CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



September 21, 2010

Pencarian pertama-Imam Muda



Satu pertemuan dalam sebuah perjalanan kehidupan,siri pencarian yang memecah tradisi-Imam Muda

Konsep Imam Muda

Idea program Imam Muda tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai imam yang serba boleh tetapi juga peimpin yang berwibawa.Maka Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI).Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

-ASTRO-

Terus terang saya katakan saya memang tak tengok program ni sebelum ni.Tapi bila dah tengok sekali masa final,benar!Program ni sangat2 hebat.Dan saya dengar program ni memang diangkat sehingga ke international level.Baguslah.At least kita ada sesuatu untuk dibanggakan kepada seluruh dunia.Islamic programme that bring youths closer to Islam!Sebuah pencarian yang bakal melahirkan ramai pelapis2 muda sebagai ikon untuk semua lapisan masyarakat tak kira tua atau muda.Tidak mudah untuk menjadi seorang imam.Pada pandangan saya la,setiap daripada kaum Adam perlu mampu untuk menjadi seorang imam.Kalau bukan untuk masyarakat,sekurang2nya imam untuk keluarga kan?Dan pada pengamatan saya juga,tugas seorang imam itu bukanlah hanya sekadar menjadi imam dalam solat jemaah tetapi di sebalik itu,peranan mereka adalah sangat besar,dalam konteks yang lebih luas .Bertuah mereka kerana dipilih oleh Allah SWT untuk memikul tanggungjawab seberat ini,tanggungjawab mendidik ummah ke arah jalan yang diredhai-Nya.Alhamdulillah...

Oleh sebab sebelum ni saya tak tengok,maka masa cuti raya hari tu,setiap kali jam berdetik pukul 12pm,saya akan berteleku di hadapan televisyen sampai la pkl 1pm.Ulang tayang Imam Muda!Sejuk telinga dengar suara mereka mengaji.Ujian2 yang mereka lalui itu bukannya senang.Ada praktikal & juga teori.Tak sempat tengok habis kat rumah,saya sambung pulak tgk kat YouTube kat USM.





10 Imam Muda generasi pertama

Tahniah!

Moga kalian terus unggul





gambar ini saya ambil dr blog org lain..pinjam ye:)




Dan sekalung2 tahniah diucapkan kepada Imam Muda Terunggul,Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan.
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah (dengan sebenar-benarnya)"
(Al-Imran : 110)
*Semoga Astro akan tetap meneruskan program ini pada masa akan datang.Sangat positif!

No comments: