CARILAH CINTA ILAHI NESCAYA KAMU AKAN MENDAPAT CINTA MANUSIA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Ya Allah!Limpahkanlah rahmat yang penuh dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang terungkai dengannya oleh simpulan dan terhapus dengannya oleh segala kesusahan dan diselesai dengannya dengan segala hajat dan dicapai dengannya segala kegemaran dan mudah-mudahan cantik kesudahan serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia.Dan juga di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya pada setiap detik dan nafas dengan bilangan setiap yang maklum bagiMu.



January 29, 2011

'Vacuum Cleaner' assisted vaginal delivery - 3 Idiots




3 IDIOTS
Video di atas adalah sedutan filem Hindustan,3 Idiots lakonan Aamir Khan,Kareena Kapoor etc2 (saya tak tahu nama mereka).Saya tengok cerita ni masa kat rumah beberapa bulan yang lepas sebelum kami masuk block O&G.Apa yang saya nak share sebenarnya adalah part yang guna vacuum cleaner masa delivery tu.I was so impressed!Boleh pulak si Aamir Khan tu fikir nak guna vacuum cleaner.
(sila ke link ini untuk faham 'keRASIONALan' entri ini)

Minta maaf banyak2 sebab tak ada subtitle.So,meh sini saya ceritakan sikit sedutan episod di atas.

Rancho (Aamir Khan),seorang pelajar kejuruteraan yang sangat genius.Selalu dapat tempat pertama dalam kolej,Imperial College of Engineering.Dia ada girlfriend,Pia (Kareena Kapoor) yang merupakan seorang pelajar perubatan.Ayah Pia merupakan Pengetua di kolej Rachon.Satu malam tu,kakak Pia (Mona) nak bersalin tapi tak sempat nak pergi hospital sebab banjir yang teramat teruk.Masa tu Pia ada kat hospital dah.Dipendekkan cerita,Rachon dan lagi '2 Idiots' ,Raju & Farhan ada berdekatan waktu tu dan mereka bawa Mona dalam gelanggang sukan dan baringkan Mona atas meja pingpong.Dalam masa yang sama,Pia memberikan arahan bagaimana nak conduct delivery kepada Rachon melalui web cam.Lepas banyak kali push,baby masih tak keluar.Pia panik dan suggest guna vacuum.Tapi itu gelanggang sukan,bukan hospital,jadi mana ada vacuum nak suck baby.Rachon dapat idea.VACUUM CLEANER!So,dia suruh Farhan pergi ambil vacuum cleaner kat bilik Pengetua.

'Tupp!!'
Blackout.Tak ada elektrik.Macam mana nak pasang vacuum cleaner tu kalau tak ada elektrik??'Tingg!!'Rachon dapat idea lagi.Biasalah genius engineer-to-be kan.Dia suruh Raju kejutkan semua kawan yang lain yang menginap kat kolej tu supaya keluarkan semua bateri kereta yang ada.Dan dengan ketangkasan dan kecekapan semua pelajar kejuruteraan kolej tu,maka ada lah elektrik balik dan vacuum cleaner dapat dipasang.Then,conduction of delivery continued.Raju pulak membantu dengan membuat fundal pressure.Maka tak lama lepas tu,lahirlah seorang baby dengan cara 'Vacuum CLEANER Assisted Vaginal Delivery'.

*Try la tengok.Best.Act,many things that I learn from this movie.It was different from others.Gaduh,tumbuk2,no such things.It was all about FRIENDSHIP,LOVE,PASSION,FAMILY.Talking about passion,ada satu dialog yang saya ingat di mana Rachon bagitau Farhan.Farhan sebenarnya tak minat engineering tapi dia lebih cenderung kepada bidang photography.Dia ambil engineering sebab dia tak nak kecewakan ayah dia yang nak sangat dia jadi seorang engineer.

"You know why I take Engineering course?Because I obsess with machine."

Maksudnya,buat apa yang kita minat.Sebab bila kita minat sesuatu tu,kita pasti akan buat dengan sepenuh hati.Tapi dalam sesetengah kes,ada di antara kita yang ambil kerjaya itu bukan atas kehendak hati tapi atas kehendak kedua orang tua sebenarnya,macam dalam kes Farhan.Nasihat saya,jangan cepat melenting.Cuba tanamkan dalam diri,'Orang lain boleh buat,kenapa pulak aku tak boleh buat'.Kalaupun kita tak suka,tapi ingat,kita sebenarnya tengah menggembirakan hati ibu bapa kita.Dan Allah suka pada mereka yang sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapa mereka.InsyaAllah kalau kita ikhlas,Allah pasti akan tolong & permudahkan jalan kita.Ditambah lagi dengan doa mak ayah kan.

"Redha Allah seiring dengan redha ibu bapa dan kemarahan Allah seiring dengan kemarahan ibu bapa"
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Untuk kawan-kawan yang ambil medic jugak tu,boleh la tengok ye.At least,boleh appreciate sikit.
~tata~

2 comments:

Nur Nabila said...

aku tengok sikit jh baru cte 3 idiots tu tp besss!!!!

ishanokokoro said...

tengok la perabih lamat.lucu.hahahaa