CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



August 9, 2011

Ramadhan 8 : Sentiasalah bersangka baik!


Orang yang bersih hatinya
Sentiasa rendah diri dengan Allah
Sering sahaja bersangka baik dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahan,hatinya berkata,
"Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukumku kerana dosa-dosaku"
"Moga2 aku terlepas daripada hukuman akhirat yang sangat dasyat"

[Sekadar Perkongsian]

Begitu sukar untuk diri sentiasa bersangka baik bukan?Dengan Allah SWT..Dengan manusia apatah lagi..
 
Kita senyum tapi dia tak balas..Kita kata dia sombong..Siapa tahu kalau2 dia luka di tepi bibir yang jika dia membalas senyuman,mungkin sakitnya makin perit

Kita tegur tapi dia tak jawab..Kita kata dia sombong..Siapa tahu mungkin dia tidak perasan dengan teguran kita itu kerana waktu itu terlalu memikirkan masalah yang dihadapi

Kita mengadu kekurangan duit untuk membeli buku rujukan tapi dia hanya menjawab,"biarla dulu..kita pinjam dengan library sahaja lah ye.."..Kita kata dia kedekut kerana tidak mahu meminjamkan kita wang..Siapa tahu kalau2 dia punya tanggungan yang lebih besar di kampung yang memerlukan dia menghulurkan sebahagian wang biasiswanya kepada keluarga..sehinggakan keperluan sekolah sendiri terpaksa diketepikan sementara

Begitu mudah kita menyalahkan orang lain sedangkan kita tidak berada di tempatnya.Kita fikir itu semua perkara remeh.Kenapa?Kerana kita tak pernah cuba untuk merasai apa yang dia rasai.Tika ini,kita dalam kalangan yang senang.Esok lusa?Manusia itu tiada yang lahirnya sentiasa di atas.Harus juga ada tikanya dia di bawah.Maka itulah sebabnya Allah ciptakan kita bersaudara agar saling membantu,saling melengkapi.

"Barang siapa yang memerhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memerhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama Muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan daripada beberapa kesulitan pada hari kiamat.Dan barangsiapa yang menutup kejelekan orang lain maka Allah akan menutup kejelekannya pada hari kiamat"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
 
 
Kalau itu kisahnya sesama manusia,ikuti pula kisah seorang hamba dengan Khaliqnya.....di Ramadhan 9 insyaAllah.Jumpa lagi!


August 7, 2011

Ramadhan 7 : Stanza Cinta



Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah,lembap serta tidak disukai insan.Tetapi....sesudah musim sejuk itulah tumbuhnya bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur

Recently I read a novel which named Stanza Cinta and I grabbed this quote from it.Nothing serious actually but sharing is caring right?

Kadangkala Tuhan hilangkan sekejap mentari lalu Dia datangkan kilat dan guruh.Puas kita mencari dan menanti di mana mentari,rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi-Nya yang indah

Orang yang kurang ditimpa kesulitan,jiwanya akan lemah sebagaimana orang yang kurang bekerja,badannya lemah.Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah!

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah ornag-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
(Al-Imran : 13)



Masa mula2 saya tengok Stanza Cinta episod 1 dulu,saya tak ada la sooo into sangat walaupun saya sebenarnya minat dengan lakonan Nur Fathia tu dan aktornya si kacak lagi hensem jejaka idaman Malaya,Aaron Aziz tu.Tapi bila saya dah baca novel ni,'eh macam best la pulak' dan malam ini saya berkesempatan tengok episod Stanza Cinta yang keberapa ntah walaupun sekejap je lepas habis solat terawikh.Kebetulan pulak episod tu sama dengan episod yang saya tengah baca sekarang ni dalam novel,part yang Umairah meninggal.Oohh sedihnyaaa!



Bila dah namanya novel,of course la berkait rapat dengan CINTA.But here,the love is so broad yet pure.Love to GOD,parents,friends and each people surrounds you.And not forgotten,love to somebody who are meant to you...in Luh Mahfuz.

"Soal jodoh ni kita tak boleh tergesa-gesa kak.Amni sudah minta pertolongan daripada Allah supaya menjaga hati Amni.Amni minta supaya Allah tutupkan hati Amni pada semua lelaki kecuali lelaki yang bakal menjadi suami Amni.Jika lelaki itu jodoh Amni,barulah dibukakan hati Amni.Jadi maknanya,walau sebaik mana pun lelaki tu,walau sehebat mana pun,sekiranya dia bukan jodoh Amni,jangan dibukakan hati ini.Amni tidak mahu jatuh cinta pada lelaki yang bukan tercipta untuk Amni."
-Amni Sorfina-


Ya Allah,bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku?


Jumpa di Ramadhan 8!InsyaAllah....

August 5, 2011

Ramadhan 5 : Susahnya nak bangun sahur

"Whoever observes fasts during the month of Ramadhan out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards,then all his past sins will be forgiven"
Narrated by Al-Bukhari & Muslim)


Alhamdulillah..sudah pun berlalu 5 Ramadhan buat tahun 1432H..Kalau tadarus,sepatutnya dah habis juz 5 la kan?Alhamdulillah..tahniah kepada hati2 yang sentiasa istiqamah nak merebut pahala Allah di bulan yang sangat2 mulia ni...Hari ni adalah hari pertama saya berpuasa,jadi saya agak ketinggalan lah sikit..InsyaAllah akan cuba sedaya upaya kejar juz2 yang seterusnya..

Hmm nak dengar cerita tak?Tak ada la best pun..Saje nak story mory sikit..
Masa kecil2 dulu,saya seorang yang ego,degil,susah nak dengar kata orang tua,manja 'kededek' dan sewaktu dengannya.Bila dah namanya anak bongsu,mestilah saya sangat mementingkan perhatian mereka2 yang berada di rumah.Salah satu caranya??

Bila sampai waktu nak sahur,saya lah merupakan ahli rumah yang paling liat nak bangun.MasyaAllah..Semua orang dah siap makan,saya masih lagi dalam selimut.Puas dipujuk dan ditarik2,tapi haram nak bangun.Dan mamalah yang akan angkat saya dan letak saya atas kerusi,depan meja makan.Dah namanya mengada2 kan,orang dah siap hidang nasi dalam pinggan bagai,masih nak buat perangai.Saya pergi tidur pulak atas meja tu.Mama ni kesian la kat anak dia sebab nanti takut lapar pulak siang hari.Dikejutkannya suruh bangun makan jugak.5 minit nak imsak,barulah saya slow2 nak makan.Haaa tau takut lapar nanti.Tapi jangan haraplah nak buat perangai macam ni selalu.Bila sampai mama fed up,haaaa siapla.Baba ke,Opah ke,tak ada siapa boleh tolong.Ditinggalkannya anak dia ni atas meja tu sampai la Subuh.Nak buat perangai sangat kan?Rasakan.

Tapi apa yang bestnya kalau waktu sahur,mama tak kan pernah lupa sediakan air susu segelas dan air suam segelas setiap seorang.Kalau 5 orang sahur,kira 10 gelas la akan ada atas meja tu.Dan rutin tu mama bawa sampai sekarang.Kalau puasa kat asrama,saya selalu beli susu sepeket.Konon2nya nak buat sahur la,macam yang mama selalu buat.Tapi paling lama pun,tahan sampai puasa ketiga je.Tak jadi.Rasa susu tu macam ada kurang je.Hmmm penangan tangan ibu kan...


Ok..sekian...c u in Ramadhan 6!

Ramadhan 4 : Kalau ada kemahuan dan usaha...

"When the month of Ramadhan comes,the gates of Paradise are opened,the gates of Hell are closed and the devils are chained up"
(Narrated by Al-Bukhari and Muslim)

Kalian tgk tak segmen 'Ini Kisahku' kat TV9 pukul 6.30 ptg td?Kalau tak,pergi la try cari kat tonton.com eh.I suggest u all tgk la.Pasal Sham Kamikaze.How actually he turned up to what he is now.Bagaimana beliau yang pada awalnya yang sanggup tunggu dalam kereta je dan tidak ada langsung rasa nak join kawan beliau yang ketika itu nak ke masjid untuk solat Zohor dan Asar waktu mereka keluar lepak bersama,tapi tiba2 jer rasa nak ikut untuk solat Maghrib berjemaah di masjid.Dan satu hari tu,beliau ajak kawan tadi ni pergi travel untuk pusing2 masjid dan singgah untuk solat sampai la beliau bertemu dgn Imam Masjidil Haram kat salah sebuah masjid sebelah Utara.Dan kat situ la titik permulaan untuk segala2nya.

I was really touched bila dengar sendiri pengakuan isteri beliau,org yg paling rapat dengan beliau besides his mom.Dari seorang yang panas baran dan sangat taksub dengan hal duniawi kepada seorang yang sentiasa meniti di bibirnya kalimah2 Allah.And you know what,air mata saya bergenang.Nasib baik tak tumpah jer.Seriously I tell you,ini bukan penghijrahan biasa.Even saya tak jumpa face to face dengan Sham Kamikaze dan tak dengar sendiri cerita penghijrahan beliau dari mulut beliau sendiri,tapi saya dapat rasakan perubahan beliau ini sangat2 tulus dan beliau faham kenapa beliau harus berubah.

Saya teringat tulisan my favourite author,Hlovate dalam karya terbaru beliau,Contengan Jalanan (it was about penghijrahan also..dan sangat berkait dengan bulan Ramadhan..its good if u can have a deep look into it)

"Peluang yang ada dalam hidup ni sama juga macam kereta api,perlu digapai waktu dia sekejap sahaja berhenti depan diri.Terlewat sesaat,makan asap"

Kita kata kita nak berubah.Tapi bila hidayah Allah sampai,kita hanya duduk melihat tanpa sebarang tindakan,jangan salahkan sesiapa andai perasaan ingin berubah itu sedikit demi sedikit menghilang dan terus tak datang2.

Yahya Ibn Mu'adh (RA) 'May Allah be pleased with him' said : "I dont order you to abandon life but to abandon sins.Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty,so your need for this latter is greater than your need for the former."


Semoga DIA terus buka pintu hati kita untuk lebih dekat dengan-Nya.
Semoga rahmat-Nya sentiasa melimpahi kita di bulan yang mulia ini.
Dan semoga DIA tak gelapkan hati kita untuk menerima hidayah-Nya.
Ameen Ya Rabbal A'lamin


Kalau ada kemahuan dan usaha......................................'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa2 -Hlovate-

Jumpa di Ramdhan 5!