nak gerak pun senang.Dan untuk masuk kampung esok ni pun,guna kereta tu jgk.Sangat berguna kan?Terima kasih Mr Kancil.Awak sgt berjasa kepada saya :D
So,hold on dulu.Dan aku plan nak miliki VIOS idaman tu(ececee...)klu aku lulus PRO 2 nnti dan berjaya naik Tahun 4.InsyaAllah~
Konklusinya,BERSYUKUR lah dgn apa yang dimiliki sbb ramai lagi saudara2 kita di luar sana tak dapat memiliki apa yang kita miliki.
~kokoro no omoi~

July 13, 2010

Kisah burung dan sangkarnya

Batin itu adalah BURUNG ,sedangkan SANGKARnya adalah hati
Hati itu adalah BURUNG,sedangkan SANGKARnya adalah tubuh
Tubuh pula adalah BURUNG,sedangkan SANGKARnya adalah kubur
Bahkan kuburlah SANGKAR bagi hati yang perlu dimasukinya
Sabda Rasulullah SAW :
"Hati ini berkarat dan karat itu hanya akan hilang dgn sentiasa membaca Al Quran,MENGINGATI MATI dan menghadiri majlis2 ilmu"
MySpace
::kokoro no omoi::

July 12, 2010

Mata Kuyu



CFCS!!!Bila nak habis ni??Hailaa...Jam dah 1.16am tp kami masih lagi di dewan Nurani???Ni ok lagi.Klu 2 hari lps,sampai pukul 3++ am kami bertapa kat sini.Nasib badan!Gara2 10% utk exam Profesional 2 nanti,kami harus tabah.Ya!Tabah!Nasib baik la ada 1 of my colleague merangkap ketua CFCS kami kali ni yg hari2 push kami supaya siapkan semua kerja2 ni.Bukan sambil lewa punya kerja,tapi betul2 punya la.Sebab nanti dapat low mark,sia2 jer lah masuk kampung berhari2,sengkang mata tgk angka + tulisan yg aku kira word dia tu ada lah size 8 kot.Haila..Ni belum masuk kes nak buat questionnare lagi,nak masuk residency 2 lagi...Tapi tak pe..Nana tak kisah..lagipun bkn buat sorang2 pon..13 org buat ni..InsyaAllah,semoga kerja kami ni diberkati oleh Dia dan hari2 kami seterusnya akan berjalan lancar..Amin

sibuk tak saya??Haila...