CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



March 29, 2012

Tak Suka Jumpa Doktor!


Percaya atau tidak, salah satu sebab kenapa saya ambil medic adalah kerana saya sangat tak suka jumpa doktor! Tak kira doktor perubatan mahupun doktor gigi, saya tetap tak suka! Dengan harapan kalau saya tak sihat, saya akan boleh diagnose sendiri and know what to do.
*muahahaa*

Seriously, dari kecil2 semut sampai la ke besar2 gajah sekarang ni, saya memang liat sangat sangat sangat nak jumpa doktor. Kalau setakat demam sampai tak boleh bangun langsung + muntah 10 kali sehari sampai langsung tak boleh nak tolerate orally, itu biasa je la. Lebih rela dibungkus dengan comforter + off the fan biar berpeluh pelai sampai basah lenjun cadar, then I'll be ok  *most of the time*

Kalau cirit-birit pon, saya akan paksa diri minum air banyak2 dan minum handmade air garam. Dan saya akan pastikan saya duk dekat dengan toilet so that I can do my bussiness as soon as possible everytime I have the urge *because of course we dont have much time to think or postpone it right*

See..betapa 'bencinya' saya dengan mereka yang bergelar doktor!



Tapi entri ini sebenarnya lebih kepada cerita saya perihal doktor gigi. Waktu di Ting 3, saya pergi buat dental check up. Of course bukan saya yang pergi dengan rela hati tapi nurse datang ke sekolah dan every student wajib gi check gigi sebab kedatangan diambil...ngeng! Punya laa menggigil satu badan bila nak sampai turn tu. Nurse suruh bukak mulut je pun dulu, tapi saya dah mula rasa ngilu dan pegang kain sekolah kuat2. *anxiety disorder sungguh*

Saya diberitahu gigi saya perlu ditampal dan saya harus ke klinik gigi untuk pemeriksaan seterusnya. Agak2 awak kan saya pergi tak?

Yaaaa betul! Saya tak pergi. Dah tak sakit, buat apa nak pergi kan. Cuma kadang-kadang tu je la ada sakit kat gigi geraham belakang bila makan daging *especially bila raya haji..weee daging bakar best*

So bila dah tahu sakit, elakkan la makan kan. Tak pun, saya akan kunyah dengan gigi depan. Heee..baekk punya strategi kan?

Sehinggalah bulan lepas, kawan saya *dental student* minta tolong jadi patient beliau sebab patient beliau yang lepas tak dapat datang untuk check up. So alang2 tak ada kerja dan untuk tidak mengecewakan beliau, saya pun setuju laa... *a big WOW to me sebab mampu atasi masalah takut doktor gigi*

Nak tau apa end result daripada check up tersebut? Dental caries ++ ok! Dan hari ni saya pergi buat tampalan gigi. Ini untuk first round dan mungkin banyak round lagi lepas ni..sedih! Double sedih sebab kena postpone pakai braces :((((((((((((((((((((((

Triple sedih bila doktor kata lubang tersebut mungkin terlalu dalam dan kemungkinan kena buat CRT!! *apa CRT??cari sendiri.tak nak bagitau sini sebab sedih sangat* 

Untuk sementara ni, buat temporary filling dulu dan tengok kalau2 ada sakit and other symptoms, baru buka balik dan tengok. Kalau dah involve akar, so kena proceed buat CRT. Kalau tak, boleh proceed dengan permanent filling laa. So tolong tolong tolong doakan gigi saya kembali ok?!Hiii. Plus rajin2 la jaga gigi awak tu ye cik ishanokokoro :))

See...betapa buruk padahnya bila anda 'benci' doktor! *wekk wekk*

Nasihat ikhlas saya, rajin-rajin kan la diri anda untuk buat check up. Tak kira check up apa pun. Walaupun tak sakit! Diulang, walaupun tak sakit! 

Medical check up, dental check up, mammogram, pap smear blaa blaa
Nak dijadikan cerita kan, kalau saya rasa macam badan ni tak best je kan, saya akan buat medical check up sendiri. Check gula sendiri kat wad, dengar dengupan jantung sendiri, buat physical examination kat badan sendiri ataupun pergi unit transfusi darah untuk check kandungan Hb dalam darah..Hii...best kan?

Moral of the story
DO YOUR CHECK UP

:: Healthex 2009 masa tahun 2 ::
- mudanyaaa nampak saya masa niii :p -



:: sehingga bertemu lagi ::
~(^_______^)~


4 comments:

Anonymous said...

salam.nak tanya..
saya lepasan spm..
saya nak ambil medik dekat UMS.
Tapi saya kena ambil Asasi sains dulu kan?

ishanokokoro said...

wassalam
yup kena ambil foundation dulu setahun
samada kat matrikulasi atau mana2 pusat asasi sains eg PASUM @ uitm

all the best dik :)

Anonymous said...

salam.. saya nak tanya.. sy dpt medic kat ums.. nape bila sebut medik kt ums je,, org macam pandang redah? *bengan jugak lar*

ishanokokoro said...

wasalam..
pedulikan orang nak kata apa
yg penting diri kita
blaja medic kat mana2 pon,asasnya tetap sama..
x semestinya graduan dari uni yg femes, bila dah kerja,dia competent masa kerja
depends mcm mana u try to gain knowledge & skills as much as u can when u're a medical student