CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



March 5, 2011

Kisah keluarga besar yang gila2 tapi Dalam Hati Ada Taman




Family Day MCC Kali Ke-7
3-5 Februari 2011
Pantai Melawi
*video u tube:kredit to Zafir Aziz.Well done!
(http://www.youtube.com/watch?v=E-O8MSWt_Q0)




Sampai2 je kat pantai,Ayah Sue (tokddy) & Mama Sue (nanny) selaku moderator terus cari port.Ayah Sue sampai berkerut2 dahi sebab pening fikir macam mana nak uruskan kitorang nanti (tapi nana tau tu kerut tipu.hahah)
Yang pink2 tu,paper beg Arianni ok!Dah 2 tahun Arianni jadi sponsor family day kami.Kot2 tahun depan dapat sponsor tudung Arianni pulak kan.Ye la,kami ni kan pelanggan setia Arianni.Opss bukan kami.My akak and Nek Sue je kot.Kalau balik tanah merah,tak sah kot my akak tak jejak kaki kat Arianni tu.Hisyy...




Perasmian Family Day MCC 2011 Kali Ke-7 oleh Pengerusi MCC,our beloved Ayah Ngah.Teringat pulak masa arwah Baba rasmi Family Day yang sebelum2 ni.Tak pe Ba,kami tetap ada untuk teruskan hasrat Baba.InsyaAllah selagi hayat dikandung badan,kami tetap di sini,bersama2.*sebak*
Antara isi ucapan Ayah Ngah yang saya ingat dan akan cuba tunaikan ialah "family kita memang dah ramai tapi kita nak meramaikan lagi,jadi ayah ngah cabar anak2 muda MCC yang belum kahwin supaya cepat2 kahwin.nanti family day akan datang,ahli kita akan bertambah".Ucapan Ayah Ngah disambut gelak tawa kami terutamanya yang muda2 ni la.Excited kot.Ok,orang tua dah bg green light,kami apa lagi.Jom sahut!Hahah.




Perarakan masuk skuad 016 diketuai oleh Nabil.Yeaaa.Tinggal beberapa kerat jer.Ingat lagi masa first family day dulu,2 baris penuh skuad 016 ni.Mana pergi yang lain??Hoohoo...ada yang tak dapat datang sebab tak dapat cuti kerja,ada yang sampai lambat.Tak pe2..yang penting seragam dari atas sampai bawah.Erk...Nabil kenapa baju putih?Pergi tukar sekarang!
Skuad 016 ini ditubuhkan untuk menjaga keselamatan kami semua.Jadi mereka tidak dibenarkan tidur pada waktu malam dan harus bekerja menjaga kawasan perkhemahan mengikut shift.Tapi bila bangun pagi esok,diorang pulak yang dah terbongkang tak sedarkan diri.Apa ni??


Puak2 MCC yang memang pantang kalau dihalakan lensa kamera ke arah mereka



Ada masa senggang,kita selawat ramai2 dulu yer.InsyaAllah semoga kita semua akan mendapat syafaat dari Nabi kita kelak.Ameen



Comel la gambar ni!Ala2 Titanic gitu.Macam Romie & Juliet pun ada



Semangat bincang nama & cheers kumpulan :D


Seragam dari atas sampai bawah!Seluar celoreng ok!



Haa...ni apahal pulak tercegat je semua ni?Owh..mesti ready nak lompat ni kan?kan?Hisyy..tak ada keje lain :P



Kan dah cakap!MCC memang kaki lompat.Tau la kaki panjang semua


Awat Nabil buat kepala lagu tu?Macam orang tak betul jer Sue tengok



Malam pertama,makan kek Secret Recipe..sambut hari lahir warga MCC yang lahir bulan 1 & 2



Sebelum apa2,kita exercise dulu yer...1...2...3...ok kiri pulak....



Setiap kumpulan berusaha untuk menang...
*hijau : Tok Rimau*



Merah kuning di hari kedua...



Inas : Nek Wan cakap apa ni?Inas tak paham la Nek Wan...



Bukan Akak kump oren ke?Abang Shaman kump Biru?Macam mana boleh duk skali ni?Tak aci!Tak aci!
heheee...but so sweet kan :DD




Malam kemuncak-Arabian Night!!Tengok la..macam2 fesyen ada.Ada yang siap sewa pakaian lagi.Mantap tak?Kalau tahun lepas,saya pakai sari untuk tema pakaian beragam,kali ni saya main selongkar je almari cari jubah untuk tema Malam Arab ni.Nasib baik ada yang sesuai.Pastu,alter la sendiri mana yang patut.Pakai celak,sarung purdah.Dah siap!



Ni puak Taliban mana pulak ni???!!




Mantap!Mantap!Tak kira tua muda,kecik besar,semua tak nak kalah.Mana la Teh dapat sarung kepala tu??Nek Wan siap dengan 'hand made' kostum lagi..jahit sendiri tu tau yang kuning biru hijau tu...







Persembahan 6 Diva.DIVA ok!Apa la diorang ni bagi title Diva pulak kat kami.Diva ke??Adoii...tak semena2 kami kena buat persembahan malam tu.Abe Shah suggest buat ala2 persembahan sketsa atas pentas.Dan kami hanya ada masa kurang drp 2 jam untuk praktis ok?Saya ni kan pemalu.Mana ada pernah buat kerja2 macam ni!!Waaa!Tapi memandangkan family members je semua kan,saya hentam jer.Hahah!Nasib baik ok.Tahun depan diorang mintak buat lagi.Huh??!




Dress akak dah *thumbs up*!Tapi sayangnya akak tak boleh nak 'berjangox' sangat sebab susah nanti kalau nak susukan Inas..



Antara aktiviti kami sepanjang 3 hari di sini.Memang syok!!Ada segmen kesihatan bersama saya dan Fifi.Pertama kali kot.Sebelum ni tak ada pon kami kena cakap apa2 kat depan.Memandangkan sebelum masuk kawasan chalet tadi,saya ada nampak banner pasal Dengue,saya pun hentam jer la cakap pasal Dengue.Untuk hari kedua,sebab buntu sangat kan,kami pun buat la demonstari First Aid kalau jumpa orang yang cedera & kita suspect ada body parts dia yang patah.


Super duper COMEL :DD!!!
Semoga sihat selalu to my both grandmas



Si cilik MCC...Moga kalian sentiasa membesar dalam rahmatNya..Ameen
~(^___________^)~
p/s : tak ada dalam gambar : Icha & Arsyad sebab Kak Maria tak dapat datang,masih dalam pantang




Pertandingan cipta 7 bentuk binatang..Nabil sebagai judge kena teka bintang apakah itu..
"Binatang apa yang semua orang buat ni?Nabil tak tahu la.."
Haisyy Nabil...belajar tak habis lagi ke?Cikgu tak ajar lagi eh?




Pertandingan melukis & mewarna menjadi aktiviti penutup kami untuk family day kali ini.Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan-lelaki & perempuan.Kami ditugaskan untuk melukis lukisan yang bersambung drpd satu gambar kepada gambar yang lain.Disebabkan Ayah Ngah & Abe Shah memiliki jari2 yang berseni,maka mereka telah di'exclude'kan dari game ni dan automatik dilantik menjadi juri.Beberapa kriteria diambil kira termasuk abstrak,jalinan,tone warna & bla2 (saya pun tak faham).Setelah satu jam berhempas pulas,meliuk lentuk jari kami ni nak lukis ikut urat2 daun semua tu etc,akhirnya title juara menjadi milik kami-Girls & Woman.Yeaaa!!Hebat tak kami?Of course la.Walaupun kaum Adam kena denda,tapi kami tak jahat.Kami siap serve makanan untuk kalian lagi-air kosong cicah biskut kering.Hahah!Makan la korang sampai kembung!
p/s : gambar kecil di atas : lukisan atas adalah milik kaum Adam dan lukisan bawah adalah milik kami.'kami che mek molek bla2' adalah lagu sorakan kami.Kata menang kan?*wink wink*




Hari ini kita bersama
Esok Lusa tentu pasti
Antara bait2 lagu rasmi MCC...

Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
InsyaAllah...
*hugs and love mmuax mmuax buat MCC sayang*





3 comments:

fieha said...

meriahnye family nana...best3.. hehe :)

ishanokokoro said...

heee...kami mmg mcm ni fieha...
x sah klu x bising

Naddo said...

gile best! haha..class gituh..:)