CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



November 30, 2010

Study weyh!!

Study la!!
Bakpo malas sgt ni?
X kaba ingat ko nk pekso dh ni?
Selanjar 3 70 hr jah lg.
Pro II 110 hr jah lg.
Kalu nk maen pon,ngaji la dulu.
At least,prabes 1 topik ko dulu,br lah nk fb ko,google search ko,tgk gmbr ore kawen ko.erkk??
Deh?deh?
x maroh,cumo nk nasihat jah.
Pro II nnti bukae calang2 pekso.
Kalau fail,keno repeat smula tahun 3.
X ko nya'nyo tu?bazir jah maso sthn.
Betul dop?
So,ngaji dulu deh?
Gni la,wat reward ko diri sendiri.
Macam hok 'nucleus accumbens' wat tu.
Setiap kali habis study 1 note dgn bersungguh2,br bleh maen tenet.
Tu pun dlm maso 10-15 mnt jah.
Phtu smbg blk ngaji.
Habis jah,bg reward lagi skali.
Hehehe.
Ingat lps Pro II nnti,cuti 5 BULAN!
Maso tu,buat lah nak wat gapo pun,tak dop ore nak sekat.
Nak tido dr pg-mlm ko,maen spnjg hari ko,ngadap tenet 24 jam ko,duk melangut dpn tv ko,x kesoh pon.Buat la nak buat gak.
Tapi sblm tu,keno ngaji dulu.
Biar lulus Pro II,br sedak cuti nnti.Tak dop la nk depressed2 kan?
Hohooo~
K,selamat belajar wahai Puteri Nana! :)
(kompem grandious delution..haha)

Regards,
AKU

*nucleus accumbens is the part of our limbic system in the brain that give us reward each time we have done a good thing.eg : it give us sense of pleasure or feeling of satisfied when we finished our report that need to be sent to the lectures :)

*grandious delution is belief of exaggerated self importance.eg : I'm the King!I'm the Prime Minister of Malaysia.

November 29, 2010

malu cabang IMAN

Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya malu dan iman itu adalah soleh berhubungan,jika salah satunya tiada maka yang satu lagi akan turut lenyap.
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Malu itu bukan hanya terletak pada cara berpakaian yang menutupi tubuh badan semata2 malah malu itu sangat luas pengertiannya.
Malu tutur kata
Malu tingkah laku
Malu cara berjalan
Malu ketika makan
Malu dalam pergaulan
dan banyak lagi

Datang lewat ke kuliah & semua mata akan memandang kita melangkah naik ke tempat duduk atas,malu tak?
Makan aiskrim sampai comot baju & tudung,malu tak?
Ataupun makan sambil berjalan & tiba2 ada orang lalu kat depan dan perasan,malu tak?
Atau kasut high heels kita masuk lubang & tup2 kita pon terjelepok atas tanah mcm nangka busuk,mesti malu kan?
Banyak sebenarnya peristiwa yang boleh mengundang malu kita walaupun tanpa kita sedari.
Andaikata kita berada dalam situasi seperti di atas sekarang ni,apa kita akan buat?
Melarikan diri?mungkin.
Buat tak tahu jer.mungkin jgk.
Atau cepat2 bangun dan sorok muka dengan beg.High heel yg tersangkut dlm lubang tu?Arghh lantak dialah.Beli lain!
Ya macam2 kita boleh buat asalkan orang tak perasan kita tapi itu dengan manusia tp kalau dgn Allah?Nak main ciku cakk mcm tu jgk?

Allah itu Maha Melihat
Allah itu Maha Mengetahui
Allah itu Maha Memerhati/Mengamati


Jadi,mampukah lagi kita untuk menyorok?Untuk bersembunyi setelah melakukan kesalahan atau dlm erti kata lain,DOSA?
Sejauh mana kita lari sekalipun,Allah Maha Mengetahui
Walaupun tiada mata yang menyaksikan,Allah Maha Melihat
Tiada segenap inci ruang di muka bumi ini pun yang kita mampu terlepas drpd pandanganNya

Andaikata tiada malu yang kita peruntukkan buat sahabat2 kita mahupun diri kita sendiri,namun terapkanlah perasaan malu itu buat Pencipta kita Allah SWT.
InsyaAllah dengan perasaan malu itu,kita akan lebih berhati2 dlm setiap tingkah laku kita.

"Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan keji baik yang nampakdi antaranya mahupun yang tersembunyi."
(Al-An'am : 151)

Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya wanita adalah aurat(apa sahaja yang ditutup disebabkan malu ataupun berhati-hati)apabila sahaja dia meninggalkan rumahnya syaitan akan mengangkat matanya dan memandang ke arahnya dengan tangan terbuka di atas bulu keningnya sebagaimana seseorang melindungi matanya dari cahaya matahari,beliau akan paling rapat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam kawasan rumahnya yang paling tersorok.



November 25, 2010

feel good when good people surround u

Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.
Al-Wahhab,Yang sangat memberi
Ar-Razza',Yang sangat memberi rezeki
Syukur ke hadrat-Mu atas segala limpahan nikmat,rahmat & rezeki kepada hamba yang hina dan daif ini
Sesungguhnya hanya kepada-Mu tempat kami memohon & meminta
Kerana Kau sahaja yang mengetahui luar & dalam kami

"Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina"
(Surah Ghafir : 60)

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta kerana tanpa diberitahu pun,Allah sedia mengetahui.Doa ialah tanda pengabdian seorang hamba kepada TuhanNya.


21 tahun
sering dikaitkan dengan KUNCI KEBEBASAN
mereka yang mula mencapai usia ini dianggap sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri
sudah mampu menetukan hala tuju hidup sendiri
pendek kata,SUDAH MATANG!

dan semalam,tarikh 24 November 2010,genaplah usia ku 21 tahun
sudah 21 tahun kiranya aku meminjam nikmat Allah
nikmatNya yang tak terhitung yang kadang2 aku lupa bahawa aku hanyalah seorang 'peminjam'
sehingga Dia mengambil kembali nikmat itu,aku harus sentiasa bersedia
bersedia dgn bekalan yang sehingga hari ini hanyalah ibarat sebutir zarah yang tenggelam di dasar lautan dunia,tidak mampu dilihat dengan mata kasar hatta dengan electron microscope tercanggih di dunia sekalipun.

*******

Thank u very much to all my friends,family for the 'Happy Birthday' wishing and all the prays,warm thoughts and also presents/cards!.Really really appreciate them.May same wishes go with u all also.I tried my best to reply all the wishes in fb,hp and in person (cam artis la plak rase.teeheee~)and thanks God,I manage to do that :)

Know what,im now waiting for the real KEY from mama!Ngeh3
"Happy 21st Birthday.Gift will be given later because stock is not available!Love from Mama and Opah"
Look flat but really deep meaning inside.Ho3
Cannot wait already!Tapi pesan mama,
"Sabar2 la.Allah sayang kepada hambaNya yang sabarkan"
Owh ok!

Special thanks to my bestie,cik ~BILA~
sbb buat entri khas utk saya dlm blog dia.same mcm thn lps.sgt2 terharu ~(^___^)~
saya x tahu kenapa air mata saya akan sentiasa bergenang setiap kali saya baca apa2 drp dia,x kira kat fb mahupun blog!dan semalam mmg saya nangis lagi bila saya baca entri tu!waaa~
ni mesti aku rindu sgt ko mu lamat!

Dan pastinya buat geng MANIC!!
Cikah,Onie,Ainin,Naddo,Bebi,Farahin,Mira & Farah
How a good prank,girls!(Mira tak termasuk sbb dia pun kna tipu sama mcm saya)
Beberapa minit sblm berdetiknya jam menunjukkan angka 12tgh mlm,Ainin(rumet) tercungap2 masuk bilik sambil pgg kotak kt tgn lps main bola keranjang ngan Farah(diorg mmg suka main tgh mlm sbb x de org nk kacau)

"Jom celebrate besday Mira!"
(besday mira sehari lps saya,25 nov)

Aku on jer walaupun act segan sbb mungkin diorang just nak sambut dgn pblmates jer.lagipun mst ada makan2 which was allocated before among them.klu aku pg satgi,x cukup lak mknn.ha3
Tapi aku pergi jgk sbb kitrg pun pernah celebrate besday Ainin sama2 2 days before.Dengan mengekalkan baju tidur Pooh labuh kaler biru(Ainin kasi as birthday present.tq rumet sayang) + cardigan labuh + tudung,kami pun bersama2 lah turun menuju ke court netball.Kononnya nak suprisekan Mira la.Tapi dari jauh lagi dah nmpk lilin menyala2 liuk lentuk kt tgh2 court tu,x de dah la suprisenya kat Mira tu,aku pikir.Mst dia dah boleh agak nk celebrate birthday dia.Aku pun punyala bersungguh lari dgn Farah & Ainin sbb excited nk keliling kek Mira tu.Aku ada perasan bayang2 org kat belakang pokok sekitar tu.Kata Ainin,itu Naddo ngan pblmates dia yg lain yg join sama.Sekali bila kami dah nak sampai kat kek tu,tiba2 menjelmalah 4 lembaga yang aku cukup kenal siapa mereka.Naddo,Farahin,Cikah & Onie!

SURPRISE
nana & mira!!!!!!

Rupa2nya itu adalah kek kami berdua!!!
Diorang kata kat Mira nak celebrate birthday aku.
Diorang kata kat aku nak celebrate birthday Mira.
So for sure la tiada keraguan di situ!
Hahahahah.
Aku betul2 x expect.Naseb baik x nangis tgh2 court tu.
Kata Mira,"ingtkan nana lari td sbb excited nk tgk kek sndiri"
Aku gelak guling2!
Dan malam tu,kami makan puas2,gelak puas2,sembang kuat2,photoshoot byk2.
Hilang segala resah.Hilang segala duka.
Yang ada hanyalah kegirangan kami dgn bersaksikan bintang2 malam dan lakaran sebuah memori yg akan aku ingat sepanjang hidup aku.
Benarlah,indah sebuah PERSAHABATAN itu!

Ya Allah
Sahabat buat hati gembira
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah rasa
Rajuk kami membuah ceria

Ya Allah
Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah
Bermusuh kami Nau'zubillah
Berpisah mati InsyaAllah
Penyembuh rindu doa Rabithah

Ya Allah
Satukan hati kami di dunia
Rahmati kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Temukan kami di alam syurga
Ameen


AS THE CONCLUSION,I'M NOW 21...SO BE MATURED PLEASE NANA!



November 20, 2010

25 ----> I have been tagged!

"once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 5 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."


1.saya tak suka pink!sgt girgirl,so tak mau!
.tapi kan sejak dua menjak ni ;
-botol air pink
-seluar tidur pink
-pencil case pink
-selipar bilik yg ada muka bear kt depan pun pink
-etc2
dan yg plg obvious masa nk beli winter suit sblm pg Aussie dulu,head to toe all PINK!
sampaikan org kedai tu pun perasan,'suka pink',katanya...
so,konklusinya,PINK ok what!and i LIKE pink



2.recently being a stalker!opsss...big secret already revealed!
tapi tu dulu la,skrg ni da tak da.buat sakit hati jer.rimas.and then sedih!last2 deactivate
account fb.euyyy..childish!kechiwa la katakan...


3.RM400 milik saya lesap begitu sahaja,lebih cepat drp sekelip mata!Ini gara2 ejen insurans tu la & saya sendiri pon tak tau macammane saya boleh bg kad bank saya begitu sahaja kat orang tu.BETUL saya mmg akan sgt2 berhati2 dgn org2 macam ni dah lepas ni.Moga Allah lindungi saya & juga kalian.Amin~
(akak:dont ever show that u'r in hurry while u'r in shopping complex.if so,u'r their main victim)

4.setakat di tahun 3 ni,tiap2 hari minggu saya akan balik,walaupun sekejap.

5.suka dengar lagu bila buat kerja selain baca buku.cnthnya masa kemas bilik/rumah,lipat baju,driving etc2.kdg2 tgh dgr lecture pon saya pakai headphone.tapi itu jarang sekali la,hanya on kalau lecture itu tersangat2 la boring!

6.suka jalan pegi kelas sorang2.suka hati saya jer nk jln lmbt2 atau nk jln cpt2.tak payah kejar2 atau tggu2 kawan lain jalan.

7.suka WINDOW shopping!sorang2!best!syok!tak payah pikir orang lain.dari satu kedai ke satu kedai saya singgah.semua department store saya lawati.nak berlama2 pun tak pe sbb saya
sorang jer.

8 .
agak cerewet bila nk beli my own stuff.ambik,letak!ambik,letak!ada satu kali tu akak bwk saya pergi Lot 10 together with mom & bro to buy me some dressess(sbb dulu saya hanya pandai pakai long sleeves yg bsr2 je).2 jam pusing,satu dress pun saya tak lekat.ini tak kena,itu tak kena.akak da fed up da.mama da lenguh da.last2,lps try byk kali,saya pun ambik la dua psg dress ni.tu pun sbb tak nak bagi akak continue nagging.bila blk try btl2 dpn cermin,cantik la plak.hehe.br la nmpk feminin sket.

9.keluarga adalah segalanya2 bagi saya.nyawa saya.kehidupan saya.tanpa mereka,saya tak akan mampu jalani kehidupan ini dengan baik.

Ya Allah,aku pohon kepadaMu,Kau kurniakanlah keampunan kepada kedua ibu dan bapaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku masih kecil.Dan Kau satukanlah hati2 keluarga kami dan janganlah Kau pernah menimbulkan rasa tidak senang dalam hati kami terhadap satu sama lain.


glitter-graphics.com


10.saya sayang sahabat2 saya.saya tak nak kehilangan m
ereka.sebab mereka,saya mampu tersenyum.dengan mereka,sedih saya hilang.saya tak boleh tengok sahabat saya menangis.kalau tak,air mata saya akan jd tersangat la murah.saya nak jadi sahabat terbaik.saya nak berkongsi kesedihan sahabat saya.saya nak pinjamkan bahu saya tatkala mereka berduka.saya gembira andai mereka gembira.

glitter-graphics.com


11.sekarang ni tahun 3.tak lama lagi saya nak Professional 2,final exam yang akan menentukan samada kami layak atau tidak untuk naik Tahun 4 nanti.jadi saya kena kerja lebih keras.2 years' topic should be covered plus the basic ones during 1st year.mampukah saya?InsyaAllah saya ada Allah.kalau saya terus berusaha & berusaha,kenapa tidak?

Ya Allah,permudahkan lah urusan kami & jadikanlah kami kuat untuk mengharunginya.

12.saya ada satu pendrive Kingston 4G warna kuning.saya sangat sayang pendrive ni.ada keychain boy yg tgh grin + tali penguin kuning + keychain 'N' (stands for Nana).saya memang akan sentiasa bawa pendrive ni pegi kelas,senang nak ambik softcopy dlm desktop kt depan.

13.saya anak bongsu drp 5 beradik.yang sulung & bongsu adalah perempuan.3 kat tgh semua lelaki.kata mama,anak perempuan sbgi pembuka & penutup.beza umur saya & akak adalah 12 tahun.akak cerita masa mula2 mama conceive dulu,akak selalu solat hajat & doa biar kali ni dapat adik perempuan pulak.tup tup,dapatla saya.hehe.Love u sist!

glitter-graphics.com


14.dulu masa kecik2 saya agak boyish.mana taknya,atas2 tu semuanya abang.abg main car control,saya nak main jgk.abg main bola kaki tiga,saya nak ikut jugak.tapi saya still suka pki skirt!dan saya mmg byk koleksi gaun masa saya kecik2 dulu.teeheee~

15.orang kata muka saya ikut muka arwah baba.dan saya pernah dengar anak yang mirip muka ayah,itu adalah sesuatu yang baik.tapi saya lupa apa perkara yang baik itu.

16.saat ini saya teringatkan anak2 buah saya,Nabil,Naim & Inas.Su Nana rindu kalian!!



17.saya ada 'smiley' yang saya gantung kat cermin bilik.supaya setiap kali saya pandang ke arah cermin,saya akan SENYUM.dan saya suka senyum.senyum itu kan penawar.dan penawar kepada kedukaan adalah senyum.bukan sahaja kedukaan kita malah mungkin kedukaan insan di seliling kita juga.jadi senyumlah sentiasa.

18.kat atas katil saya sekarang ada bantal 4 segi kecil kaler pink & bear doll kaler putih + pink,nama kuma.maksud kuma dalam jepun adalah 'bear',pemberian seorang sahabat baik saya sebelum dia berangkat ke jepun awal tahun dulu.bantal tu pulak junior saya yang bagi sempena hari lahir saya yg ke-17.tiap2 mlm saya akan peluk dua2 ni sbb saya sayang pemberi2nya.



19.saya mula tulis diari masa darjah enam.semuanya bermula drpd seorang guru bahasa Inggeris kami masa 6 Arif dulu yang menasihatkan kami agar tulis diari.so that in the future,we have something that we can recall back,regardless of their importance.jadi,sekarang,saya ada byk koleksi diari saya sendiri.bila baca2 balik,saya akan gelak sorang2.tapi takut jgk kalau2 ada org baca nnti.malu!!

20.saya juga suka kumpul whatever notes,cards,dedication cards and even surat blk rumah yang pihak sekolah bagi setiap bulan yang sepatutnya utk ditunjukkan kpd parents.dlm surat
tu,kawan2 saya akan wish 'Happy Holiday','balik mmoleks','jaga diri' etc2 dgn sgt kreatifnya.hehe.ada sekali tu,ada seorang kawan baik saya ni,dia bg surat 2 helai yang dilipat kecil memanjang.saya bukak surat yang tertulis '1st' dulu.lps baca surat tu,saya menangis.menangis yang betul2 punya la.kata kawan saya,dia nk tukar sekolah.sbb dia sakit.sakit yang tak boleh bertahan lama.lps cuti nnti,saya tak akan jumpa dia lagi sbb dia dah tukar sekolah masa tu.macam2 lagi dia tulis dalam tu.dia kata dia syg sgt saya.dia tak mampu
nak tgk saya sedih,jadi sbb tu dia terpaksa tulis surat.bila saya bukak surat yg tertulis '2nd',saya menjerit "BILAAAAAAAAAAAAAA jahat!"(masa tu saya msh pggl dia Bila instead of Lamat[Nabila Mohamed]).rupa2nya dia saja nk kenakan saya.dia tipu saya.lps tu dia dtg pujuk saya balik.adoiii...jahat kan mu lamat.penat aku nangis.huhuuu~

21.saya suka baca novel Hlovate.bahasa sempoi,mudah & ringkas!tapi mesejnya padat.

22.td saya baru beli termos kecil yang cute.tp murah jer la.tak tahu mampu bertahan lama mana.untuk saya bawak nescafe panas pegi lecture pagi2.supaya saya tak ngantuk dalam kelas nnti.sbb kalau beli nescafe hari2 kat kafe,sengkek la nnti kan.

23.saya ada seekor kancil putih.maksud saya kereta kancil.kancil tu ada la kot usia 10++ thn.mana taknya,sejak abg saya yang sulung kat universiti lg,mama dah belikan dia kancil tu.sekarang ni saya la pulak yg guna since dia dah ada kereta lain.walaupun dah lama,kancil tu masih lagi mampu berkhidmat utk tuannya walaupun byk jgk berhabis duit utk maintain kereta tu.nak jual,abang kata sayang sbb enjin turbo.jadi,pergi-balik saya usm-rumah guna kancil tu la.terima ksih ye mr kancil.saya sayang kamu!



24.saya nak beli cadar yg best utk katil bersaiz queen saya kat rumah supaya saya boleh tidur dengan seenak2nya (walaupun tanpa cadar itu sekalipun,saya mampu utk tidur lena.hehe).tapi sampai sekarang saya masih belum berkesempatan utk benar2 pergi membeli.kata cerewet
kan....

25.and last but not least,i really want to change myself.saya seronok bila tgk kawan2 saya yang dulunya tudung mereka dililit habis-habisan,tapi sekarang tudung bidang besar yang menutupi separuh daripada tubuh mereka.saya gembira melihat kawan2 yang sentiasa melapangkan masa mereka utk berjemaah di masjid & menghadiri usrah+tazkirah di masjid.saya akan terpaku melihat kawan2 yang sentiasa mggunakan nada yang rendah & lembut setiap kali berbicara dgn kaum sejenis.saya suka melihat mereka yang sgt menjaga pandangan mereka drpd perkara2 yg dirasakn tidak perlu.saya suka melihat mereka yang masih mampu tersenyum walaupun saya yakin ada perkara yang membebani mereka saat itu.dan saya pula?

The hardest battle is when you are against yourself
-Hlovate-


sekian.

tag : saiduck

(just this person at this moment)



Lepas satu,satu...

::mood makan daging::

baru jer blk 'ala-ala bbq' kt umah tok td
ada dgg,ayam,sosej,bihun,nasi goreng,cocktail
dan burppp...sgt kenyang!
Alhamdulillah...


::mood sunyi::

sebab?
baby dah balik :((
hari2 mendatangkanku tanpa si cilik bertiga itu
Nabil,Naim & baby Inas
sob3...
ada diorang kt kg 2 bln 1/2 mmg best!
Su Nana!!
rindu panggilan itu


::mood syok sbb ada kawan2 yg happening::

thanx anish,pinn,tini & aen!
they all make my day
ptg td keluar jln2 + mkn2 + gosip2
syok,u know!
ada kawan2 dari sek rendah yg still keep in touch
and kami sbnrnya baaanyak sgt plan utk cuti sem ni (even aku x de cuti act)
Ya Allah,moga Kau berkati persahabatan kami ini :)
Hugs for them!mmuaxx2


::mood semangat nak balik sekolah::

o yeah!!
ahad ni da start sekolah
masuk blok baru
psikaitrik!!
deal with people with mental problem?
Oh My God!CNS notes x abeh lagi
exam da dekat
2 ++ months to go
dan aku??
masih belum bersedia!!



p/s : dat,tag tu x sempat nk pikir lagi la..nnti blk usm,br k nana re,k?heee~

November 12, 2010

Love U Mom!




12/11/2010
Today is my Mom's birthday
And I make this specially for her
Thank you for everything Mom!
Your encouragement,support & love
Has helped me grow to what I am now

The heart of a mother is a deep abyss at the bottom
of which you will always find forgiveness


Sorry Mom for being a stubborn daughter
Promise!I won't anymore
I just want to make u smile
Your tears are really meant for my success

Not my failure!





November 10, 2010

Datul!It's for u!!

To my dear 'little' sist
Saiyidatul Shufwah Jabilin






remember this!





And has a strong faith in GOD.
He knows everything what is the best for us!






My note for you ~(^___^)~







November 7, 2010

Appreciate life more than what u have done



Di luar,hujan renyai2
Ntah kenapa aku tiba2 terfikir
Tentang sebuah kehidupan
Sekadar hela & hembus nafas?
Alhamdulillah di saat ini aku masih dipanjangkan usia
Masih mampu mengecap 2 nikmat terbesar
NIKMAT ISLAM & NIKMAT IMAN
Meniti waktu demi waktu
Dikelilingi keluarga yang menjadi peniup semangatku saban waktu
Bersama teman2 yang setia menjadi pendamping tak kira masa
Dan Kau Ya Rabb yang pastinya di sisi
Mengetahui setiap inci gerak geriku
Mengkabulkan setiap permohonan hamba-Mu
Kalaupun ada yang tidak Kau penuhi
Aku yakin Kau ada janji yang lebih baik buatku

Ya Allah,
jangan sekali2 Kau tinggalkan aku kealpaan
jangan sekali2 Kau biarkan aku hanyut
Cepat sedarkan aku sekiranya aku menyimpang jauh
Terima kasih Ya Allah
Atas segala nikmat-Mu
Atas segala kebahagian ini
Ata segala ujian ini
Sungguh!
Perjalanan hidup ini menjadikan aku lebih matang!
Menjadikan aku lebih menghargai sebuah kehidupan!

November 1, 2010

Not G00D!!




Sho0t!!
Beng!Beng!Beng!
Arghhh...mati.

Tak pe
Take it as positive one
To learn
To practise

Tapi........................
Tak boleh
Sedihhh!
....Nangis....
Down!Down!Down!

MySpace



Ya Allah!
Kau tahu aku kuat kan?
____________