CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



September 29, 2010

Minta Maaf

Sedang saya melipat kain telekung usai solat Zohor di surau hospital,saya didatangi seorang senior (4th yr medic mungkin).

Senior : Assalamualaikum.Nak tanya ada masuk Ekspo Kampus tak tahun lepas?
Saya : Waalaikummussalam.Saya ke?
Senior : A'ah
Saya : Ada.Helthex (Health Exhibition,salah satu komponen Ekspo Kampus)
Senior : Yang stesen pasal breast cancer tu eh?
Saya : Ya
Senior : Saya nak mintak maaf
Saya : (Erkk...muka blur)
Senior : Rasa macam ada buat salah kat awak
Saya : (Blur lagi...)Kenapa ye?
Senior : Tak tahu la tapi rasa macam ada buat salah kat awak.Dah lama cari awak tapi br sekarang jumpa
Saya : Owh..eh?Tak pe2
Senior : Maaf ye
Saya : Ye2....Tak pe (Senyum)


Serius!Saya tersangat2 la blur masa tu.Tercengang.Cuba imbas balik muka kakak tu masa Helthex dulu.Tapi of course la x dapat nak ingat dah.Namanya pun exhibition,mesti la ramai orang.Mana nak ingat satu2.So,mungkin kesalahan kakak tu tak de la nak serius sangat sampai boleh buat aku ingat until now.Dah setahun kot.

Jadi,kepada kakak 4yr tu,tak pe.Saya tak kisah.Jangan risau yer.
Kesian lak kat kakak tu cari saya dah setahun semata2 nak mintak maaf atas kesalahan yang saya sendiri pun tak tahu.Siap tunggu saya selesai solat pulak tu sebab masa saya br nk pakai telekung,kakak tu dah selesai solat dah.

Peristiwa ni buatkan saya terfikir adakah saya pun akan buat macam tu?Selama saya hidup ni,dah berapa ramai orang yang saya sakiti?Dah berapa banyak hati yang terguris dek kelakuan,kata2 mahupun perbuatan yang saya sedar ataupun tak?Dan mungkin juga ada yang menyimpan dendam pada saya??MasyaAllah..

Kepada teman,sahabat,kawan,cikgu,guru,pensyarah,uncles,aunties,jiran tetangga dan semua2 yg mengenali saya,saya mintak maaf banyak2 atas segala kesalahan saya selama ini.Mungkin saya tak mampu untuk mintak maaf dengan setiap orang macam apa yang kakak tu buat.Juga buat keluarga yang terrrrsayang,Nana mintak maaf sbb terlalu degil.Selalu jer nak protes walaupun untuk benda2 yang kecil.Jangan risau,Nana tgh berusaha untuk baiki semuanya.Terima kasih atas segala nasihat,teguran etc2 (esp akak~^^~).




p/s : sebelum tidur,sebut dalam hati,mintak maaf dgn semua orang & maafkan semua orang :)



-kokoro no omoi-
ishanokokoro

No comments: