CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



September 29, 2010

Minta Maaf

Sedang saya melipat kain telekung usai solat Zohor di surau hospital,saya didatangi seorang senior (4th yr medic mungkin).

Senior : Assalamualaikum.Nak tanya ada masuk Ekspo Kampus tak tahun lepas?
Saya : Waalaikummussalam.Saya ke?
Senior : A'ah
Saya : Ada.Helthex (Health Exhibition,salah satu komponen Ekspo Kampus)
Senior : Yang stesen pasal breast cancer tu eh?
Saya : Ya
Senior : Saya nak mintak maaf
Saya : (Erkk...muka blur)
Senior : Rasa macam ada buat salah kat awak
Saya : (Blur lagi...)Kenapa ye?
Senior : Tak tahu la tapi rasa macam ada buat salah kat awak.Dah lama cari awak tapi br sekarang jumpa
Saya : Owh..eh?Tak pe2
Senior : Maaf ye
Saya : Ye2....Tak pe (Senyum)


Serius!Saya tersangat2 la blur masa tu.Tercengang.Cuba imbas balik muka kakak tu masa Helthex dulu.Tapi of course la x dapat nak ingat dah.Namanya pun exhibition,mesti la ramai orang.Mana nak ingat satu2.So,mungkin kesalahan kakak tu tak de la nak serius sangat sampai boleh buat aku ingat until now.Dah setahun kot.

Jadi,kepada kakak 4yr tu,tak pe.Saya tak kisah.Jangan risau yer.
Kesian lak kat kakak tu cari saya dah setahun semata2 nak mintak maaf atas kesalahan yang saya sendiri pun tak tahu.Siap tunggu saya selesai solat pulak tu sebab masa saya br nk pakai telekung,kakak tu dah selesai solat dah.

Peristiwa ni buatkan saya terfikir adakah saya pun akan buat macam tu?Selama saya hidup ni,dah berapa ramai orang yang saya sakiti?Dah berapa banyak hati yang terguris dek kelakuan,kata2 mahupun perbuatan yang saya sedar ataupun tak?Dan mungkin juga ada yang menyimpan dendam pada saya??MasyaAllah..

Kepada teman,sahabat,kawan,cikgu,guru,pensyarah,uncles,aunties,jiran tetangga dan semua2 yg mengenali saya,saya mintak maaf banyak2 atas segala kesalahan saya selama ini.Mungkin saya tak mampu untuk mintak maaf dengan setiap orang macam apa yang kakak tu buat.Juga buat keluarga yang terrrrsayang,Nana mintak maaf sbb terlalu degil.Selalu jer nak protes walaupun untuk benda2 yang kecil.Jangan risau,Nana tgh berusaha untuk baiki semuanya.Terima kasih atas segala nasihat,teguran etc2 (esp akak~^^~).




p/s : sebelum tidur,sebut dalam hati,mintak maaf dgn semua orang & maafkan semua orang :)



-kokoro no omoi-
ishanokokoro

September 25, 2010

DBS 6939



...... NANtikAn......


September 21, 2010

Pencarian pertama-Imam Muda



Satu pertemuan dalam sebuah perjalanan kehidupan,siri pencarian yang memecah tradisi-Imam Muda

Konsep Imam Muda

Idea program Imam Muda tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai imam yang serba boleh tetapi juga peimpin yang berwibawa.Maka Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI).Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

-ASTRO-

Terus terang saya katakan saya memang tak tengok program ni sebelum ni.Tapi bila dah tengok sekali masa final,benar!Program ni sangat2 hebat.Dan saya dengar program ni memang diangkat sehingga ke international level.Baguslah.At least kita ada sesuatu untuk dibanggakan kepada seluruh dunia.Islamic programme that bring youths closer to Islam!Sebuah pencarian yang bakal melahirkan ramai pelapis2 muda sebagai ikon untuk semua lapisan masyarakat tak kira tua atau muda.Tidak mudah untuk menjadi seorang imam.Pada pandangan saya la,setiap daripada kaum Adam perlu mampu untuk menjadi seorang imam.Kalau bukan untuk masyarakat,sekurang2nya imam untuk keluarga kan?Dan pada pengamatan saya juga,tugas seorang imam itu bukanlah hanya sekadar menjadi imam dalam solat jemaah tetapi di sebalik itu,peranan mereka adalah sangat besar,dalam konteks yang lebih luas .Bertuah mereka kerana dipilih oleh Allah SWT untuk memikul tanggungjawab seberat ini,tanggungjawab mendidik ummah ke arah jalan yang diredhai-Nya.Alhamdulillah...

Oleh sebab sebelum ni saya tak tengok,maka masa cuti raya hari tu,setiap kali jam berdetik pukul 12pm,saya akan berteleku di hadapan televisyen sampai la pkl 1pm.Ulang tayang Imam Muda!Sejuk telinga dengar suara mereka mengaji.Ujian2 yang mereka lalui itu bukannya senang.Ada praktikal & juga teori.Tak sempat tengok habis kat rumah,saya sambung pulak tgk kat YouTube kat USM.





10 Imam Muda generasi pertama

Tahniah!

Moga kalian terus unggul





gambar ini saya ambil dr blog org lain..pinjam ye:)




Dan sekalung2 tahniah diucapkan kepada Imam Muda Terunggul,Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah (dengan sebenar-benarnya)"
(Al-Imran : 110)
*Semoga Astro akan tetap meneruskan program ini pada masa akan datang.Sangat positif!

September 20, 2010

:)

Baru 2 hari balik usm,dah mula rindu si cilik dua nih :)
Diorang ni memang sekarang ada kat rumah sini sbb ibu diorang tgh tunggu masa jer nk give birth adik diorang.InsyaAllah,girl katanya.
Heee..Tak sabar nak dapat niece pulak.
Mudah-mudahan Kau permudahkan proses kelahiran insan baru dalam keluarga kami ini.
~Amin~


Family picture ~(^___^)~
Tahun ni tema hijau.
Padahal sebelum ni kami tak pernah pun ada tema warna hari raya.
Ikut jer warna apa2 pun.
Tapi kali ni aku try2 jer suggest pakai warna hijau pucuk pisang semua sbb baju tu memang aku dah ada.
Mama beli kat Vietnam dulu,tak pernah pakai lagi.
Tak sangka pulak semua setuju.
Aju dengan Imi siap bersesak2 kat Jalan Masjid India lagi nak cari baju + sampin raya.
Heee..terima jgk cadangan si bongsu ni ye..Bgs2!:)
Alhamdulillah raya ni kami 5 beradik ada bersama-sama.
Kalau dibandingkan dengan raya tahun lepas,aku,Aju dengan Imi jer yang ada sebab Uni masih kat Australia,Akak plak raya sebelah mertua kat Kedah.
Setelah pemergian arwah baba,pada pagi raya,kami akan menziarahi pusara arwah.
Sebak tu memang sebak sangat.
Masa tu jgklah semua kenangan dengan arwah berlegar dalam kepala.
Aku ingat lagi ada sekali raya tu,masa nk bagi duit raya,arwah selitkan duit raya yang digulung di belakang telinganya.
Aku malu2 pergi mintak cakap nak duit raya tu tapi arwah buat tak tahu jer,senyum2.
Hohooo~
Uisyy..tak mau la sedih2 raya ni.Let bygones be bygones.Walaupun insan tu tak mungkin akan berada di sisi kita lagi,tapi kenangan tu tetap akan segar selamanya dalam ingatan.Sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan rohnya di alam sana.
~Amin~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
buat semua.
Ampunkan segala khilaf,bicara,perbuatan yang mengguris hati.
-kokoro no omoi-
Wan Zuliyana Irmi

September 8, 2010

Masihkah akan ketemu lagi?

Dia belum pergi tapi kita telah pergi meninggalkannya
Untuk satu perayaan yang belum tentu lagi kita layak utk merayakannya
RAMADAN,adakah anda mencintainya?
Atau adakah kita bersorak gembira kerana dia hampir pergi?
Hisab diri sebelum diri dihisab!
Sangat terkesan di hati!
Satu statement yg saya copy dr status seorang senior saya waktu sekolah dulu.
Tak tahu kenapa,saya hampir menangis.
Benar Ramadan hampir pergi tapi apakah kita cukup bersedia untuk menghadapi pemergiannya itu?
Cukupkah bekalan kita sehingga Ramadan yang akan datang?
Ataukah ini Ramadan yang terakhir?
Subhanallah..
Setakat mana sudah pengabdian kita kepada-Nya di bulan mulia ini?
Saya menjeling ke arah kertas yang terlekat elok di soft board bilik.
Checklist Ramadan 1431H,banyak lubang2 kosong yang x terisi oleh dakwat biru pen stabilo itu.
Ya Allah...
Ampunkan aku..
Sesungguhnya akulah orang yang paling rugi kerana tidak berusaha untuk merebut hadiah yang kau tawarkan ini..
Ramadan masih berbaki 2 hari lagi..Jadi marilah kita sama2 manfaatkannya..Allah sangat sayang pada hambanya yang sentiasa berusaha...Caiyok2!
renung2kan & selamat beramal!
::kokoro no omoi::

September 2, 2010

dilema lagi

Balik rumah ke tak?Gembirakan mak itu penting kan?
My recent status in facebook.
Setiap kali tiba hari khamis,inilah dilema saya.
Sama macam hari ini.
Ayat mama dlm telefon td,
"Nana balik pukul brapa?"
Instead of
"Nana balik ke tak hari ni?"
Apa pilihan yang saya ada?Tak sampai hati nak kata,
"Nana tak balik minggu ni,mama."
Walaupun saya sebenarnya ada kerja yang perlu dibereskan di kampus.
Hanya 'InsyaAllah' jawapan yang ada pada saya.
So?
Dont know yet.
Nak pergi kelas dulu.
Ada clinical teaching kat hospital.
~tata~
::kokoro no omoi::