CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



July 19, 2010

Manusia jarang sekali bersyukur

"Pembalut meja yg sedia ada ni x cantik.Tukar yang lainlah."
(padahal elok je lg,tak de koyak mana2 pon)
"Cutenya cover box ni(^__^).Nak beli!!"
(kehendak)
"Toy smiley ni klu sangkut kat cermin bilik comel gak"
(kehendak lagi)
"Headphone tak de lg.Nanti tak best la klu nk tgk movie kat laptop"
(lagi,lagi dan lagi)
Dan setiap kali aku singgah di mana2 shopping mall,inilah yang berlaku.Tak sah klu hati ni tak gundah gelana gara2 nk pilih brg2 yg sesuai dan menepati citarasa serta KEHENDAK.Kehendak lagi??Dulu masa belajar Kemahiran Hidup kat sekolah,Cikgu Nini ada bagitau perbezaan kehendak dan keperluan.
Senang cerita,keperluan adalah sesuatu yang kita perlukan sprt tempat tinggal,makanan etc.
Dan kehendak pula adalah sesuatu yang kita mahu untuk kepuasan hati seperti nak rumah besar,kereta baru etc.
Nak dapatkan semua tu dengan apa?Tanah?Air?
Pastinya dgn duit kan?Haila...duit lagi.
Tapi ingat!Buat apa fikir penat2 nak cantikkan persekitaran klu hati tak cantik?
Sabda Rasulullah SAW :-
"Barangsiapa yang berhias untuk manusia dengan apa yang mereka sukai dan menghadap dengan Allah apa yang tidak disukai-Nya,maka dia akan bertemu dengan Alah 'Azza Wa Jalla sedangkan Dia memarahinya"
Begitu dasyat kemurkaan Allah,kan!
Pesanan Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani :-
"Engkau disibukkan menghiasi zahirmu,tetapi engkau lupa untuk menghiasi batinmu.Hiasan batin itu adalah Tauhid,ikhlas,bergantung kepada Allah dan sentiasa mengingati-Nya"
Sabda Rasulullah SAW lagi :-
"Kecintaan kamu kepada sesuatu itu akan membutakan dan memekakkan"
Dan kisah saya semalam...
Keretaku rosak di tengah jalan..Haila..for the 2nd time!betul2 dugaan..
Dari Tanah Merah lagi,lampu kecemasan kereta tu asyik duk 'lip lap lip lap' je.Aku buat dono jer.Tapi malu tu ada jgk la.Then,singgah la Petronas kat Pasir Mas nk isi angin kereta.Tutup enjin.Sekali bila nk start balik,tak hidup!Ahh sudahh..Jam dah 8.45pg.Klas pukul 9pg.Terus call kawan,tak dapat pegi kelas pagi ni sebab kereta rosak.Naseb baik la sesi briefing jer.Panggil org workshop kt kedai sebelah.Then,'ketuk ketak ketuk ketak'.Beres!Masalah alarm katanya.Free of charge.Terima kasih=))
Dan outputnya,masa kereta tgh buat hal tu,aku dlm hati dah nekad dah...
"Nak kereta baru jgk!!!!"
Mama sebenarnya selalu tanya,nk kereta baru ke?Dan jawapanku...
"Tak payahla.Kereta ni ada lagi,boleh jalan lagi."
Walaupun sebenarnya dalam hati mmg aku nk sgt2 triple quadriple lah kereta baru sbb kereta ni dah semput sgt.Setakat nk pusing2 TM tu ok lg la tapi akal ku masih waras lg.Nanti kereta kecik aku ni terperuk je bwh porch tu,buat koleksi besi buruk pulak nanti.Tak ke sayang?Turbo tuuu...And my first intention is I dont'want to burden Mama to pay it monthly.Nak harapkan biasiswa JPA aku??Tak makan la jawabnya.At least dah ada yang kecik ni pun,aku dah bersyukur sgt2.Tak payah susahkan mama nak ambik hantar aku USM ni walaupun dekat.Nak gerak pun senang.Dan untuk masuk kampung esok ni pun,guna kereta tu jgk.Sangat berguna kan?Terima kasih Mr Kancil.Awak sgt berjasa kepada saya :D
So,hold on dulu.Dan aku plan nak miliki VIOS idaman tu(ececee...)klu aku lulus PRO 2 nnti dan berjaya naik Tahun 4.InsyaAllah~
Konklusinya,BERSYUKUR lah dgn apa yang dimiliki sbb ramai lagi saudara2 kita di luar sana tak dapat memiliki apa yang kita miliki.
~kokoro no omoi~

2 comments:

fateenrafhan said...

ecece...vios same ngn OCH kerrr...hehe~~

**aáh,kancil tu mmg byk berjasa kt group kte kan nana..=)**

ishanokokoro said...

Hahaaa..
Vios tu mmg da lama la aku tringin..
sblm tau dia gn kereta tu jgk lg :D

fateen,sbb tu la aku syg kancil tu =))
ssh senang dia bersama aku