CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.
::27 March 2011:: Let say HYE to MR PROFESSIONAL II!!
jadual peperiksaan
Kurang daripada 8 jam,kami bakal menduduki peperiksaan akhir fasa II yang akan menentukan samada kami betul2 layak/bersedia untuk melangkah ke fasa III (tahun 4) iaitu tahun klinikal.3 minggu berada dalam pure study week,macam2 rasa ada.Dan hanya DIA yang mengetahuinya.Tadi siang,saya ok lagi tapi bila menjelang petang,hati saya mula berdebar.Takut!Cuak!Masa mama call lepas Isya' tadi,rasa macam nak nangis dah.Sebak!Masa tu,mama baru lepas solat hajat,doa untuk anak mama supaya mudah jawab soalan exam esok.Saya la tu!Terima kasih mama!Ya Allah,Kau makbulkanlah doa ibuku!
Tadi masa tengah baca pasal worms,tiba2 mata saya panas.Hidung berair.Perlahan-lahan ada manik2 jernih jatuh kat pipi.T_T.Kenapa saya nangis?Saya kena kuat.Kita kan dah usaha sungguh2.Jadi,buat apa nak risau?Allah sentiasa ada dekat dengan kita.Dan DIA punya semua jawapan.Why dont u seek from HIM??
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا "dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara," (Al Ahzab,33 : 3)
"Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya DIA akan memberi jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (At-Thalaaq,65 : 2-3)
Terima kasih pada senior2,kawan2 yang wish dan doakan kami tak kira kat fb,msg hp or directly.Really2 appreciate all those prayers.Terharu!Sungguh,doa kalian menguatkan kami.InsyaAllah moga2 DIA makbulkan doa kalian.Ameen Ya Rabbal Alamen~
Mesti semua dah sedia maklum akan kejadian gempa bumi yang disusuli dengan ombak ganas tsunami yang berlaku di negara Matahari Terbit jumaat lalu.Tsunami kali ini merupakan yang terbesar berlaku di Jepun dan meragut lebih daripada 1000 nyawa.Alhamdulillah lebih 5000 rakyat Malaysia di sana termasuk lebih 800 pelajar yang menyambung pelajaran di sana selamat.Sebak hati saya apabila membaca blog rakan baik saya,Bila yang kini belajar di Jepun apabila beliau menceritakan detik2 cemas sewaktu gegaran berlaku.Tak tahu nak ke mana,tak tahu nak berpaut pada siapa.Seorang diri memandang ke langit dan akhirnya pandangan jatuh ke bumi.Talian semua terputus.Tak dapat nak hubungi sesiapa."Ya Allah ujian apakah ini?"Mungkin itu yang berlegar dalam fikiran beliau tika itu.Sepupu saya yang juga belajar di sana (tapi sekarang dia tengah bercuti & berada di Malaysia) kata rumah dia kat sana dah separuh roboh.Rumah kawan dia lagi la,dah lesap,hanyut entah ke mana.Menurut Bila,kawan2 beliau ramai yang terkandas di tengah jalan.Tak dapat balik rumah sebab semua jenis pengangkutan awam telah dihentikan perkhidmatannya.Ada yang terpaksa balik rumah jalan kaki selama 4 jam.Ada yang tak berani pun nak balik rumah.Lagi sebak saya bila dengar kawan2 kat sana asyik kata 'sedia untuk lari' sebab ada gegaran.
"warning akan ada earthquake dgn magnitude besar kat area kantou td kat tv..minna,hati2...sedia utk lari.." -Kah-
Hari Ahad lalu,negara dikejutkan dengan slot karikatur di Berita Minggu yang memaparkan ultraman,satu watak kartun jepun yang dianggap wira kerana mampu melawan raksasa yang hebat lari bertempiaran apabila dikejar ombak tsunami.Dan sekarang slot karikatur itu sudah tersebar luas malah di negara Jepun sendiri.Pihak Berita Minggu dikecam hebat.Seorang lagi kawan saya di sana,Syafikah,kata dia malu untuk keluar rumah hatta untuk berjumpa kawan2 unversiti sebab orang Jepun dah mula tengok pelik pada mereka gara2 watak ultraman tu.Mungkin pihak akhbar meletakkan isu ultraman itu sebagai bahan gurauan semata2 namun untuk bergurau juga ada tempatnya.Semua yang berlaku adalah dalam ilmu-Nya.Mungkin esok lusa tsunami di tempat lain pula,tiada siapa yang tahu.
Dan pukul 4.30 pagi semalam (selasa),radiaktor nuklear Fukushima pula meletup.MasyaAllah!Dan penduduk Jepun kini berdepan dengan masalah pencemaran udara & air yang disebabkan oleh bahan radiasi tu sehinggakan pekerja2 di tapak radiaktor nuklear itu dikerah agar meninggalkan tapak tersebut dengan segera.
Doa saya hanyalah semoga semuanya akan pulih seperti sedia kala.Lambat atau cepat,itu semua adalah kuasa Allah.Kita tak tahu apa tujuan Allah menjadikan perkara ini berlaku namun yang pasti,DIA ada sebabnya.Mereka adalah insan2 terpilih yang Allah berikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut.Namun bahu yang memikul lebih berat bebanannya daripada mata yang sekadar menonton di kaca televisyen.Semoga kalian tabah dan KUATKAN SEMANGATMU!
In The Name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful
*will be off for a few days/weeks,leaving you with this piece of notes*
We can't foresee the turning of the tide When problems beset us and tears are cried Sometimes life deals from the bottom of the deck Filling us with worry and leaving us a wreck
The enemy seeks to devour and destroy Using deceptions to eliminate our joy While walking through the valley,our heads hung low The mountain top seems so high,our footsteps slow
How many times have we travelled this road To battle the frustations of troubles bestowed Yet when we come to our darkest hour GOD demonstrates His infinite power
It doesn't matter how bad things might seem He always comes through,our faith to redeem GOD will not fail us in our times of pain He'll never forsake us,by our side,He'll remain
So when we find ourselves at a total loss Or when the valley seems too wide to cross Just remember you're in His love and care Look over your shoulder,HE'S ALWAYS THERE!
Jengg!!Jengg!!Jeng!! Header baru 'When It Talks' miss ishanokokoro Terima kasih banyak2 En Coffee ~(^________________^)~ Terima kasih juga untuk cik fieha sbb kenalkan blogger ni Saya mintak tolong En Coffee createkan header untuk blog ni Tak sampai sehari pun,beliau dah reply email saya sekali dengan header ni Simple but really cool!! Dan saya sangat suka :D Arigatoo ne!! En Coffee buat free jer Siapa2 yang nak,silalah ke blog beliau di sini
"......buat isteriku yang tercinta yang bagi saya merupakan amanah yang tak ternilai harganya kerana harta yang paling berharga bagi seorang lelaki adalah isteri yang solehah." - Dr Farhan Hadi Mohd Taib -
".......buat cik abang sayang yang telah berjaya menakluki hati ini,yang telah berjaya melembutkan hati ini dan dialah pemilik cintaku setelah Allah & Rasul." - Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin -
Kedua2 panel memulakan bicara dengan senyuman tak lekang daripada bibir & mata yang saling bertaut.Romantik bukan?Kepada sesiapa yang pernah membaca novel 'Denyut Kasih Medik' & 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul',kalian pasti mengenali 2 ikon ini.Dan kalian juga pasti sudah sedia maklum dengan kisah permulaan hidup mereka sebagai zauj & zaujah daripada novel2 tersebut.Alhamdulillah dengan izin Allah SWT,saya berpeluang menghadiri satu majlis ilmu,saya kira iaitu 'Forum Bicara Hati : Hatiku Milik Siapa?' malam tadi.*thumbs up* buat seluruh warga kerja forum ini!
Mendengar tajuknya sahaja,pasti sahaja perkataan 'Cinta' yang bermain dalam fikiran kita semua.Saya bukanlah Dr Cinta yang boleh merawat hati2 yang dilamun ombak cinta namun saya hanyalah ingin berkongsi serba sedikit butir bicara buah fikiran yang dilontarkan 2 panelis tersebut semalam.InsyaAllah yang baik kita jadikan pedoman,yang buruk kita jadikan sempadan.
Jika kalian google search perkataan 'Cinta',bertaburan maksud istilah perkataan keramat itu yang akan anda temui,baik definisinya dari segi Islam mahupun Barat.Namun,definisi yang paling mudah saya kira yang diterjemahkan oleh Dr Farhan adalah 'cinta' itu ada 2 jenis : Cinta yang DIIKTIRAF & cinta yang TIDAK DIIKTIRAF.
Cinta yang diiktiraf : Cinta yang diredhai oleh Allah SWT yakni cinta kepada-Nya,cinta kepada Rasulullah SAW,ibu bapa,kaum keluarga,rakan2,alam sekitar & makhluk ciptaan-Nya seluruhnya.
Cinta yang TIDAK diiktiraf : Cinta kepada insan yang berlainan jenis yang bukan mahram padanya yang kelak boleh menimbulkan fitnah.
"Kita sedia maklum bahawa cinta yang paling utama & hakiki adalah cinta kepada Sang Pencipta.Kenapa perlu sangat cinta kita kepada-Nya sedangkan kita tak pernah melihat-Nya?Percayalah bahawa cinta kepada-Nya adalah cinta yang mengandungi 'Halawatul Iman' (kemanisan iman)" - Ustazah Fatimah Syarha -
Apakah yang dimaksudkan cinta kepada Allah SWT?Pertama sekali,kita harus tahu tujuan kita hidup di atas muka bumi ini.Kita sebenarnya memikul 2 tanggungjawab yang sangat berat iaitu sebagai 'Khalifatullah'(khalifah Allah) & hamba Allah.Sebagai khalifatullah,kita bertanggungjawab untuk menarik insan di sekeliling kita ke arah amar makruf (membuat kebaikan) & nahi mungkar (menjauhi kemungkaran).Bukan senang kan tugas itu?Diri sendiri tidak terurus apatah lagi untuk menarik orang Lain ke jalan dakwah.Jangan risau kerana Allah sentiasa berada bersama kita. "Maka barang siapa memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga),maka Kami akan mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)." (Surah Al-Lail,92 : 5-7)
Tugas yang kedua adalah sebagai hamba Allah yakni untuk beribadat kepada-Nya. "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.' (Surah Az-Zariyat,51 : 56) Allah sebenarnya telah menyediakan waktu yang cukup kepada kita untuk beibadat kepada-Nya.
saat : zikrullah
harian : solat
mingguan : solat Jumaat ( kaum Hawa juga dibenarkan untuk mendengar khutbah dan mengambil pahala daripadanya)
bulanan : mengingati peristiwa2 penting dalam kalendar Hijrah (eg : Israk dan Mikraj di bulan Rejab)
tahunan : puasa di bulan Ramadhan
seumur hidup : mengerjakan Haji
Allah juga akan menjadi amat cemburu andai ada dalam kalangan manusia yang meletakkan cinta mereka kepada manusia yang lain melebihi cinta mereka kepada-Nya.Akibatnya,Allah akan menarik kembali segala nikmat yang pernah Dia kurniakan kepada kita sebelum ini.MasyaAllah!Kalau Dia sudah mengambil semuanya daripada kita,apa lagi yang kita ada?Dan satu lagi,jaga hak2 Allah.Rindu nak baca Al-Quran,rindu nak solat berjemaah di surau,rindu nak hadiri majlis2 ilmu,bersedekah,menolong mereka yang memerlukan,semua itu adalah hak Allah dan kita sebagai 'peminjam' wajib menjaganya.
"Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah),serta mendustakan (pahala) yang terbaik,maka akan Kami mudahkan jalannya menuju kesukaran (kesengsaraan)." (Surah Al-Lail,92 : 8-10) MasyaAllah!Begitu sekali peringatan Allah kepada kita. InsyaAllah semoga kita menjadi golongan yang mendapat nikmat,bukan golongan yang mendapat murka.
Kita kata bahawa kita cinta kepada-Nya.Kita canangkan kepada orang ramai bahawa kita jalankan syariat-Nya tapi apakah buktinya?Bagaimana kita zahirkan cinta kita itu?Mungkin kalau dengan pasangan,kita boleh cakap 'I love U' tapi dengan Allah?Samalah jugak.Melalui kaedah lisan,kita berzikir memuji keagungan Allah,kita menyanjung setiap penciptaanNya dengan mengucap Subhanallah.Melalui perbuatan,kita menjalankan sunnah kekasihnya,Rasulullah SAW dan melalui hati,kita sentiasa mengingati bahawa Allah itu Maha Esa.Tiada yang lebih utama melainkan Allah.
Banyak jugalah soalan yang diajukan buat panelis2 semalam.Tapi Alhamdulillah semuanya dapat dijawab dengan baik dan memuaskan.Ada satu soalan yang menarik perhatian seisi dewan iaitu "Kita yakin bahawa jodoh itu datang daripada Allah dan telah ditentukan sejak azali lagi,jadi bagaimana kita nak dapatkan jodoh yang baik dan bagaimana kita nak kenal bahawa bakal pasangan kita itu adalah jodoh yang baik?"
"......perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)........." (Surah An-Nur,24 : 26)
Setiap daripada kita inginkan jodoh yang baik tapi sebelum mendapat yang baik,kita haruslah jadi yang baik dan soleh/solehah terlebih dahulu.Kata orang,jadi yang 'dicari' sebelum 'mencari'.Jadi perbaiki diri,lengkapkan hati,penuhkan yang kurang,insyaAllah jodoh yang baik pasti menanti.
Nak kenal bakal pasangan,kita lihat agamanya kerana agama itu adalah ibarat tiang sesebuah baitul-muslim.Kalau rapuh tiangnya,maka goyanglah baitul-muslim tersebut.Bagaimana nak lihat agamanya?Lihatlah cara lelaki itu approach si gadis.Adakah dengan menghantar SMS mengatakan 'Saya suka awak' ataupun terus mengajak keluar bersama?Lelaki dengan agama yang baik tidak sekali-kali akan menceroboh daerah peribadi si gadis yakni hatinya (ayat yang sering diulang2 oleh Ustazah Fatimah Syarha) dan tidak akan pernah menceroboh hak wali si gadis.Lelaki dengan agama yang baik akan terus berjumpa dengan wali si gadis dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga di taman.Begitulah cara terbaik yang diajar oleh Islam kepada penganutnya.Melalui AGAMA.Manusia bimbang tidak sama minat tapi tidak risau andai tidak sama syariat.Islam menjadikan perasaan cinta itu sesuatu yang fitrah,maka masakan Islam ingin menyusahkan penganutnya dengan fitrah tersebut.Islam menyediakan medium yang paling indah untuk menyalurkan sifat fitrah itu melalui jalan yang terbaik yakni perkahwinan.Andai tidak mampu,pohonlah pada Allah agar dikuatkan iman.Bak kata Dr Farhan Hadi,sibukkanlah diri dengan pelajaran dan beribadat kepada-Nya.
Ada satu lagi soalan yang best.Kontoversi kot tapi saya yakin ramai yang mengalaminya tika ini. "Sebelum ni saya couple tapi bila saya datang forum ni,dengar Ustazah & Dr cakap macam tu,saya jadi insaf.Tapi saya sayang sangat kat dia.Jadi,apa yang harus saya buat?"
"Akak (Ustazah Fatimah Syarha membahasakan dirinya 'akak') tak suruh adik2 terus clash dengan pasangan adik2 lepas ni tapi bagitau si dia supaya 'kuarantinkan' dulu hubungan yang sedia ada ini.Dia cari diri dia yang sebenar dan adik cari diri adik.Bawa jalan masing2 dan bila dah bersedia,jumpa mak ayah terus.InsyaAllah kalu jodoh adik berdua masih panjang,pasti tak ke mana." Lembut sahaja bicara Ustazah.Senyum memang tak pernah lekang dari bibirnya.Manis.
Begitulah intipati yang saya dapat kongsikan serba sedikit daripada forum semalam.Rugi jugak kepada yang tak dapat pergi semalam.Ye lah..bila lagi kan nak jumpa mereka ni.Membaca buku2 tulisan mereka tidak sama dengan berjumpa 'live'.Memang sweet sangat pasangan ni.Tak segan silu untuk mempamerkan kemesraan mereka pada umum.Apa salahnya kan?Dah halal pun.Lainlah kalau pasangan yang tak pasti apa2 ikatan pun bertenggek berdua sana sini,memang la menyampah tengok.Bak kata Ustazah Fatimah Syarha mengenai suaminya,'suami yang tak pernah jemu berusaha untuk menjadi seromantik Rasulullah terhadap isterinya.'See??Apapun,forum semalam memang sangat terkesan di hati saya.Ingatlah siapa pun kita,hebat atau lemah,kaya atau miskin,kita hanyalah seorang hamba-Nya yang sentiasa berjuang ingin meraih cinta-Nya.Pohonlah agar kita tidak jauh daripada rahmatnya.Jangan persalahkan takdir andai kita diuji kerana ujian itu tandanya Allah saaaangat2 SAYANGKAN kita.
Family Day MCC Kali Ke-7 3-5 Februari 2011 Pantai Melawi *video u tube:kredit to Zafir Aziz.Well done! (http://www.youtube.com/watch?v=E-O8MSWt_Q0)
Sampai2 je kat pantai,Ayah Sue (tokddy) & Mama Sue (nanny) selaku moderator terus cari port.Ayah Sue sampai berkerut2 dahi sebab pening fikir macam mana nak uruskan kitorang nanti (tapi nana tau tu kerut tipu.hahah) Yang pink2 tu,paper beg Arianni ok!Dah 2 tahun Arianni jadi sponsor family day kami.Kot2 tahun depan dapat sponsor tudung Arianni pulak kan.Ye la,kami ni kan pelanggan setia Arianni.Opss bukan kami.My akak and Nek Sue je kot.Kalau balik tanah merah,tak sah kot my akak tak jejak kaki kat Arianni tu.Hisyy...
Perasmian Family Day MCC 2011 Kali Ke-7 oleh Pengerusi MCC,our beloved Ayah Ngah.Teringat pulak masa arwah Baba rasmi Family Day yang sebelum2 ni.Tak pe Ba,kami tetap ada untuk teruskan hasrat Baba.InsyaAllah selagi hayat dikandung badan,kami tetap di sini,bersama2.*sebak*
Antara isi ucapan Ayah Ngah yang saya ingat dan akan cuba tunaikan ialah "family kita memang dah ramai tapi kita nak meramaikan lagi,jadi ayah ngah cabar anak2 muda MCC yang belum kahwin supaya cepat2 kahwin.nanti family day akan datang,ahli kita akan bertambah".Ucapan Ayah Ngah disambut gelak tawa kami terutamanya yang muda2 ni la.Excited kot.Ok,orang tua dah bg green light,kami apa lagi.Jom sahut!Hahah.
Perarakan masuk skuad 016 diketuai oleh Nabil.Yeaaa.Tinggal beberapa kerat jer.Ingat lagi masa first family day dulu,2 baris penuh skuad 016 ni.Mana pergi yang lain??Hoohoo...ada yang tak dapat datang sebab tak dapat cuti kerja,ada yang sampai lambat.Tak pe2..yang penting seragam dari atas sampai bawah.Erk...Nabil kenapa baju putih?Pergi tukar sekarang! Skuad 016 ini ditubuhkan untuk menjaga keselamatan kami semua.Jadi mereka tidak dibenarkan tidur pada waktu malam dan harus bekerja menjaga kawasan perkhemahan mengikut shift.Tapi bila bangun pagi esok,diorang pulak yang dah terbongkang tak sedarkan diri.Apa ni??
Puak2 MCC yang memang pantang kalau dihalakan lensa kamera ke arah mereka
Ada masa senggang,kita selawat ramai2 dulu yer.InsyaAllah semoga kita semua akan mendapat syafaat dari Nabi kita kelak.Ameen
Comel la gambar ni!Ala2 Titanic gitu.Macam Romie & Juliet pun ada
Semangat bincang nama & cheers kumpulan :D
Seragam dari atas sampai bawah!Seluar celoreng ok!
Haa...ni apahal pulak tercegat je semua ni?Owh..mesti ready nak lompat ni kan?kan?Hisyy..tak ada keje lain :P
Kan dah cakap!MCC memang kaki lompat.Tau la kaki panjang semua
Awat Nabil buat kepala lagu tu?Macam orang tak betul jer Sue tengok
Malam pertama,makan kek Secret Recipe..sambut hari lahir warga MCC yang lahir bulan 1 & 2
Sebelum apa2,kita exercise dulu yer...1...2...3...ok kiri pulak....
Setiap kumpulan berusaha untuk menang... *hijau : Tok Rimau*
Merah kuning di hari kedua...
Inas : Nek Wan cakap apa ni?Inas tak paham la Nek Wan...
Bukan Akak kump oren ke?Abang Shaman kump Biru?Macam mana boleh duk skali ni?Tak aci!Tak aci! heheee...but so sweet kan :DD
Malam kemuncak-Arabian Night!!Tengok la..macam2 fesyen ada.Ada yang siap sewa pakaian lagi.Mantap tak?Kalau tahun lepas,saya pakai sari untuk tema pakaian beragam,kali ni saya main selongkar je almari cari jubah untuk tema Malam Arab ni.Nasib baik ada yang sesuai.Pastu,alter la sendiri mana yang patut.Pakai celak,sarung purdah.Dah siap!
Ni puak Taliban mana pulak ni???!!
Mantap!Mantap!Tak kira tua muda,kecik besar,semua tak nak kalah.Mana la Teh dapat sarung kepala tu??Nek Wan siap dengan 'hand made' kostum lagi..jahit sendiri tu tau yang kuning biru hijau tu...
Persembahan 6 Diva.DIVA ok!Apa la diorang ni bagi title Diva pulak kat kami.Diva ke??Adoii...tak semena2 kami kena buat persembahan malam tu.Abe Shah suggest buat ala2 persembahan sketsa atas pentas.Dan kami hanya ada masa kurang drp 2 jam untuk praktis ok?Saya ni kan pemalu.Mana ada pernah buat kerja2 macam ni!!Waaa!Tapi memandangkan family members je semua kan,saya hentam jer.Hahah!Nasib baik ok.Tahun depan diorang mintak buat lagi.Huh??!
Dress akak dah *thumbs up*!Tapi sayangnya akak tak boleh nak 'berjangox' sangat sebab susah nanti kalau nak susukan Inas..
Antara aktiviti kami sepanjang 3 hari di sini.Memang syok!!Ada segmen kesihatan bersama saya dan Fifi.Pertama kali kot.Sebelum ni tak ada pon kami kena cakap apa2 kat depan.Memandangkan sebelum masuk kawasan chalet tadi,saya ada nampak banner pasal Dengue,saya pun hentam jer la cakap pasal Dengue.Untuk hari kedua,sebab buntu sangat kan,kami pun buat la demonstari First Aid kalau jumpa orang yang cedera & kita suspect ada body parts dia yang patah.
Super duper COMEL :DD!!! Semoga sihat selalu to my both grandmas
Si cilik MCC...Moga kalian sentiasa membesar dalam rahmatNya..Ameen ~(^___________^)~ p/s : tak ada dalam gambar : Icha & Arsyad sebab Kak Maria tak dapat datang,masih dalam pantang
Pertandingan cipta 7 bentuk binatang..Nabil sebagai judge kena teka bintang apakah itu.. "Binatang apa yang semua orang buat ni?Nabil tak tahu la.." Haisyy Nabil...belajar tak habis lagi ke?Cikgu tak ajar lagi eh?
Pertandingan melukis & mewarna menjadi aktiviti penutup kami untuk family day kali ini.Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan-lelaki & perempuan.Kami ditugaskan untuk melukis lukisan yang bersambung drpd satu gambar kepada gambar yang lain.Disebabkan Ayah Ngah & Abe Shah memiliki jari2 yang berseni,maka mereka telah di'exclude'kan dari game ni dan automatik dilantik menjadi juri.Beberapa kriteria diambil kira termasuk abstrak,jalinan,tone warna & bla2 (saya pun tak faham).Setelah satu jam berhempas pulas,meliuk lentuk jari kami ni nak lukis ikut urat2 daun semua tu etc,akhirnya title juara menjadi milik kami-Girls & Woman.Yeaaa!!Hebat tak kami?Of course la.Walaupun kaum Adam kena denda,tapi kami tak jahat.Kami siap serve makanan untuk kalian lagi-air kosong cicah biskut kering.Hahah!Makan la korang sampai kembung! p/s : gambar kecil di atas : lukisan atas adalah milik kaum Adam dan lukisan bawah adalah milik kami.'kami che mek molek bla2' adalah lagu sorakan kami.Kata menang kan?*wink wink*
Hari ini kita bersama Esok Lusa tentu pasti Antara bait2 lagu rasmi MCC...
Kalau ada sumur di ladang Boleh hamba menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi InsyaAllah... *hugs and love mmuax mmuax buat MCC sayang*
Yup!15 years!Tak rasa satu jangka masa yang lama ke tu?Sangat lama saya rasa.Tapi itulah hakikatnya.Dah 15 tahun kami tak berhubung antara satu sama lain.Memang tak langsung ok!Not even through Friendster(zaman dulu2 la),Facebook or whatsoever advanced technology available now!Tapi hari ni,dengan izin Allah,Alhamdulillah kami dapat jumpa.Seronok!Terharu!
Siapa dia?? Dia adalah si cantik manis Norni Natriah. Kawan baik saya masa tadika.Diulang TADIKA! Saya masuk tadika masa umur 6 tahun (kira umur nabil sekarang la kan) dan sekarang umur saya dah 21++ tahun...tambah tolak bahagi,betulla dah 15 tahun! Masa mula2 jumpa kat Facebook (thanks Mr Mark),saya betul2 tak cam dia.Ingatkan kawan sekolah rendah.Tapi bila dia kata kawan tadika,saya terkejut sangat.NONIE! (dia yang mula2 sekali cam saya.nampak sangat muka saya memang tak berubah sejak kecil)
Masa kecil2 dulu,Nonie jiran saya.Rumah dia selang beberapa buah jer dari rumah saya.Pagi2 kami akan pergi tadika sama2 naik van.Cikgu Mi aka my mak cik yang akan bawak van datang ambil setiap seorang daripada kami kat satu tempat perhentian sekitar kawasan rumah kami.Dekat jer sebenarnya tadika ni.Dalam 15 minit macam tu la dari rumah kami.Sampai tadika,kami akan beratur kat luar dan masuk dalam kelas sama2 dalam barisan.Dan bermulalah pelajaran ABC kami untuk hari tersebut.Dalam pukul 10 macam tu,ada makan pagi.Ada air tea O,nasi lemak 30 sen dan keropok.Nasi lemak tu cikgu N yang buat (saya lupa nama cikgu tu,sebab tu saya tulis N).Nasi lemak tu best sangat2.30 sen jer ok!Kadang2 kami berebut nak pergi urut belakang cikgu N sebab nanti kami dapat upah nasi lemak yang best tu.Hehe.Satu lagi,ada keropok keping banyak2 yang dijual dalam plastik.Saya suka beli sebab nanti saya akan hancurkan keropok tu sampai la jadi debu.Tak kira la guna apa pun.Kalau lenguh dengan tangan,guna la pencil case ke,gelas ke sampai la betul2 hancur.Kemudian makan.Nyum2!
Masa tadika best sangat2.Sebab banyak aktiviti.Mewarna,melukis,main kejar2,main nenek2 bla2.Cikgu ada dua jer.Cikgu Mi & Cikgu N.Bila akhir tahun,akan ada sukan tahunan,buat kat dewan.Masa tu sangat meriah.Keluarga budak2 semua datang.Bagi sokongan kpd kami.hehe....wah!Sangat2 nostalgia!
Tadika sampai tengah hari jer.Bila petang,saya akan keluar pergi main dengan Nonie dan Mimi(my sepupu).Mimi pun tadika sama kami jugak.Rumah dia belakang rumah Nonie jer.Macam2 kami main tau.'Dekcok'(tin tin),batu 'selambut'(seremban),main masak2 (acara wajib) bla2.Kalau tak main kat rumah Nonie,kami akan main kat rumah saya.Tak pon kat rumah Mimi.Pendek kata,kami bertiga memang selalu akan main sama2.
Tapi lepas tadika,Nonie dah pindah tempat lain.Sekolah rendah pon,dia tak sama dengan kami.Dan dari situlah kami mula lost contact sampai la awal tahun ni,dia jumpa facebook saya.Tadi masa jumpa,rasa seronok sangat.Peluk kuat2,rasa macam tak nak lepas.Lama kot kami bertenggek kat kedai tu.Macam2 cerita keluar.Saya siap keluarkan gambar masa tadika lagi.Semangat kan!
Nonie sekarang tengah cuti sebab Mesir sekarang kan tengah bergolak.Dia sekarang tahun 4 Medic kat Uni Alex.Alhamdulillah semoga terus sukses ye Nonie. ~(^___________________________^)~
1996 : Tadika Perpaduan Tanah Merah Yang saya bulatkan,tu la Nonie (masa kecil2 dulu la) Kecik & comel jer orangnya Yang duduk depan belah kanan sekali,tu pulak Mimi (pakai skirt) Mana saya?Cari sendiri :p *mana la semua budak2 ni sekarang ni kan?kalau jumpa balik,ntah cam ntah tidak.kot2 ada jer budak2 ni yang satu batch dengan saya kat sini.sapa tau kan??*
Dan sekarang Nonie dah cantik! Tapi tak boleh lawan tinggi saya la.Heheee :D
Haaa....ni sapa pulak?? Ntah budak mana sesat gambar kat sini :p
sekian..wassalam~ tiba2 masuk mood zaman tadika dulu..kira tak payah buka buku medic la kan :p