Carilah cinta Tuhan,nescaya kamu akan bertemu dengan cinta hamba.
Kenapa saya terlalu excited dgn novel ni?
Sebab....tajuk dia 'Canberra'!!
Tahu apa itu??
Canberra ialah ibu negara Australia.Kecil sahaja,ibarat Putrajaya lah kalau kat Malaysia.Dipenuhi dengan bangunan2 diplomat dan tempat2 bersejarah.Jalan2nya jarang sekali sesak.Perjalanan dari Melbourne-Canberra yang memakan masa lebih kurang 8 jam menghidangkan pemandangan bukit,gunung dan dataran yang menghijau,tempat lembu dan kuda memagut rumput.Mungkin bagi yang pertama kali di sini,mereka pasti teruja dengan pemandangan indah yang lain benar dengan keadaan di Malaysia.Tapi bagi yang asyik berulang-alik Mebourne-Canberra,pasti ini adalah sesuatu yang membosankan!
Kata mereka,cuaca di Canberra juga sangat ekstrem.Kalau dah panas,memang melampau-lampau dan bila sejuk,memang tak terkata.Siangnya sahaja boleh mencecah 7 darjah celcius.Kalau malam,apatah lagi.-3 darjah celcius,aku kira!Kata mereka lagi,Canberra ini dulunya kawasan lembah.Sebab itulah cuacanya begini.
Tapi,apa kaitannya dengan saya??
Then,here we go!!
Melbourne-Canberra
Papan tanda Canberra pun tak jumpa lagi
Masa ni hujan.Sebab tu rumput nampak macam basah2
Yang hitam2 tu lembu lah.Meeemang banyak
Saya di Mount Ainslie!!Sejuk memang sejuk
Dengan Nabil yang memang kebal sejuk.Good boy=)
Inilah bandar Canberra dari puncak Mount Ainslie.Yang biru tu klu tak silap,itulah Tasik Burley Griffin
Lake George.Kata kak ina,dulu tempat ni tasik tapi dah kering.Kerajaan nak buat bangunan kat sini tapi bila dah letak semua jentera2,esoknya tengok dah tak ada.Katanya dah tenggelam.Mungkin sebab tanah tu lembut kot.Misteri jugak la
Ini pulak kat Australian War Memorial.Ada tertulis MALAYA di situ.Katanya tentera Australia ada bantu Tanah Melayu masa Tanah Melayu berperang dengan Indonesia dulu.Ntah betul ntah tidak
Ini kami 3 beradik dengan Nabil.Depan coin well.Kami letak syiling 20sen kat dalam tu sbgi tanda ingatan yang kami pernah berada di sini..heee~
Last sekali,kami pergi Australian Parliament House.Yang belakang saya tu New Parliament(kalau x silap).Old Parliament kat depan tu jer
Bersama potret Queen Elizabeth
Inilah pejabat HICOM,High Commisioner of Malaysia.Yang kat tengah tu Col Hassan.Kami tidur rumah dia lah sepanjang kami di Canberra.
Dalam pejabat Col Hassan.Sebelah Uncle tu ialah Aunty Rozi and then K Ina.Terima kasih byk2 ye Uncle,Aunty & K Ina atas layanan yang diberikan sepanjang kami di sana.Betul2 terharu.Mama & Aunty Rozi sempat buat babak air mata sblm kami pulang ke Melbourne
Ini hanyalah sedikit coretan dariku sepanjang kami 4 hari di Canberra kira2 sebulan yang lalu dan tempat2 yang pernah aku jejaki ini memang ada diceritakan dalam novel 'Bara Cinta Canberra' ni.Yang lain biarlah menjadi memori terindah dalam kamus hidupku.Yang aku tahu,aku betul2 gembira dan puas hati ~(^___^)~heheee~
c u in next entry,keh??tata-
p/s:carilah cinta Tuhan,nescaya kamu akan bertemu dengan cinta hamba -Ilham Hamdani
kokoro no omoi
1 comment:
sangat2 minat cerita novel ni...
sangat menyentuh dan banyak ilmu...
nak try g sana jugak la...
hehe~~
Post a Comment