CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



March 16, 2011

Kuatkan semangatmu!

Mesti semua dah sedia maklum akan kejadian gempa bumi yang disusuli dengan ombak ganas tsunami yang berlaku di negara Matahari Terbit jumaat lalu.Tsunami kali ini merupakan yang terbesar berlaku di Jepun dan meragut lebih daripada 1000 nyawa.Alhamdulillah lebih 5000 rakyat Malaysia di sana termasuk lebih 800 pelajar yang menyambung pelajaran di sana selamat.Sebak hati saya apabila membaca blog rakan baik saya,Bila yang kini belajar di Jepun apabila beliau menceritakan detik2 cemas sewaktu gegaran berlaku.Tak tahu nak ke mana,tak tahu nak berpaut pada siapa.Seorang diri memandang ke langit dan akhirnya pandangan jatuh ke bumi.Talian semua terputus.Tak dapat nak hubungi sesiapa."Ya Allah ujian apakah ini?"Mungkin itu yang berlegar dalam fikiran beliau tika itu.Sepupu saya yang juga belajar di sana (tapi sekarang dia tengah bercuti & berada di Malaysia) kata rumah dia kat sana dah separuh roboh.Rumah kawan dia lagi la,dah lesap,hanyut entah ke mana.Menurut Bila,kawan2 beliau ramai yang terkandas di tengah jalan.Tak dapat balik rumah sebab semua jenis pengangkutan awam telah dihentikan perkhidmatannya.Ada yang terpaksa balik rumah jalan kaki selama 4 jam.Ada yang tak berani pun nak balik rumah.Lagi sebak saya bila dengar kawan2 kat sana asyik kata 'sedia untuk lari' sebab ada gegaran.

"warning akan ada earthquake dgn magnitude besar kat area kantou td kat tv..minna,hati2...sedia utk lari.."
-Kah-

Hari Ahad lalu,negara dikejutkan dengan slot karikatur di Berita Minggu yang memaparkan ultraman,satu watak kartun jepun yang dianggap wira kerana mampu melawan raksasa yang hebat lari bertempiaran apabila dikejar ombak tsunami.Dan sekarang slot karikatur itu sudah tersebar luas malah di negara Jepun sendiri.Pihak Berita Minggu dikecam hebat.Seorang lagi kawan saya di sana,Syafikah,kata dia malu untuk keluar rumah hatta untuk berjumpa kawan2 unversiti sebab orang Jepun dah mula tengok pelik pada mereka gara2 watak ultraman tu.Mungkin pihak akhbar meletakkan isu ultraman itu sebagai bahan gurauan semata2 namun untuk bergurau juga ada tempatnya.Semua yang berlaku adalah dalam ilmu-Nya.Mungkin esok lusa tsunami di tempat lain pula,tiada siapa yang tahu.




Dan pukul 4.30 pagi semalam (selasa),radiaktor nuklear Fukushima pula meletup.MasyaAllah!Dan penduduk Jepun kini berdepan dengan masalah pencemaran udara & air yang disebabkan oleh bahan radiasi tu sehinggakan pekerja2 di tapak radiaktor nuklear itu dikerah agar meninggalkan tapak tersebut dengan segera.

Doa saya hanyalah semoga semuanya akan pulih seperti sedia kala.Lambat atau cepat,itu semua adalah kuasa Allah.Kita tak tahu apa tujuan Allah menjadikan perkara ini berlaku namun yang pasti,DIA ada sebabnya.Mereka adalah insan2 terpilih yang Allah berikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut.Namun bahu yang memikul lebih berat bebanannya daripada mata yang sekadar menonton di kaca televisyen.Semoga kalian tabah dan KUATKAN SEMANGATMU!

No comments: