HANCUR!
FULLSTOP!
dah lama saya tak menangis sebab exam.kali terakhir yang saya betul2 nangis ialah masa matrix,lepas jawab paper Maths Final 2.sebab sedih yang teramat sangat tak dapat jawab habis dan soalan yang teramat2 susah sampaikan cikgu sendiri pon kata dia ambil masa yang lama untuk jawab soalan tu,saya tak dapat tahan air mata saya yang sememangnya dah lama bergenang sebaik sahaja keluar dewan peperiksaan.sampai2 jer bilik,terus bursttttt meleleh leleh...haisyyy
dan hari ini sejarah itu kembali berulang.belum pon lagi loceng tamat peperiksaan OSCE petang tadi dibunyikan,saya dah restlessness.kaki saya bagaikan berat sangat nak terus bergerak ke stesen2 yang seterusnya.DOWN!keluar jer makmal,mata dah merah.sampai jer bilik,bursttttttt.cepat2 ambil tuala terus sembunyi dalam bilik mandi.nanti kalau nangis dalam bilik,roomate nampak,malu.(eleh...macam la dia takkan tahu bila baca entri ni).terus solat asar dan doa mintak kekuatan daripada-Nya.sungguh aku tak kuat Ya Allah.
hari ni muka saya dah jadi mask-like face.tak mampu nak senyum,kerut etc2.huh!memang teruk penangan OSCE kali ni.lepas maghrib,mama telefon,tanya pasal exam.oh mama,maafkan anakmu ini."Nana tak dapat jawab."saya mengadu kat mama."Dont worry lah.yang dah lepas biarkan lepas.now look forward.kalau nak fikir susah,memang semua benda susah.even nak jadi penyanyi pon susah.so now look forward.ok?"panjang lebar nasihat mama.baik ma.terima kasih kerana sangat memahami diri ini.dan terima kasih juga atas doa2 mama.InsyaAllah semoga Dia makbulkan doa mama.
keluar pergi pasar malam dgn cikah,black heron & the loner.cuci2 mata sket tengok makanan yang banyak + lazat.on the way balik,akak hantar MMS.gambar naim & nabil pakai baju sekolah baru dengan ucapan 'good luck from us :D'.sangat comel!terima kasih anak2ku sayang kerana sentiasa menceriakan hari2 ibu saudaramu ini.heheh.then pergi surau,jumpa the topies (budak2 topi).jemaah sama2.Y Allah,moga hati2 kami sentiasa menyatu kerana-Mu.
bak kata onie dalam blog beliau,ini bukan exam Professional lagi.so saya masih ada masa untuk perbetulkan apa yang tak betul,isi mana yang kurang.mungkin Allah nak tunjuk bahawa usaha saya masih tak cukup.jadi saya kena berusaha lagi.
bak kata naddo dalam status ym beliau,berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir(erkk..betul kan naddo?).ada 2 lagi paper pada hari Rabu & Khamis.jadi,gunakan masa yang ada sepenuhnya dan terus berusaha kerana hanya usaha itu yang kita miliki.jangan sekali-kali berputus asa.yang akan menentukan samada ia akan berlaku ataupun tidak hanyalah Dia,Ya Rabb.Semoga Kau permudahkan urusan kami.Ameen Ya Rabbal A'lamin.
-Have faith in Allah.He knows the BEST-
No comments:
Post a Comment