CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



March 4, 2011

It has been 15 years,you know!!



Yup!15 years!Tak rasa satu jangka masa yang lama ke tu?Sangat lama saya rasa.Tapi itulah hakikatnya.Dah 15 tahun kami tak berhubung antara satu sama lain.Memang tak langsung ok!Not even through Friendster(zaman dulu2 la),Facebook or whatsoever advanced technology available now!Tapi hari ni,dengan izin Allah,Alhamdulillah kami dapat jumpa.Seronok!Terharu!

Siapa dia??
Dia adalah si cantik manis Norni Natriah.
Kawan baik saya masa tadika.Diulang TADIKA!
Saya masuk tadika masa umur 6 tahun (kira umur nabil sekarang la kan) dan sekarang umur saya dah 21++ tahun...tambah tolak bahagi,betulla dah 15 tahun!
Masa mula2 jumpa kat Facebook (thanks Mr Mark),saya betul2 tak cam dia.Ingatkan kawan sekolah rendah.Tapi bila dia kata kawan tadika,saya terkejut sangat.NONIE!
(dia yang mula2 sekali cam saya.nampak sangat muka saya memang tak berubah sejak kecil)

Masa kecil2 dulu,Nonie jiran saya.Rumah dia selang beberapa buah jer dari rumah saya.Pagi2 kami akan pergi tadika sama2 naik van.Cikgu Mi aka my mak cik yang akan bawak van datang ambil setiap seorang daripada kami kat satu tempat perhentian sekitar kawasan rumah kami.Dekat jer sebenarnya tadika ni.Dalam 15 minit macam tu la dari rumah kami.Sampai tadika,kami akan beratur kat luar dan masuk dalam kelas sama2 dalam barisan.Dan bermulalah pelajaran ABC kami untuk hari tersebut.Dalam pukul 10 macam tu,ada makan pagi.Ada air tea O,nasi lemak 30 sen dan keropok.Nasi lemak tu cikgu N yang buat (saya lupa nama cikgu tu,sebab tu saya tulis N).Nasi lemak tu best sangat2.30 sen jer ok!Kadang2 kami berebut nak pergi urut belakang cikgu N sebab nanti kami dapat upah nasi lemak yang best tu.Hehe.Satu lagi,ada keropok keping banyak2 yang dijual dalam plastik.Saya suka beli sebab nanti saya akan hancurkan keropok tu sampai la jadi debu.Tak kira la guna apa pun.Kalau lenguh dengan tangan,guna la pencil case ke,gelas ke sampai la betul2 hancur.Kemudian makan.Nyum2!

Masa tadika best sangat2.Sebab banyak aktiviti.Mewarna,melukis,main kejar2,main nenek2 bla2.Cikgu ada dua jer.Cikgu Mi & Cikgu N.Bila akhir tahun,akan ada sukan tahunan,buat kat dewan.Masa tu sangat meriah.Keluarga budak2 semua datang.Bagi sokongan kpd kami.hehe....wah!Sangat2 nostalgia!

Tadika sampai tengah hari jer.Bila petang,saya akan keluar pergi main dengan Nonie dan Mimi(my sepupu).Mimi pun tadika sama kami jugak.Rumah dia belakang rumah Nonie jer.Macam2 kami main tau.'Dekcok'(tin tin),batu 'selambut'(seremban),main masak2 (acara wajib) bla2.Kalau tak main kat rumah Nonie,kami akan main kat rumah saya.Tak pon kat rumah Mimi.Pendek kata,kami bertiga memang selalu akan main sama2.

Tapi lepas tadika,Nonie dah pindah tempat lain.Sekolah rendah pon,dia tak sama dengan kami.Dan dari situlah kami mula lost contact sampai la awal tahun ni,dia jumpa facebook saya.Tadi masa jumpa,rasa seronok sangat.Peluk kuat2,rasa macam tak nak lepas.Lama kot kami bertenggek kat kedai tu.Macam2 cerita keluar.Saya siap keluarkan gambar masa tadika lagi.Semangat kan!

Nonie sekarang tengah cuti sebab Mesir sekarang kan tengah bergolak.Dia sekarang tahun 4 Medic kat Uni Alex.Alhamdulillah semoga terus sukses ye Nonie.
~(^___________________________^)~



1996 : Tadika Perpaduan Tanah Merah
Yang saya bulatkan,tu la Nonie (masa kecil2 dulu la)
Kecik & comel jer orangnya
Yang duduk depan belah kanan sekali,tu pulak Mimi (pakai skirt)
Mana saya?Cari sendiri :p
*mana la semua budak2 ni sekarang ni kan?kalau jumpa balik,ntah cam ntah tidak.kot2 ada jer budak2 ni yang satu batch dengan saya kat sini.sapa tau kan??*



Dan sekarang Nonie dah cantik!
Tapi tak boleh lawan tinggi saya la.Heheee :D


Haaa....ni sapa pulak??
Ntah budak mana sesat gambar kat sini :p


sekian..wassalam~
tiba2 masuk mood zaman tadika dulu..kira tak payah buka buku medic la kan :p

No comments: