CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



October 1, 2010

Masuk kg

Hari ini officially,kami akan mula masuk kg untuk 3rd residency di mana kami akan mula tinggal di rumah keluarga angkat selama 5 hari 4 malam.Hari ini,kami juga akan mulakan program intervensi di Kg Beta Hilir ni.Teruja?Gembira?Hmmm~

Semalam balik USM dah dekat pukul 12 mlm,pergi set up apa2 yang patut di lokasi utama program kami,Klinik Desa Beta Hilir.Sebelum tu,dah banyak kali kami berulang-alik ke sana untuk promosi program,pasang banner,etc2.Penat semalam tak hilang lagi,hari ni pukul 6pg nak kena ada kat sana dah untuk set up khemah and everything(sbb semalam lori tak sempat sampai utk bawakan khemah).Penat!Sangat2 penat!Pakat duk jadi zombie dah la semua pagi ni.Program kami penuh untuk hari ni(Jumaat) & esok(Sabtu) dgn ceramah,sukaneka,pertandingan memasak,pertandingan mewarna untuk kanak2 dan macam2 lagi.Oh ye,sebelum terlupa,intervensi kami ini lebih menjurus kepada ibu & kanak2 sekolah rendah kerana tajuk community diagnosis kami adalah "Obesity in Childhood".

Tak sabar utk habiskan program ni tapi aku masih berpegang kpd kata2 salah seorang peserta imam muda,"Kita buat program bukan semata2 untuk lunaskan tanggungjawab tapi ada sesuatu yang lebih penting drpd itu.Benefits that people will get from that programme."Semoga penduduk kampung mendapat sesuatu yang bermakna daripada program kami ni.Dan semoga Allah memberkati khidmat yang kami cuba berikan kepada penduduk kampung.

"Ya Allah,ikhlaskanlah hati kami ini keranaMu.Redhailah setiap pekerjaan yang kami lakukan."-Amin

InsyaAllah,semoga semuanya berjalan dengan lancar.Aja aja fighto!! ~(^____^)~

No comments: