Tamat sesi clinical teaching dengan Dr Sham kat 2 Baiduri & 2 Akik,Sangeeta ajak pergi labour room(bilik bersalin).Pada mulanya saya agak keberatan tapi memikirkan saya hanya akan nampak katil jer kalau balik bilik,jadi saya decide nak ikut dia pergi tengok ibu bersalin.Masa tu ada beberapa orang ibu yang sudah berada dalam bilik bersalin but still in 1st stage of labour,means still waiting for the full dilatation of the cervix.Di sebalik pintu,kami nampak Dr Bina tengah buat vaginal examination kat seorang ibu,kami ingatkan dah nak bersalin.Tapi bila Dr Bina keluar,dia cakap baru 3 cm.Maksudnya,bukaan cervix tu baru 3 cm instead for normal vaginal delivery,it usually opens 10 cm.Dr Bina bagitau ada seorang ibu kat bilik kecemasan,cervix opening was already 9 cm.Then,kami pergilah tengok and asked permission from the staff nurse incharge.Nurse tu cakap ibu tu sekarang diletakkan dalam lateral position for 1 hour untuk bagi baby tu turun sikit.Jadi,kena la tunggu sampai pukul 5 (1/2 jam lagi).
Around 5pm,Dr Abdullah masuk dan kami pun masuk la sama (saya,Sangeeta,Baiti & Turga).All preparations were done,the mother was in lithotomy position and now ready for delivery.Baiti masa tu dah memang pegang kemas2 dah tangan kanan saya.Takut katanya.Tangan kiri saya pulak Sangeeta yang pegang.Kuat pulak tu.Dr Abdullah buat vaginal examination (VE means masukkan 2 jari dalam vagina untuk check keadaan dalam vagina) menggunakan lubrication.Untuk apa,kami tanya.
"ARM (Artificial Ruptured Membrane)".Owhh...
Tepat jam 5.15pm,si ibu mula push (teran nak bersalin).Berkerut2 dahi si ibu.
"Allahuakhbar!Allahuakhbar!"
And I could catch a lovely moment when the husband kissed the wife's forehead.Just to remember the wife that he would always be by her side.
20 minit berlalu.Dr A masuk (saya namakan Dr A sebab saya tak tahu nama Dr perempuan ni).
"Os full,Dr Abdullah?"
Dr Abdullah mengangguk.Relax jer saya tengok Dr Abdullah ni.Cayalah.Kami masih lagi tercegat kat dinding bilik,bertentangan dengan si ibu.Tidak berkelip mata saya melihat bagaimana seorang lagi keturunan Nabi Adam a.s lahir ke dunia.
'Push kak!Push!'Perlahan jer suara kami,takut mengganggu suasana dalam bilik bersalin tu.
"Yang kamu duk tercegat kat situ macam tiang bendera tu kenapa?Meh la assist Dr ni.Bagi semangat sikit kat patient."
Kami tercengang seketika.Macam mana nak assist kalau kami tak tau nak buat apa?Huk3.
Saya pegang kaki patient.Saya gosok2 tangan dia.Staff nurse kat sebelah saya masih lagi mengusap2 perut si ibu,seperti tadi.Sesekali saya juga cuba untuk memegang peut si ibu yang kadang2 mengeras dan kadang2 mengendur.Setiap kali perut mengeras(means ada contraction),tarik nafas kemudian teran.
Begitulah nasihat staff nurse tu kepada si ibu.
"
Can u please take another blue pad?We need to change it."
A'ah la.Dah basah sangat dah pad tu dengan urine + blood + lubrication.Tapi mana saya nak cari benda tu???Sebelum saya sempat melangkah keluar(sebab ingatkan benda tu ada kat luar),Dr Abdullah menunjukkan laci yang tertulis 'Under Pad'.Owh ok.I took out one and put it under her buttock.Sebelum ni dah 2 kali Dr Abdullah buat catheterization sebab nak keluarkan urine.Tapi still,masih banyak urine yang keluar.Compression of the bladder from the big uterus,I reckon.
"Teran panjang2 kak.Teran sungguh2."
"Sikit lagi kak.Kami dah nampak dah rambut baby."Kami mencelah.Hingar sekejap suasana dalam bilik bersalin tu dengan suara kami,staff nurse dan Dr A.Dr Abdullah senyap jer sebab dia tak fasih Bahasa Melayu (sebab dia foreigner).Tapi setiap kali kepala baby hampir mencecah permukaan,tiap kali itulah si ibu habis nafas & terpaksa relax balik.Tangan si suami tak lepas daripada mengusap kepala si isteri,kata2 semangat sentiasa bergema di telinga si isteri.
"Awak kena kuat.Ramai ni yang bagi sokongan.Selawat banyak2.InsyaAllah boleh."
Lebih kurang macam tulah yang saya dengar.
Jam dah menunjukkan pukul 6.00pm.Dah hampir sejam tapi baby masih lagi tak keluar.OXYTOCIN pun dah diberi.(Oxytocin adalah sejenis ubat untuk meningkatkan proses pengecutan dinding rahim supaya rahim berupaya untuk 'menolak' baby keluar).Dr 'Adlin' (saya namakan Dr ni Dr 'Adlin' sebab saya tak ingat nama dia tapi muka dia persis Adlin,pblmate saya) pulak masuk.Melihat kepada mesin CTG (cardiotocography to see fetal heart rate and uterine contraction),cepat2 dia sarung gloves dan ambil tempat Dr Abdullah.Baby was tachycardic!
"Awak kena push lagi ni.Baby tak boleh keluar lagi ni.Kita kira la macam ni eh.Bila awak rasa sakit,awak terus tarik nafas dan push.Angkat kepala dan kacip gigi.Awak tahan nafas sampai saya bilang 10.Ok tarik nafas.1,2,3.................10."
Lepas. Si ibu dah tak larat.Berkali2 minta air,dahaga.
Kali ini Dr 'Adlin' berubah posisi.Dipisahkan tilam yang paling hujung dan dia kini berada di tengah2 celah katil.Dr 'Adlin' buat VE.Maybe to check the condition of the baby and the birth canal.Tiba-tiba darah membuak keluar.
'Astaghfirullahalazim.'Saya beristighfar.Terkejut pastinya.
"Damn.Tear!"
Aiyook...tear?Maknanya koyak?Apa yang koyak?Lapisan vagina?Owh no!Tapi saya pun tak pasti.But I was sure she knew what she was doing.
"Awak,awak kena push betul2.Kalau tak baby ni tak boleh keluar.Kesian baby awak ni.Dah lama dia kat dalam.Awak push sungguh2 macam awak marah kat saya.Awak push macam awak nak buang air besar masa sembelit."
Sekali lagi si ibu teran.Sungguh2.Kemas genggaman kedua2 belah tangannya pada batang besi di sebelah tapi masih tak berhasil.
"Tak boleh.Sakit."Perlahan jer suara si ibu menahan sakit.
"Boleh.InsyaAllah.Buat apa yang Dr suruh,insyaAllah boleh."Si suami tetap dengan kata2 semangat untuk si isteri.
"Kalau tak boleh ni,saya terpaksa 'tarik' ni.Kita tunggu lagi 10 minit.Kalau masih tak boleh,saya terpaksa tarik jugak."
'Tarik' maksudnya incise lapisan otot di bahagian perineum supaya bukaan laluan untuk baby keluar lagi besar dan memudahkan proses kelahiran.In medicine,we call it as EPISIOTOMY.It is really painful but the pain is actually masked by the contraction pain.So the mother will not notice the cut until the delivery is over.
10 minutes already and the baby still stucked inside.Dr had no choice.Episiotomy should be done.Otherwise,it could cause severe tear to the perineum.Oh this might be a very big problem!
And surely this is my first time witnessed an episiotomy done.Sekali lagi darah membuak keluar.Habis kain hijau yang melapisi bahagian bawah si ibu penuh dengan darah pekat.Sudah 2 pads digunakan untuk mengelap darah di bahagian episiotomy.Nasib baik saya masih boleh tolerate dengan darah.Kalau tak,dah lama saya pengsan.Dr 'Adlin' masih lagi berusaha untuk mengeluarkan bayi.Berkali-kali dia buat VE tapi sekali lagi,kami hampa.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30pm.
"Can someone please call Dr Sham?"
Tak lama lepas tu,Dr Sham sampai.Dia tekan perut si ibu ke bawah.Sekuat hati!Then dia pulak sarung gloves.Sambil buat VE,sambil tu dia tekan2 bahagian rahim si ibu.
Saya beralih pandang ke wajah si ibu.Berkerut2 dahinya.Mata saya mula bergenang.
'Sabar ye kak.InsyaAllah semuanya akan selamat.Tak lama lagi baby akak dah boleh melihat dunia ni.'
'Ya Allah,Kau permudahkanlah ibu ini melahirkan anaknya Ya Allah.Anak yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.' Saya berdoa dalam hati.
Tiba2 sahaja bilik bersalin tu penuh.Pelajar senior,nursing students,staff nurse,Drs etc2.Memang penuh.Semuanya ingin menyaksikan proses kelahiran yang agak complicated ini.Ye lah,dah bagi oxytocin tapi masih tak berhasil.Episiotomy?Juga tak berhasil.
"Dr Abdullah,please call Dr Chandran.He's in registar's room.Please ask Paeds to be ready also."
Dr Sham mengarah.
Dr Chandran sampai tak lama lepas tu.Kemudian staff nurse pulak masuk dengan mesin dan alat2 yang saya memang tak familiar pun.Oh VACUUM kot,saya meneka.Suction machine and cup.Si suami pula diminta supaya tunggu di luar
"Gloves 7 please."
Ready with the gloves and the apron,Dr Chandran inserted the plastic cup to a wire that connected to the suction machine.He operate the machine and tested the pressure with his hand.
"Saya nak masukkan ni ke dalam.Jadi puan jangan teran ye.Bila saya kata teran,baru puan teran."
Slowly he inserted the cup to the vagina and I could see the cup was attached to the baby's head.
"Ok.Puan,teran."
Perlahan-lahan Dr Chandran tarik cup tadi ke luar.Dr 'Adlin' membantu dengan menarik bahagian tepi vagina supaya bukaannya lebih luas.Dr Sham turut membantu dengan membuat fundal pressure.
"Kak,push kak!Sikit lagi kak!Sikit lagi."
Kata2 semangat dari kami sebaik sahaja kami nampak kepala baby sudah sampai ke permukaan perineum.Tiba2,"tupp!"Cup tercabut ke belakang dah darah hampir2 sahaja mengenai white coat saya dan Sangeeta.Alhamdulillah nasib baik tak sempat kena.Cubaan kali kedua.Malangnya sekali lagi,cup itu tercabut.Kali ni,Dr Chandran menggunakan cup jenis metal pulak.
Dan hasilnya.....Alhamdulillah...bilik bersalin menjadi riuh-rendah dengan suara kegembiraan kami,sebaik sahaja kepala baby sudah berada di bahagian luar vagina.Dr Chandran kemudiannya menarik bahu kiri dan kanan baby perlahan-lahan dan akhir sekali badan dan kaki baby.Terus diletakkan baby tu atas dada si ibu.Tepat jam 6.45pm.And it was a girl!
'Alhamdulillah..daripada pukul 5.15 hingga 6.45pm,I jam 1/2 si ibu bertarung nyawa demi melahirkan zuriat sulungnya.Semoga kamu,si anak menjadi anak yang baik kelak dan tidak melawan cakap kedua orang tuamu.Kalaulah kamu tahu sebegini sukar ibumu waktu ingin melahirkan kamu,aku pasti kamu sedikit pun tidak akan pernah meninggikan suara kepada ibumu apatah lagi berbuat derhaka kepada ibumu.'
Malangnya saya tidak dapat menunggu lebih lama untuk melihat sendiri third stage of labour which was placental separation.Proses memisahkan placenta daripada rahim ibu.Keinginan yang membuak2 untuk melihat proses jahitan bahagian episiotomy juga harus saya pendamkan.Saya perlu bergegas pulang kerana saya masih ada 'hutang' dengan Allah SWT untuk dilangsaikan.Sempat saya mengusap tapak kaki baby tadi sebelum saya mengambil beg untuk pulang.Matanya yang berkedip2 menahan cahaya yang sebelum ini gelap,oh sangat comel!I couldn't help a smile licking across my face as I look at her again.Maybe this was some sort of what every mom felt when she saw somebody in her tommy before for 9 months ++ now was by her side.hah!
And that day,I was very happy for being a part of the team .Thank you Allah for this experience.I bet, it would be my most memorable part in O&G department.
Normal vaginal delivery
( http://med50.blogspot.com/2010/05/normal-labour-process-of-childbirth.html )
Vacuum assisted vaginal delivery
( pic from http://www.aafp.org/afp/2008/1015/p953.html )
Episiotomy (small pic : episiotomy scissor)
(wikipedia)
(wikipedia)
No comments:
Post a Comment