CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



March 6, 2011

'Hatiku Milik Siapa?'





"......buat isteriku yang tercinta yang bagi saya merupakan amanah yang tak ternilai harganya kerana harta yang paling berharga bagi seorang lelaki adalah isteri yang solehah."
- Dr Farhan Hadi Mohd Taib -

".......buat cik abang sayang yang telah berjaya menakluki hati ini,yang telah berjaya melembutkan hati ini dan dialah pemilik cintaku setelah Allah & Rasul."
- Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin -

Kedua2 panel memulakan bicara dengan senyuman tak lekang daripada bibir & mata yang saling bertaut.Romantik bukan?Kepada sesiapa yang pernah membaca novel 'Denyut Kasih Medik' & 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul',kalian pasti mengenali 2 ikon ini.Dan kalian juga pasti sudah sedia maklum dengan kisah permulaan hidup mereka sebagai zauj & zaujah daripada novel2 tersebut.Alhamdulillah dengan izin Allah SWT,saya berpeluang menghadiri satu majlis ilmu,saya kira iaitu 'Forum Bicara Hati : Hatiku Milik Siapa?' malam tadi.*thumbs up* buat seluruh warga kerja forum ini!

Mendengar tajuknya sahaja,pasti sahaja perkataan 'Cinta' yang bermain dalam fikiran kita semua.Saya bukanlah Dr Cinta yang boleh merawat hati2 yang dilamun ombak cinta namun saya hanyalah ingin berkongsi serba sedikit butir bicara buah fikiran yang dilontarkan 2 panelis tersebut semalam.InsyaAllah yang baik kita jadikan pedoman,yang buruk kita jadikan sempadan.

Jika kalian google search perkataan 'Cinta',bertaburan maksud istilah perkataan keramat itu yang akan anda temui,baik definisinya dari segi Islam mahupun Barat.Namun,definisi yang paling mudah saya kira yang diterjemahkan oleh Dr Farhan adalah 'cinta' itu ada 2 jenis : Cinta yang DIIKTIRAF & cinta yang TIDAK DIIKTIRAF.

Cinta yang diiktiraf : Cinta yang diredhai oleh Allah SWT yakni cinta kepada-Nya,cinta kepada Rasulullah SAW,ibu bapa,kaum keluarga,rakan2,alam sekitar & makhluk ciptaan-Nya seluruhnya.

Cinta yang TIDAK diiktiraf : Cinta kepada insan yang berlainan jenis yang bukan mahram padanya yang kelak boleh menimbulkan fitnah.

"Kita sedia maklum bahawa cinta yang paling utama & hakiki adalah cinta kepada Sang Pencipta.Kenapa perlu sangat cinta kita kepada-Nya sedangkan kita tak pernah melihat-Nya?Percayalah bahawa cinta kepada-Nya adalah cinta yang mengandungi 'Halawatul Iman' (kemanisan iman)"
- Ustazah Fatimah Syarha -

Apakah yang dimaksudkan cinta kepada Allah SWT?Pertama sekali,kita harus tahu tujuan kita hidup di atas muka bumi ini.Kita sebenarnya memikul 2 tanggungjawab yang sangat berat iaitu sebagai 'Khalifatullah'(khalifah Allah) & hamba Allah.Sebagai khalifatullah,kita bertanggungjawab untuk menarik insan di sekeliling kita ke arah amar makruf (membuat kebaikan) & nahi mungkar (menjauhi kemungkaran).Bukan senang kan tugas itu?Diri sendiri tidak terurus apatah lagi untuk menarik orang Lain ke jalan dakwah.Jangan risau kerana Allah sentiasa berada bersama kita.
"Maka barang siapa memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (syurga),maka Kami akan mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)."
(Surah Al-Lail,92 : 5-7)

Tugas yang kedua adalah sebagai hamba Allah yakni untuk beribadat kepada-Nya.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.'
(Surah Az-Zariyat,51 : 56)
Allah sebenarnya telah menyediakan waktu yang cukup kepada kita untuk beibadat kepada-Nya.
  1. saat : zikrullah
  2. harian : solat
  3. mingguan : solat Jumaat ( kaum Hawa juga dibenarkan untuk mendengar khutbah dan mengambil pahala daripadanya)
  4. bulanan : mengingati peristiwa2 penting dalam kalendar Hijrah (eg : Israk dan Mikraj di bulan Rejab)
  5. tahunan : puasa di bulan Ramadhan
  6. seumur hidup : mengerjakan Haji

Allah juga akan menjadi amat cemburu andai ada dalam kalangan manusia yang meletakkan cinta mereka kepada manusia yang lain melebihi cinta mereka kepada-Nya.Akibatnya,Allah akan menarik kembali segala nikmat yang pernah Dia kurniakan kepada kita sebelum ini.MasyaAllah!Kalau Dia sudah mengambil semuanya daripada kita,apa lagi yang kita ada?Dan satu lagi,jaga hak2 Allah.Rindu nak baca Al-Quran,rindu nak solat berjemaah di surau,rindu nak hadiri majlis2 ilmu,bersedekah,menolong mereka yang memerlukan,semua itu adalah hak Allah dan kita sebagai 'peminjam' wajib menjaganya.

"Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah),serta mendustakan (pahala) yang terbaik,maka akan Kami mudahkan jalannya menuju kesukaran (kesengsaraan)."
(Surah Al-Lail,92 : 8-10)
MasyaAllah!Begitu sekali peringatan Allah kepada kita.
InsyaAllah semoga kita menjadi golongan yang mendapat nikmat,bukan golongan yang mendapat murka.

Kita kata bahawa kita cinta kepada-Nya.Kita canangkan kepada orang ramai bahawa kita jalankan syariat-Nya tapi apakah buktinya?Bagaimana kita zahirkan cinta kita itu?Mungkin kalau dengan pasangan,kita boleh cakap 'I love U' tapi dengan Allah?Samalah jugak.Melalui kaedah lisan,kita berzikir memuji keagungan Allah,kita menyanjung setiap penciptaanNya dengan mengucap Subhanallah.Melalui perbuatan,kita menjalankan sunnah kekasihnya,Rasulullah SAW dan melalui hati,kita sentiasa mengingati bahawa Allah itu Maha Esa.Tiada yang lebih utama melainkan Allah.

Banyak jugalah soalan yang diajukan buat panelis2 semalam.Tapi Alhamdulillah semuanya dapat dijawab dengan baik dan memuaskan.Ada satu soalan yang menarik perhatian seisi dewan iaitu "Kita yakin bahawa jodoh itu datang daripada Allah dan telah ditentukan sejak azali lagi,jadi bagaimana kita nak dapatkan jodoh yang baik dan bagaimana kita nak kenal bahawa bakal pasangan kita itu adalah jodoh yang baik?"

"......perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)........."
(Surah An-Nur,24 : 26)

Setiap daripada kita inginkan jodoh yang baik tapi sebelum mendapat yang baik,kita haruslah jadi yang baik dan soleh/solehah terlebih dahulu.Kata orang,jadi yang 'dicari' sebelum 'mencari'.Jadi perbaiki diri,lengkapkan hati,penuhkan yang kurang,insyaAllah jodoh yang baik pasti menanti.

Nak kenal bakal pasangan,kita lihat agamanya kerana agama itu adalah ibarat tiang sesebuah baitul-muslim.Kalau rapuh tiangnya,maka goyanglah baitul-muslim tersebut.Bagaimana nak lihat agamanya?Lihatlah cara lelaki itu approach si gadis.Adakah dengan menghantar SMS mengatakan 'Saya suka awak' ataupun terus mengajak keluar bersama?Lelaki dengan agama yang baik tidak sekali-kali akan menceroboh daerah peribadi si gadis yakni hatinya (ayat yang sering diulang2 oleh Ustazah Fatimah Syarha) dan tidak akan pernah menceroboh hak wali si gadis.Lelaki dengan agama yang baik akan terus berjumpa dengan wali si gadis dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga di taman.Begitulah cara terbaik yang diajar oleh Islam kepada penganutnya.Melalui AGAMA.Manusia bimbang tidak sama minat tapi tidak risau andai tidak sama syariat.Islam menjadikan perasaan cinta itu sesuatu yang fitrah,maka masakan Islam ingin menyusahkan penganutnya dengan fitrah tersebut.Islam menyediakan medium yang paling indah untuk menyalurkan sifat fitrah itu melalui jalan yang terbaik yakni perkahwinan.Andai tidak mampu,pohonlah pada Allah agar dikuatkan iman.Bak kata Dr Farhan Hadi,sibukkanlah diri dengan pelajaran dan beribadat kepada-Nya.

Ada satu lagi soalan yang best.Kontoversi kot tapi saya yakin ramai yang mengalaminya tika ini.
"Sebelum ni saya couple tapi bila saya datang forum ni,dengar Ustazah & Dr cakap macam tu,saya jadi insaf.Tapi saya sayang sangat kat dia.Jadi,apa yang harus saya buat?"

"Akak (Ustazah Fatimah Syarha membahasakan dirinya 'akak') tak suruh adik2 terus clash dengan pasangan adik2 lepas ni tapi bagitau si dia supaya 'kuarantinkan' dulu hubungan yang sedia ada ini.Dia cari diri dia yang sebenar dan adik cari diri adik.Bawa jalan masing2 dan bila dah bersedia,jumpa mak ayah terus.InsyaAllah kalu jodoh adik berdua masih panjang,pasti tak ke mana."
Lembut sahaja bicara Ustazah.Senyum memang tak pernah lekang dari bibirnya.Manis.


Begitulah intipati yang saya dapat kongsikan serba sedikit daripada forum semalam.Rugi jugak kepada yang tak dapat pergi semalam.Ye lah..bila lagi kan nak jumpa mereka ni.Membaca buku2 tulisan mereka tidak sama dengan berjumpa 'live'.Memang sweet sangat pasangan ni.Tak segan silu untuk mempamerkan kemesraan mereka pada umum.Apa salahnya kan?Dah halal pun.Lainlah kalau pasangan yang tak pasti apa2 ikatan pun bertenggek berdua sana sini,memang la menyampah tengok.Bak kata Ustazah Fatimah Syarha mengenai suaminya,'suami yang tak pernah jemu berusaha untuk menjadi seromantik Rasulullah terhadap isterinya.'See??Apapun,forum semalam memang sangat terkesan di hati saya.Ingatlah siapa pun kita,hebat atau lemah,kaya atau miskin,kita hanyalah seorang hamba-Nya yang sentiasa berjuang ingin meraih cinta-Nya.Pohonlah agar kita tidak jauh daripada rahmatnya.Jangan persalahkan takdir andai kita diuji kerana ujian itu tandanya Allah saaaangat2 SAYANGKAN kita.

HATIKU MILIK SIAPA?
SUDAHKAH TERJAWAB?


Wallahualam
~Wassalam~

2 comments:

fieha said...

salam nana..menariknya bila baca entry nana ni..kita pon suke pasangan ni..mesti byk input kan...semoga kita pon dapat jodoh melalui jalan yg berlandaskan Islam..Insya Allah.. ^^

ishanokokoro said...

wassalam fieha
a'ah..rasa bertuah sgt dpt pergi & jumpa 'live'..mmg byk input ..hope dpt jumpa lg pasangan ni nnti and dgr talk diorang...
insyaAllah...sama2 doa ye :D