CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



September 20, 2010

:)

Baru 2 hari balik usm,dah mula rindu si cilik dua nih :)
Diorang ni memang sekarang ada kat rumah sini sbb ibu diorang tgh tunggu masa jer nk give birth adik diorang.InsyaAllah,girl katanya.
Heee..Tak sabar nak dapat niece pulak.
Mudah-mudahan Kau permudahkan proses kelahiran insan baru dalam keluarga kami ini.
~Amin~


Family picture ~(^___^)~
Tahun ni tema hijau.
Padahal sebelum ni kami tak pernah pun ada tema warna hari raya.
Ikut jer warna apa2 pun.
Tapi kali ni aku try2 jer suggest pakai warna hijau pucuk pisang semua sbb baju tu memang aku dah ada.
Mama beli kat Vietnam dulu,tak pernah pakai lagi.
Tak sangka pulak semua setuju.
Aju dengan Imi siap bersesak2 kat Jalan Masjid India lagi nak cari baju + sampin raya.
Heee..terima jgk cadangan si bongsu ni ye..Bgs2!:)
Alhamdulillah raya ni kami 5 beradik ada bersama-sama.
Kalau dibandingkan dengan raya tahun lepas,aku,Aju dengan Imi jer yang ada sebab Uni masih kat Australia,Akak plak raya sebelah mertua kat Kedah.
Setelah pemergian arwah baba,pada pagi raya,kami akan menziarahi pusara arwah.
Sebak tu memang sebak sangat.
Masa tu jgklah semua kenangan dengan arwah berlegar dalam kepala.
Aku ingat lagi ada sekali raya tu,masa nk bagi duit raya,arwah selitkan duit raya yang digulung di belakang telinganya.
Aku malu2 pergi mintak cakap nak duit raya tu tapi arwah buat tak tahu jer,senyum2.
Hohooo~
Uisyy..tak mau la sedih2 raya ni.Let bygones be bygones.Walaupun insan tu tak mungkin akan berada di sisi kita lagi,tapi kenangan tu tetap akan segar selamanya dalam ingatan.Sentiasa sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan rohnya di alam sana.
~Amin~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
buat semua.
Ampunkan segala khilaf,bicara,perbuatan yang mengguris hati.
-kokoro no omoi-
Wan Zuliyana Irmi

No comments: