CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



October 5, 2010

CFCS 3rd residency

Mungkin residency kali ini adalah yang paling mencabar.Intervensi!!Maknanya kami kena buat program untuk penduduk kampung berdasarkan community diagnosis kami dan kami sendiri tidak pasti sebenarnya tentang sambutan yang akan diberikan.Tapi Alhamdulillah Allah Maha Mendengar.Dia permudahkan urusan kami sehingga ke akhirnya.5 hari di Kg Beta Hilir,macam2 rasa ada!Dari yang positif hinggalah kepada yang negatif.Teruja,gembira,enjoy,gelak2,marah,geram,bengang etc2.Kami pernah bermasam muka.Juga pernah meninggikan suara.Tapi itu tak lama.Semuanya akan kembali seperti sedia kala.Ibarat air dicincang tak akan putus.Ada PBLmate aku sorang ni cakap,"Best r dapat korang jadi satu PBL.Sengal,Satu kepala semuanya."

Aku belajar banyak benda kali ni.Macam2 ragam diorang ni yang aku jumpa.Ada yang jenis suka bergurau tapi kadang2 gurauan tu menyakitkan hati.Sampaikan ada yang makan dalam.Dan ada yang menangis.Bila diorang menangis,mata aku ni pulak akan mengada2 nak merah dan akhirnya air mata aku pun tumpah jua MySpace .Aku memang tak boleh tgk kawan menangis.Apatah lagi kawan tu dah lama aku kenal dan aku boleh faham perasaan dia walaupun x sepenuhnya.

Ada juga yang jenis tajam kata2.Kalau dah marah,uisyyyy...boleh berasap telinga dengar ceramah tak berbayar daripada dia.Lebih2 lagi kalau bab masa.Dan bila sampai bab ni,akulah yang selalu jadi mangsa sebab selalu lambatMySpace.Kadang2 bengang jugak,tapi memang salah aku pun.So,diam jer lah.Kepada semua ahli kumpulan aku,PBL 17 yang terdiri daripada 13 orang,aku mintak maaf banyak2 sebab lambat sehingga mengganggu kelancaran program.Aku mengaku aku salah.Aku bukan sengaja dan aku akan sentiasa cuba untuk baiki okeh?

Ada jugak yang senang merajuk atau terasa hati.Ada jugak yang jenis banyak mulut.Konklusinya,macam2 la.Dan inilah sebenarnya warna2 kehidupan.eceeece....MySpaceTanpa perangai2 yang ada ni,suramlah hidup.At least there is something that can trigger all the feeling centers in our soul,right?Tak delah dull sgt nanti kan kan?

Tentang keluarga angkat,aku sgt2 berterima kasih kepada keluarga Pak Cik Hashim,Mak Cik Yah,Kak Ti dan Iqah sebab terima kami.Sungguh2 terharu.Tolong jangan baik sangat.Kang dah nangis dah tadi masa nak balik..MySpace

And that's all.Nanti kalau aku rajin,aku upload lah gambar.Banyak wooo....DSLR Hai Feng saja dah 800++!!HoHooo~So,babai...c uMySpace

No comments: